Kenapa Nenek?

Salam semua. Musim raya banyak luahan berkisar raya. Aku pun sama.

Aku nak ajak semua orang mendalami hati kecil seorang anak mangsa penceraian.

Namia. Seorang anak kecil berusia 9 tahun. Dibesarkan seorang Ummi dan Abi dengan penuh kasih sayang. Tapi jodoh mereka tak panjang.

Ketika Namia berusia 7 tahun, mereka berpisah. Namia tinggal dengan keluarga Abi. Ummi jauh, memulakan hidup baru sendiri.

Namia takde hati nak tinggal di rumah nenek (jauh dari Ummi). Tapi keadaan memaksa, Namia menangis sendiri tanpa suara dan tanpa kata. Akhirnya Namia terpaksa biasakan diri.

Abi tinggal 30 minit dari rumah nenek. Jarang-jarang sekali Abi tidur rumah nenek bersama Namia. Sebab rumah Abi lebih dekat dengan tempat kerja berbanding rumah nenek.

Namia tinggal bersama nenek (lewat 70-an) dan Mak Cik (awal 50-an). Makcik tak kahwin. Jadi dia jaga Namia. Hantar sekolah, mengaji dsb.

Dirumah, Namia sangat function. Dialah banyak tolong nenek dan makcik. Sebab nenek dan makcik susah nak berjalan sakit lutut, faktor usia. Tapi, jasa Namia kurang dihargai. Namia buat A atau Z tetap salah tetap tak kena.

Namia selalu dilabel tidak pandai, tak dengar cakap, tak itu dan tak ini. Mereka selalu marah Namia, macam Namia tu 19 tahun. walhal Namia baru 9 tahun.

Bila nak buka puasa, Namia kena makan macam orang dewasa. Tak boleh minum air banyak². Minum air kosong dulu. Dah habis nasi baru boleh minum air manis. Kita yang tua ni pun pelahap minum air macam² jenis kan.

Kalau kami berbuka sekali memang suami aku back up juga Namia. Kesian Namia. Dia masih budak. Kalau ada Abinya barulah Namia ceria dan lebih bebas. Itu pun terbatas dengan omelan nenek.

Namia ada sepupu. Leiria namanya. Darjah 6. Tapi selalu dilayan macam 6 tahun. Dia nak berbuka melahap apa pun, semua orang terhibur dan puji Leiria. Itu yang aku kata macam 6 tahun gayanya. Kesian Namia. Dia banyak makan hati, hanya tersenyum bila dipandang tanpa kata.

Nenek dan makcik memang sayang lebih pada Leiria. Mungkin sebab mak ayah Leiria bekerjaya. Namia pulak, takde mak. This is really heartbreaking. Pernah juga Namia yang kena ambilkan makanan untuk Leiria. Makcik suruh. Aku yang tengok ni sabar je dalam².

Bila beraya, tidur dalam kereta pun Namia kena bebel. Kena marah. Kena cop pemalas, suka tidur dsb. Tapi kalau Leiria tidur semua ketawa kononnya kelakar, penat sangat la beraya begitu begini. Ehh apehal tak adil.

Yang tolong pimpin nenek, angkut barang nenek, siapa? mestilah Namia. Leiria? sibuk main telefon sikit pon tak layan nenek. Sikit pun tak dengar nenek cakap apa. Tapi yang kena marah Namia juga.

Kenapa aku bandingkan Leiria dan Namia? Sebab selalu juga Leiria duduk rumah nenek. Abah mamanya kerja. Tapi dia duduk bermaharajalela normal jer macam budak² lain. Yang dikulibatakkan, yang disalahkan selalu, tetaplah Namia.

Aku siapa? Aku hanya menantu yang memerhati sudah lebih 5 tahun. Kadang aku kesian tengok Namia bila nenek suruh itu ini, aku yang tolong buatkan. Aku sayang dan kesian pada Namia.

Nenek? Nenek baik dengan aku sebagai menantu. Tapi cara nenek layan Namia melukakan hati aku sama. Sebab Ummi Namia dulu baik, jaga nenek dengan baik. Mungkin dia cuma menantu yang tersakiti dan disakiti.

Aku faham orang tua memang ada perangai. Tapi percayalah orang tua yang tidak menyayangi, tidak akan disayangi.

Memang normal ada nenek yang lebihkan cucu tertentu. Tapi kalau cucu tu yang boleh diharapkan takpe. Ini cucu yang dilambung tinggi, tak kemana pun, cucu yang dicaci maki juga yang diminta tolong.

I is cant la. Penat jadi pemerhati. Selama ni aku diam jer. Tak masuk campur. Tahun ni, aku buka mulut juga pertahankan Namia.

Abi Namia pun rajin turutkan kata nenek. Abah Mama Leiria, memang biasa kulikan nenek. Dan mereka itulah yang nenek julang melangit.

Namia hanya mangsa penceraian. Lelaki yang tak boleh jaga anak sendiri, tak payah la rebut anak tu dari isteri.

Selain mak dan ayah, duduk dengan orang lain takkan sama rasanya. Dimarah orang lain tak sama rasanya dimarah mak ayah sendiri.

Tolong lah ibu ayah semua. Jangan disebabkan keegoan kita, anak² jadi mangsa.

– Thuraiya (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *