Pengorbanan Yang Sia Sia

Aku Lily dibesarkan dengan keluarga yang serba serbi cukup. Mak dan ayah aku sangat memenuhi setiap keperluan dan kemahuan aku.

Pada tahun 2021 aku masuk belajar di satu kolej swasta. Aku kenal dengan seorang lelaki ni dia lagi tua pada aku beza umur kami 3 tahun dia sedang bekerja kilang, dia juga ada lulusan diploma sama macam aku. Aku nama kan dia Arif.

Pada mula kenal semua nya baik okay sahaja. Tapi masuk bulan ke bulan dia start tunjuk perangai dia dah.

Pada mulanya aku masih positive tapi bila dah banyak sangat ragam tu makin tak tahan la aku.

Yang pertama, masa aku belajar di kolej dia dah habis belajar dia nak pergi convocation dia la. Tapi dia nak bayar yuran convo dia sendiri pun tak mampu.

Dia mintak pinjam duit dengan aku RM250 untuk bayar yuran convo dia. Aku pun masa tu bodoh jugak la pergi bagi walaupun aku sendiri pun takde duit mana. Bagi jela dia guna duit pinjaman belajar aku.

Tiba tiba aku tengok kat instagram mamat ni dia duk dengan betina lain usha betina lain bersuka suki lagi ye. Memang aku baran la dahla kita yang tolong bagi dia duit dia boleh buat gatal pulak kat situ. Dah gaduh gaduh tapi aku still maafkan dia.

Yang kedua pulak dia boleh curang dengan perempuan kat tempat kerja dia pulak.

Masa tu kereta dia selalu rosak aku tolong bagi duit aku yang mana aku mampu lah untuk baiki kereta dia sebab aku fikir kesian dia susah nak bergerak ke sana sini nak pergi kerja kalau kereta rosak. Aku guna jugak duit pinjaman belajar aku tolong dia baiki.

Masa dia kantoi curang dengan si wani setempat kerja dgn dia tu. Dia tengking aku kaw kaw tau. Sebab aku log in tiktok dia baca semua chat kecurangan dia tu.

Memang dia maki tengking aku sebab dia kantoi pastu dia block aku kat semua tempat. Lepas dua ke tiga hari macamtu aku nak exam dia chat aku pulak cakap “Goodluck on your exam”

Aku pun pelik la kau dah kenapa dah buang aku pastu sibuk duk goodluck kat kita lagi. Dah bincang bincang end up berbaik lagi.

Memang aku bodoh masih bagi peluang sebab aku termakan dengan janji manis dia.

Yang ketiga dia curang dengan dua pupu dia sendiri pulak. Aku pun pening la dia ni memang kaki perempuan ke?

Yang ni pulak aku terbaca chat dia dengan dua pupu dia ni bercakap benda l*cah. Lagi sakit hmm. Aku masih boleh maafkan dia dan terima dia lagi.

Lagi satu kisah family dia ni a little bit problem maybe entahlah. Mak ayah aku memang treat dia ni macam anak sendiri pelawa dia datang selalu kat rumah borak borak bagi makanan ajak datang beraya jumpa sedara mara aku macam macam lah.

Tapi lain pulak dengan family dia family dia tak pernah langsung layan aku macam anak dia sendiri tak pernah langsung pelawa aku beraya ke rumah ke apa ke memang tak pernah.

Sekali je aku pernah datang beraya rumah tok dia tapi ibu dia sepatah haram pun tak bercakap dengan aku. Bila aku tanya dia ibu dia tu tak suka aku ke? Ofc la dia backup ibu dia sendiri dia cakap suka je.

Tapi hakikatnya kita yang rasa nampak sangat kan. Aku tak cerita pun kat mak ayah aku yang aku dilayan macam tu dengan family dia. Aku sentiasa cakap family dia okay je.

Tapi aku jela yang rasa. Aku memang nak tinggalkan tapi entahla hati ini masih sayang walaupun dah kena bertubi tubi rasa sakit tu. Aku takde kawan aku hanya ada dia sorang je. Hidup aku sunyi.

Doakan aku kuat dan jumpa orang yang tepat. Berkorban lah sebanyak mana pun orang tetap takkan nampak.

– Lily (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. sila la membuang masa dan duit kat orang yang salah ye dik. dah terang-terang dia tu gunakan awak, kenapa la nak stay

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *