Jodoh Rahsia Allah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang…

Kisah ini baru saja terjadi dalam hidup aku yang mana sangat memberi impak buat perasaan aku.

Aku tak tahu kenapa mungkin sebab fasa ni aku dah mula untuk fikir tentang masa depan which is aku dah mula nak cari pasangan sebab klau ikutkan target aku nak merancang untuk kahwin tahun depan if ada jodoh la.

But masa sekarang ni aku tengah fokus untuk habiskan DPLI aku (doakan ya). Sejujurnya, kalau boleh aku tak nak bercinta sebab aku prefer untuk taaruf, ya begitulah.

Kisah ini bermula apabila ada seorang hamba Allah ni add friend aku di fb dan mula tegur aku di fb. Actually ramai ja yang tegur aku di fb tapi aku tak balas hahaha sebab yang tegur tak kenal dan mungkin tak memenuhi kriteria yang aku nak.

But this one guy, aku rasa nak tegur balik sebab bila aku stalk dia satu universiti dengan aku and memang budak hebat berpersatuan waktu di universiti dulu. Memang dia ada ciri – ciri yang aku nak iaitu kepimpinan. Tapi bila pikir dengan aku jauh bezanya, ya Allah.

Selepas dia tegur tu memang dia banyak tanya and more to healthy conversation like kos study aku then isu – isu semasa.

Aku suka bila ada orang nak bincang dengan aku benda macam ni sebab boleh kembangkan kognitif and yang paling aku adore dia adalah lelaki pertama yang sejenis tak memuji dan guna ayat jiwang atau berbunga-bunga.

Chat kitaorang pon memang tak dak emoji ya, memang hambar haha.

Actually, kitaorang memang tak kenal each other, tapi aku pelik kenapa dia nak chat dengan aku tanya macam2, dalam fikiran aku macam pikir dia nak taaruf dengan aku ka?

Tapi kenapa dia tak bagitau pon, cepat- cepat aku buang jauh2 takut terperasan huhu. Tapi dalam hati aku dah macam dah tersuka dekat dia, bayangkan orang hebat dekati kita yang biasa2 ja ni tapi taste tinggi hurmmm…

Sepanjang kami chat dalam lingkungan 2 minggu macamtu, mmg dia agak balas lambat so aku fikir la sebab dia busy kerja la kot then aku stalk la dia kerja apa kan so ya dia kerja as pegawai kerajaan.

Sekali lagi aku rasa rendah diri sebab aku masih lagi merangkak untuk masa depan aku. Btw, aku muda dua tahun dari dia and kami berbeza fakulti dulu so totally tak kenal each other mungkin pernah terserempak saja dulu.

Back to story, aku dah berniat untuk buka hati dalam mengenali seseorang, jadi aku pon mulakan langkah pertama aku bagi nombor telefon aku dekat dia dengan alasan aku jarang buka fb…

Haha lawak pulak sebab aku dah berhasrat untuk jadi berani dalam soal ni sebab aku rasa berkenan dekat dia sangat.

Alhamdulillah, keesokkan hari memang dia chat aku dan masing2 save number. Kami ada chat tapi tak selalu sebab si dia berterus terang dekat aku yang dulu dia seorang yang rigid dan skeptik dengan hubungan laki perempuan,

And dia baru saja open bab ni sebab dia rasa klau bersikap macamtu takkan buat dia jadi baik dan takut tersalah bawak.

So aku boleh katakan dia seorang yang menjaga and apa yang aku suka pasai dia adalah dia bukan background sekolah agama tapi dia suka explore untuk belajar agama, jadi tak hairanlah if dia pernah jadi presiden sebuat persatuan islam waktu universiti dulu.

Disebabkan aku suka dan berkenan dengan dia, jadi aku pon bertekad untuk mulakan dulu,

Dan waktu ni memang aku tak kisah dengan istilah perigi cari timba sebab macam aku kata kriteria yang aku nak ada pada dia iaitu beragama, berpendidikan, rupa paras yang boleh dikatakan sedap mata memandang.

Jadi, aku pon bagitahu dekat dia yang aku nak kenal dia denganlebih dekat. Guess what? Mestila kena reject sebab orang hebat macam ni selalu orang nak rebut huhu…

Dia bagitahu aku dia merancang untuk kawin tahun depan, and thats why dia tegur aku mungkin dalam fasa dia nak memilih.

Dia bagitahu ada someone ni berjumpa dengan dia dan nak berkawan jgk so dia memilih yang tu sebab dia cakap tak beretika pulak if dia layan dua orang satu masa. And dia doakan yang terbaik untuk aku.

Aku? Mestilah sedihh sebab silap aku juga letak pengharapan tinggi pada manusia. Sedih yang Allah saja yang tahu bilamana kita dah jumpa yang terbaik pada landasan yang kita nak tpi at the end tak menjadi.

Disebabkan peristiwa tu sebenarnya mengubah aku yang mana aku berusaha untuk perbaiki diri aku.

And sekarang aku hanya mampu berdoa jika dia baik menurut Allah dan dunia akhirat aku, maka kembalikan dan jodohkanlah kami berdua, tapi jika sebaliknya aku harap Allah gantikan dengan yang lebih baik.

Bila aku doa ni aku tak sedar aku dah jatuhkan air mata aku entah la aku rasa sedih sangat even aku kenal dia sekejap ja and now aku memang tak chat dia sebb aku hormat keputusan dia.

Buat masa sekarang ni, memang aku praktikkan solat istikharah dan solat tahajud alhamdulillah. Asbab pertemuan singkat dengn dia buat aku sedar yang kalau kita nak jodoh yang baik so kita kena jadi baik jgk sebab jodoh kan cerminan diri.

Jadi, mohon doa pembaca sekalian agar mendoakan yang terbaik buat saya dan si dia. Dan doakan jika dia adalah jodoh yang terbaik menurut Allah buat saya, maka pertemukan kami pada waktu yang tepat. Aamiin, Insha Allah ;)

– muallimah aidan-

– Aidan (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *