Salam hai semua pembaca. Aku Cik Putih Melati of course bukan nama sebenar. Berusia pertengahan 30-an. Masih belum kahwin.
Straight to the point jelah ya. Aku sebenarnya dalam dilemma, mencari-cari jawapan untuk perihal jodoh.
Sama macam orang lain, aku juga nak berkahwin, ada suami, anak-anak sebagai penyeri hidup. Tapi malangnya, bab itu aku masih belum ada rezeki.
Point luahan aku sekarang, walaupun belum kahwin tapi aku ni ramai peminat kahkah lol. Cuma yang agak merengsakan ialah peminat-peminat tu semuanya budak-budak!
Bayangkan, aku dah 30-an, dorang yang suka pada aku baru berusia awal 20-an. Range usia dorang dalam lingkungan 22-26 macam tu. Alahai, tak ke krik krik namanya.
Semuanya sebab muka aku yang muda berbanding usia. Ini bukan masuk bakul angkat sendiri tau, tapi inilah realitinya.
Aku berusia 30-an tapi ramai ingat aku baru lepas habis SPM.
Kalau orang lain, aku pasti bukan main gembira kalau orang anggap masih muda remaja. Tapi tidak pada aku, sebab dari sudut lain, timbul hal diganggu budak-budak lelaki muda yang padahalnya aku ni dah level makcik dorang!
Ada tu setiap hari duk curi-curi pandang, sudahlah begitu, sekali pandang lama bethollll ye dik macam nak tembus mata aku ni kau tenung. Pandang-pandang, senyum-senyum tersipu malu macam tu.
Alahaiiiii, budak-budak baru nak mengenal dunia blushing ke tu wkwkwk lol.
Kejadian macam ni (diminati lelaki muda jurang usia hampir atau lebih 10 tahun) bukan baru berlaku. Aku dah laluinya sejak lama dah.
Kadang aku terfikir, adakah betul jodoh aku lelaki muda?
Sebenarnya tak kisah pun pasal usia, tapi tolonglah jangan yang terlampau muda sangat Ya Allah. Lagi muda daripada adik bongsu aku yang 23 tahun tu pun ada!!! Adui tak tercapai dek akal.
Ramadan baru-baru ni aku doa sungguh-sungguh perihal jodoh. Sungguh, aku nak kahwin. Aku nak ada suami yang boleh dijadikan kawan, peneman, tempat bergaduh, bermanja. Aku nak salam tangan suami pada pagi raya mintak maaf.
Hati aku tersentuh sejak kebelakangan ni bila terjumpa kawan-kawan sekolah rendah/menengah yang dah beranak-pinak, semua pakat tanya aku anak dah berapa? Aku hanya mampu tersenyum sambil jawab, ada anak tekak je.
Kalau dulu aku berserah semuanya kepada Allah. Disebabkan malas pikir soal tu, aku langsung tak mencari.
Hidup aku tertutup tak ada media sosial yang ada followers, semuanya hanya untuk scroll tengok benda-benda viral/isu semasa/berita. Circle kawan-kawan pulak tak ramai. Kalau ada pun, kebanyakannya gayah dan kunyit lengkuas. Hmmmm.
Doakan aku ya dapat bertemu jodoh yang baik-baik.
Usia dah lanjut macam ni, bukan lagi nak mencari lelaki sekadar cintan cintun macam zaman muda remaja, tapi untuk sehidup semati sampai syurga nanti. Aamiin!
– Cik Putih Melati (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
‘sebenarnya aku tak kisah pun pasal usia’ pastu ‘tapi tolonglah jangan terlampau muda sangat’ Lol apa point kau kak kak. hahah apa2pun nk cari jodoh ni kena usaha. kalau belum jodoh tkpa tunggu sja
usia hanya angka je awak, yang penting matang dan tahu tanggungjawab. Pada saya, yang muda tentu-tentu dah dia bujang, lebih baik dari suami orang. nak cari lelaki yang sebaya ni mungkin boleh, cuma agak susah kebanyakan lelaki kawen awal. kalau ada pun tinggal segelintir lelaki yang tak puas nak enjoy hidup bujang atau tak bersedia untuk ada komitmen kawin. biasalah kawen banyak tanggungjawab.
ada je lelaki yang umur 30 40 tapi still lagi tak matang dan tak tahu tanggungjawab.
apapun awak pilih yang terbaik, kenal hati budi at least 6 bulan ke atas baru decide nak kawen atau x . sebab biasanya love bombing ni tak boleh bertahan rate lebih dari sebulan atau 3 bulan, lepas tu dia akan tunjuk perangai dia yang sebenar. after 6 bulan, kalau dia still lagi sama seperti yang awk kenal dahulu, Inshaallah dialah orangnya calon yang sesuai
Waallahualam, sekadar pandangan semata-mata