Jiwa Yang Tak Tenang

Jiwa Yang Tak Tenang

Assalamualaikum semua. Aku seorang ibu kepada dua orang anak yang tinggal dengan ibu mertua.

Sebelum kalian kecam, inilah perjanjian yang telah aku dan suami persetujui sebelum berkahwin. Atas dasar menjaga ibunya yang telah kematian suami. Aku bersyukur punyai ibunmertua yang cukup memahami lumrah aku yang bekerjaya dan sntiasa membantu aku menguruskan kerja rumah dan menjaga anak-anakku tatkala suami outstation.

Namun begitu, ada satu kisah yang ingin aku kongsikan. Awal bulan lepas, aku mengalami satu tekanan yang amat hebat di tempat kerja. Biasalah kalau bekerja dengan satu pasukan Ch***nese mereka agak pandang rendah pada kita. Dan sentiasa update apa yang aku buat setiap masa. Sedangkan bos aku orang luar negara tak kisah pun nak siapkan kerja macamana. Asalkan kerja siap.

Tapi, bila aku bertanya kepada ahli pasukan aku, mereka siap tanya kenapa tanya dan sebagainya benda remeh temeh ni. Disaat itu, anxiety aku dah triggered. Aku menyesal sebab banyak melepaskan marah pada anak-anak aku apabila aku sentiasa menengking dan meninggi suara. Aku tak ada masa nak luah pada suami disebabkan kekangan waktu kerja beliau. Kami hanya ada beberapa minit pada waktu sarapan untuk berbual.

Seterusnya bila semalam aku suarakan kelelahan aku menguruskan rumah. Dan adiknya yang bakal mendirikan rumah tangga hanya melepaskan urusan dia sahaja. Bangun pagi, bukan membantu aku didapur, malahan bangun lewat dan terus menghadap laptop. Atas alasan membuat kerja beliau.

Ya, aku tak tahu situasi perkeja kerajaan yang sentiasa perlukan masa dirumah untuk menyambung kerja. Aku hanyalah pekerja swasta yang makan gaji sahaja. Dengan karenah dua orang anak aku yang harus aku hadapi. Aku bukan mengeluh, kadang aku nak pergi ke bilik air pun terpaksa bertangguh. Sedang aku masih bertungkus lumus di dapur, mengemas dapur, ruang tamu dan ruang lain.

Aku juga bekerja. Aku juga teringin untuk menyambung kerja dirumah agar prestasi kerja aku turut cemerlang. Namun, kekangan semua perkara membataskan aku. Mungkin dia anak tunggal perempuan yang sentiasa dimanjakan ibu bapa beliau. Ada juga dia membantu, tapi aku pun ingin ditolong juga. Silap aku mungkin tidak sentiasa meminta pertolongan.

Namun, telah kusuarakan pada suami untuk menegur adik beliau untuk turut membantu, namun aku tak pasti apakah beliau sudah menasihati atau sekadar mendengar sahaja. Menurut suamiku, adiknya amat sensitif, jadi susah untuk ditegur. Kami tinggal serumah, jadi aku amat berharap kami dapat berbahagi kerja supaya aku turut merasai nikmat berehat.

Apa yang telah kusuarakan pada suami, dia cuma berkata yang jiwaku sendiri tidak tenang. Disebabkan itu aku sentiasa pandang silap orang. Sedih nya hatiku. Hancurnya hatiku. Selama ini aku tak berkira memanjat sana sini cuci langsir rumah, mop tangga, vacuum ruang tamu, cuci sarung kusyen, cuci bilik air dan berbagai lagi kerja rumah. Semua itu aku buat dan letih.

Sakit hati bertambah apabila melihat adik, suami ki masih punya masa menghadap laptop dan menonton movie. Aku cuba sangat berlapang dada. Namun apabila suami sendiri tak memahami masalah anxiety isteri, katanya jiwaku tak tenang, apa lagi yang aku harus lakukan. Aku tak tenang sebab tak cukup rehat. Tak cukup tidur. Sedangkan solat pun berkejar, anak dah menarik telekung.

Mungkin semua ini khilaf aku kerana tak mencuri masa 24 jam sehari untuk manfaatkan pada Illahi. Mohon kalian bicarakan dan nasihatkan serta bagi semangat yang baik-baik supaya aku dapat mempertingkatkan lagi amalan ku dan perbaiki diri aku.

Supaya dibulan Zulhijjah ini Allah bukakan hati suami dan keluarga aku.

– Erin (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit