Jodoh rahsia Tuhan

Salaam.

Aku nak share pengalaman aku.

7 bulan lepas aku bertunang, sepatutnya kahwin lagi 3 bulan dan sebulan lepas baru putus tunang, haha.

Dulu lepas sekolah, kita mula kawan, dan iye waktu tu ikhtilat segala bagai aku tk jaga, aku tahu couple itu salah, tapi aku tak jaga ikhtilat.

Nak dikatakan cerita, aku mula tak layan lelaki lepas sambung belajar, lepas faham erti kena jaga hubungan lelaki perempuan. Aku berhenti contact semua kawan laki, ada yang takleh terima, sampai unfriend kat semua media sosial, ada yang terima fab ada yang memang lost contact macam tu je.

Aku berjaya, hampir 4 tahun tak contact, sampailah tahun lepas. Aku pelik sebenarnya, kenapa dia tetiba contact, rupanya nak ajak kahwin. Aku fikir dia jodoh aku, aku tolak dia macam mana pun, dia tetap datang balik. So aku terima, dengan menggunakan logik akal aku.

Selepas bertunang, awal-awal itu aku ok je tapi lama-lama aku berubah hati, sebab sifat dia tak kena dengan aku. Aku jadi tak sedap hati dan tak kena dengan semua benda, salah satunya aku perasan, hubungan aku dengan Allah makin jauh. Dan bila stop sekejap dalam hubungan ini, baru aku jumpa ketenangan bersama dengan Allah.

aku cuba untuk ajak bincang, dia marah kat aku, cakap aku sepatutnya bincang sebelum tunang dulu. Silap aku, aku berbolak balik lepas tunang.

Dia pun tawar hati dan menggesa aku buat keputusan cepat. Aku cuba untuk selamatkan keadaan tapi manusia, bila dah tawar hati, kita cakap macam mana pun dia takkan dengar. So aku buat keputusan untuk melepaskan.

Nak cakap kat sini, mungkin ini salah satu proses untuk mematangkan diri dan kenal diri sendiri.

Untuk sesiapa yang nak buat keputusan kahwin, jangan buat keputusan sebab orang mendesak atau sebab orang lain semua dh kahwin. Take things slowly, teliti betul-betul setiap sisi, mintak pertolongan Allah. Doa banyak-banyak. Tanpa menafikan jodoh itu di tangan Allah. Aku tak salahkan dia, dan aku tahu aku tak salah memilih Allah sebelum dia. Mungkin ini cara Allah nak mengajar aku.

Mungkin ini juga balasan aku tak jaga ikhtilat tu dulu. Kesan dia besar sebenarnya.

Sesiapa yang tengah berseronok kawan dengan berlainan jantina ke tengah couple ke, ingatlah satu hari nanti semuanya akan dibalas. Mungkin kita fikir tak ada apa-apa sangat kawan dengan laki, mana ada perasaan semua tu, tapi kita takkan tahu apa yang akan jadi pada masa depan.

Yang dah sedar tu, banyak-banyaklah istighfar, Allah akan menjagamu.

Semoga aku ketemu jodoh yang sebenar nanti, tapi untuk sekarang aku sudah cukup bahagia dengan hidup yang Allah beri.

Doakan aku. Nak habis belajar dah ni.

– Me

Hantarkan ‘confession’ anda melalui ‘form’ yang disediakan ->

Click Here

44 Comments

  1. Hahahah taktau la kenapa rasa agak disagree dengan action awak tak salah untuk mendekatkan diri dengan Allah tapi cara awak menyelesaikan tu salah. Hahahaha.

    Saya taktau situasi sebenar awak. Tapi taksemua yang bercinta selepas kawin itu bahagia. Tak semua yang bercinta sebelum kawin itu berduka. Setiap orang diuji dengan ujian masing2. Apa2 pun jangan terlampau judge. Hahaha.

    Saya pun tktau nak cakap apa sebenarnya. Agak lost. Senang sgt blank lately

    • “orang yang Allah redha adalah orang yang lupakan orang yang dia cintai, lantas mengutamakan cinta Allah dan memburu redhaNya” – Ibn Qayyim ?

    • “orang yang Allah redha adalah orang yang lupakan orang yang dia cintai, lantas mengutamakan cinta Allah dan memburu redhaNya” – Ibn Qayyim ?

  2. Selalu org igt tunang je mesti kawin, bguslah ada keberanian untuk face “apa org kata”. Ada org kawin awal, diuji dgn kewangan , after 5 tahun kawin baru stable baru bahagia, ada org kawin 5tahun lambat tp bila kawin dh stable dh rasa bahagia (contoh je) kebahagian pon mcm rezeki, smua dtg dari Allah. Ada yg bahagia dtg lambat, tp kekal smpai akhir hayat, ada yg bahagia awal, tp diuji di tengah jalan.

  3. tp klu kwn just kwn biase, tp selalu contact la but never talk abt feeling. never . just kwn baik kwn rapat yg slalu ssh sng sme2 . tp lain jantina . but mmg never talk abt feeling . never . cam tu cam ner lak? ok ke tidak . boleh ke tidak .

    • Ada 2 je kemungkinan nanti:

      1) one day, korang akan lost contact. Tak kira la dh berapa lama korang berkwn pun. 5 taon ke, 7 taon ke or even 10 taon ke.. Akan tiba masa yg mana korang masing2 akan bawak haluan masing2. Mungkin sbb masing2 busy dgn hidup masing2, atau masing2 dh fed up with each other atau sbb dh lama sgt berkawan, it feel like you guys have nothing more to share and at the same time you’ll meet more new people and start accepting them in ur life.

      2) Korang x putus kawan sampai la masing2 dh kawen dan beranak-pinak. Maka jadilah dua famili bersahabat baik. But it’s a rare case. Biasanya yg jd famili bersahabat baik ni kalau korang berkawan baik in group (mcm 3 ke 5 org kwn baik lain jantina). Kalau yg sepasang ni jarang la kekal smpai dh berkeluarga melainkan salah seorang dr pasangan korang nnti atau kedua2nya sekali adalah kawan korang jgk.

      Ni pendapat aku semata2 berdasarkan observation aku selama ni. Kbai

    • actually mmg 3 org but lain jantina . tu yg like i said b4, we never talk abt feeling . never . tak penah . not even once .

  4. Xsalah pom putus tunang sebenarnyaa . Cuma akan rse bersalah bila bertunang terlampau hebohkan dan bila putus abih dua belah pihak malu . So tunang ni biar diam2 . Kahwin nnti heboh laaa satu galaksi pom . Xdak sapa nk marah . Islam itu mudah . Tapi jgn pulak kite yg memudahkan islam . ☺

  5. Ak suka part “Sesiapa yang tengah berseronok kawan dengan berlainan jantina ke tengah couple ke, ingatlah satu hari nanti semuanya akan dibalas. Mungkin kita fikir tak ada apa-apa sangat kawan dengan laki, mana ada perasaan semua tu, tapi kita takkan tahu apa yang akan jadi pada masa depan.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *