From Snap to Lover

Salam and hi kenalkan nama I Felicia (bukan nama sebenar).

Nak share sikit pasal seseorang yang istimewa dalam hidup I. I kenalkan dia sebagai Felix (bukan nama sebenar).

I lahir tahun 2000 manakala Felix lahir pada tahun 1999.

First time I tulis kat sini tak tahulah cerita ni dapat publish ke tak.

Perkenalan kami bermula di satu aplikasi ni. Sebenarnya dah 4 bulan I dah tak active app tu tapi tergerak hati nak install semula pada 3 december.

Sampailah terbuka satu snap daripada seorang lelaki ni dia baru habis graduate pada november 2023. Terlihat snapnya memakai baju konvo dan kebetulannya dia merupakan senior yang sama universiti dengan I.

Semasa buka snapnya I cakap ‘congratulations senior’ dan dia pun membalas chat I sampailah kami berbual major, minor dan pasal life lepas habis belajar nanti.

By the way major dia merupakan minor I dan itulah yang membuatkan dia senior I.

Pada 8 may 2023 dia pernah chat di aplikasi tu tapi I tak balas dan cuma save chat tu saja, mungkin terlupa nak balas.

Dia banyak bagi advice tentang pekerjaannya semasa di epf (tetapi sudah tidak bekerja disitu lagi kerana dia ingin mencari banyak pengalaman lagi).

I ambil first step untuk meminta nombornya kerana boleh banyak bertanya lagi pasal life pekerjaan. Alhamdulillah dia bagi, dan I pun mulakan our conversation.

Pada mulanya dia tanya I seorang penyanyi ke kerana melihat snap yang I hantar di aplikasi tersebut membuatkan dia ingin tahu.

I hantar dia cover lagu yang I cover tahun 2022 heather by conan gray dan dia pun memuji I alhamdulillah. Conversation kami banyak tentang life advice apabila I habis belajar nanti.

Seharian kami chat tu memang Felix reply laju. Lama lama chat tu sampailah lewat malam, Felix ajak tidur sebab esok dia kerja,

Tapi I tak puas berborak dengan dia dan mengambil langkah berani berkata ‘teman, roommate tak ada ni’ dan dia pun ajak call. Bual bual kejap malam tu sampailah sleep call.

Oh ya, pada malam ni pun kami dah flirting. Banyak sebenarnya perbualan Felix dan I dalam chat tu yang buat I suka Felix.

Dari public profile I dah boleh judge Felix ni ada vibe leadership, independent also dia ni handsome and hitam manis. Senang cerita dia memang vibe I.

Selama 3 december hingga 31 december 2023 Felix berbual dengan I, dia tak pernah lihat wajah I yang sebenar sebab I mementingkan privacy dan waktu tu juga I nak bagi Felix kenal personality I ni macam mana.

Alhamdulillah Felix tak kisah tetapi masa awal conversation kami tu dia dah minta ig I, I cakap I tak active dan sudah uninstall tapi Felix tetap follow.

Seminggu lagi perkenalan kami Felix follow twitter I. Tapi ig & twitter yang Felix follow tu I belum bersedia nak followback. Sehinggalah pada 1 januari tu I dah bersedia jadi I followback dia.

Selama 1 bulan kenal tanpa lihat wajah I, kami kerap on call hari hari dan dia akan minta I kejut dia pada 6:45 am untuk dia pergi kerja.

Dia pernah cakap ‘at least I ada masa untuk you even sekejap je pagi’. You guys faham fahamlah suara lelaki pagi pagi ni memang best, lagi lagi suara Felix ni sedap dan dia pun boleh tahan manja.

Oh ya kami memang dah bercinta dari awal kenal 3 december tu, cepat bukan? Hahaha. Pernah sekali tu dalam seminggu dah kenal, dia chat I dekat ‘im’ sebab dia ingat I tak pakai iphone dia chat dia cakap ‘hi!

Nak mengorat boleh? ’ hati I memang dah berbunga dah. So masuk january 2024 tu layanan dia masih sama kat I even dah tahu rupa paras I.

Setiap kali kami berbual perbualan kami memang serious nak jejak sehingga ke jinjang pelamin. Jadi I pun dah sayang dah suka rasa seronok lah first time ada lelaki cakap nak serious dengan I. So I pun memang tak ada expectation dia akan tinggalkan I ke apa.

Bulan january tu dia masih sweet, masih manja dengan I dan beri kata kata semangat kat I masa I nak perform nyanyi. So I rasa terharu dan diperlukan. Senang cerita I senang attached dengan orang yang buat baik dengan I.

Masuk bulan february dia masih sama sweet, manja and kami still call hari hari on 6:45 am untuk kejut dia bangun except on weekend je tak call. Even kadang kadang call tu kejap sebab dia masih mengantuk but I still happy sebab dapat dengar suara dia.

Oh ya february yang lainnya perangai dia, dia dah tak call I sangat, chat pun lambat reply tapi dia still cari I everytime dia balik main bola lepas habis solat maghrib tu so kat situ pun I still bersyukur.

Lagi satu I suka dia ni sebab dia active. I pun suka lelaki yang main bola petang petang lepas habis kerja sebab vibe dia sama macam ayah I. So dia buat I teringat kat ayah.

I pernah call Felix menangis sebab masatu ada kes anak anjing kena racun and menangis sebab luah masalah. Dengan ada Felix I rasa seronok dan happy sangat even kami tak pernah bersua muka tapi I sangat happy bila ada Felix sebagai tempat meluah.

Bulan march, Felix masih sweet still panggil I dengan gelaran manja tapi tu semua bertahan sampai 5 march.

Sebab 6 march ada perselisihan faham. Felix ada ambil gambar dengan rakan sekerja duduk di sofa, mereka tak adalah duduk rapat tapi macam mana I boleh tercemburu,

Dan esoknya kami call Felix dapat mengecam yang intonasi cara I cakap lain tapi I cuma pura pura buat tak ada apa. Silap I sebab Felix memang kenal perangai I bila ada something wrong intonasi I mula lain.

Lepas Felix cakap terima kasih sebab kejut dia bangun dan matikan call. Masatu I dah tahu im in trouble. I cuba untuk call Felix balik namun tidak berjawab sehingga sampai petang I tunggu dia balik kerja I chat minta maaf sebab bertindak sebegitu.

Felix marah dan cakap dia turned off dengan perangai I kalini. Padahal sebelum ni tak pernah dia cakap sebegitu tiba tiba dia cakap macam tu I rasa sebersalah dan I minta maaf dan takkan mengulangi kesilapan tu lagi.

Felix okay dan esoknya I call seperti biasa namun sudah tiada panggilan sweet serta suara manjanya lagi.

Tetapi kami terus call sehinggalah 31 march seperti biasa walaupun tiada panggilan sweet.

Pada 1 april dia mengatakan dia hendak memberitahu sesuatu dan dia suruh I tunggu dia balik kerana dia ada dirumah kakaknya. Tetapi sifat ingat tahu I kuat dan terus call pada 7am tu.

Dia mengatakan dia tidak mahu meneruskan hubungan ini kerana dia rasa dia banyak abaikan I, dia rindu dengan kehidupan dia yang dulu semasa tiada pasangan dan dia kata dia dah tak ada perasaan nak paksa pun tak boleh sebab dah tak suka.

Hancur hati yes betul tu dia cuma nak berkawan saja sampailah 7 april tu I call dia sebab I terfikir satu idea nak jumpa dia iaitu I cakap kawan I ada buat open house di negerinya tapi berlainan daerah tapi I nak stay kat hotel daerah yang dia tinggal.

I ajak dia berjumpa pada 18 april ini dan dia kata jika ada kelapangan masa dia akan pergi tetapi jika tidak tak dapatlah.

Tetapi sekarang I batalkan niat I untuk kesana kerana niat I ada yang salah ketika itu.

Sudah masuk 14 april dan sudah dua minggu hubungan kami berakhir. Actually kewujudan dia banyak buat I sedar macam macam.

Dia banyak ajar I perkara perkara yang bermanfaat dan mengingatkan I untuk membaca alquran & solat.

Silap I terlalu menyayangi manusia kerana dia juga meletak harapan yang tinggi untuk hidup bersama sama dengan I tetapi tulah takdir allah dah tentukan.

Terima kasih Felix sebab hadir dalam hidup I walaupun sementara.

Doakan supaya I sentiasa istiqamah, berjaya dunia dan akhirat. Aamiin!

Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin Semua.

– Felicia (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. eh you.. dia tgh praktis try test market je la tu.. laki camni cuma nak someone to entertain him, nak org puja kewujudan dia.. bila dia dah boring, dia cari perempuan lain pula.. nak cari taste baru pula.. hurm.. sabar ya felicia..

  2. Aduhai la felicia yg ko brterima kasih dh knp terang2 dah jantan tu scam ko, dia dh jumpa mangsa baru yg lg mantopp sbb tu dia babaii ko..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *