Jodoh Yang Tertangguh

Nama aku Ikah. Aku banyak nama samaran tapi aku tak kesah asalkan nama yang elok dipanggil.

Sebelum ni aku pernah terluka kerana rasa diabaikan. Biasalah dia kerja shift dan business family. Nak dikatakan aku pun sama tapi aku sanggup lapangkan masa aku untuk bekas partner.

Selepas aku habiskan praktikal, aku dah cuba banyak tempat untuk temu duga tapi tak dipanggil mungkin sebab “fresh graduate” .

Tanpa lengahkan masa aku cuba bekerja di kilang sebagai operator berdekatan dengan rumah. Jalan kaki walaupun hujan panas tetap aku redah.

Hari pertama aku melangkah ke sana, aku sudah mula diusik oleh person in charge di sana. Dikalangi oleh “Tunang Orang” ” Somebody’s Partner” yang suka melewati meja aku. Aku pun suka berborak dengan mereka.

Tapi ada seorang ni (tak tahu statusnya apa tapi aku syak dia ni pernah ada ikatan sebab daripada cara dia bercakap dan gayanya) suka datang panggil aku dengan nama “sayang”.

Aku sangat geli dia panggil aku begitu sebab aku pun masih berpunya ketika itu. Makin lama makin nak dekat dengan aku.

Hampir setiap hari dia cuba pikat aku, dia ajak aku pergi “dinner” lepas kerja, nak hantar aku balik naik motor CC 110 ke atas dan pernah pelawa aku untuk naik keretanya juga. Dia juga tahu family aku dikira orang senang bakal mewarisi harta.

Aku diberitahu oleh kawan aku dia ni kepunyaan orang. Dalam benak hati aku kata, “dah agak dah dia kepunyaan orang.” kawan aku kata pasangannya berada di department sebelah. Ceritanya ada sebelum ni juga lelaki cuba untuk rapat dengan pasangannya.

Kiranya ada 2 lelaki cuba untuk mendekatinya tetapi dia lebih memilih “si buaya” ni. Alasannya si polan ni pandai berjenaka dan pandai mengayat. Dah nama pun buaya. Yang lagi seorang lelaki tu dibuat seperti tunggul selepas si buaya itu merapatinya.

Lelaki itu menunggu kata putus daripada perempuan itu. Kawanku turut berasa kasihan kerana lelaki itu seperti tergantung sepi.

Dan aku rasa ramai sudah memaklumkan kepada pasangannya berkenaan aku dan si buaya itu.

Pernah juga aku dimarahi oleh pasangannya kerana memakai tudung yang sedang trending di tempat kerja. Aku beli sudah semestinya aku ingin cuba pakai.

Kalau tak bila lagi nak pakai tudung itu. Risau juga jadi “perhiasan”. Ada juga “Tunangan Orang” yang mesra berborak dengan aku sebab aku “Good Listener” aku mudah peramah dengan orang tapi semuanya aku anggap seperti kawan sahaja.

Aku juga sering diganggu warga asing. Aku pun mula takut kerana aku pun akan bertukar tempat bersama dengan warga asing itu.

Aku mula bertanya kepada staff lelaki yang lain sama ada mereka akan duduk sebelah aku ataupun tidak. Aku bernasib baik ketika itu kerana aku ditukar department semuanya perempuan.

Pada masa itu juga aku berkenalan dengan lelaki yang tergantung sepi itu. Dia cuba whatsapp aku katanya hanya ingin “save contact” kerana satu tempat kerja.

Aku mula hairan sebab apa yang aku tahu tentang dia, pendiam. Ramai staff perempuan kata dia jenis sombong.

Aku biarkan sahaja. Aku pun save nombor dia. For the first time aku save nombor staff lelaki selain daripada Supervisor.

Aku pernah membalas status whatsappnya kerana motornya rosak di tepi jalan. Aku pun mula risau. Aku pun tak tahu kenapa aku perlu risaukan dia.

Kami makin rapat dan dia menasihati aku agar tidak berborak dengan staff lelaki lain. Alasannya takut Supervisor nampak dan kena ceramah.

Aku pun cuba suarakan yang aku sering diganggu warga asing dan Si Buaya.

Dia memberi cadangan agar aku menyamar menjadi pasangannya mulai esok harinya. Dia hantar aku ke tempat kerja dan hantar balik rumah.

Hari Pertama, dia hantar aku balik ke rumah. Kami keluar lewat dan terus ke kantin sebab tak nak kantoi. Lagipun masa itu hujan lebat. Nasib dia ada payung sebab aku terlupa bawa payung.

Kami payung bersama, ramai juga terkejut kami berpayung. Ada juga yang rakam kami berpayung. Dah macam drama Korea pulak.

Ada juga yang nampak kami dan terkejut macam mana kami berdua boleh bersama. Dia cakap dia puas hati sebab pasangan Si Buaya tu pernah ajak aku naik motor tapi aku tak naik.

Sekarang aku naik motor dengan dia. Baru aku tahu umurnya tidak seperti umurnya yang sebenar. Ternyata rupa paras nya seperti 20 an tapi sebenarnya umurnya hampir 30.

Hari kedua, ternyata ramai menunggu kami keluar daripada kawasan kilang. Si Buaya turut tunggu kerana dia nak lihat depan matanya sendiri betulkah aku naik motor bersama.

Esok harinya memang ramai yang tanya kami bercinta ke tidak. Kami hanya mampu tersenyum sebab semua hanya lakonan semata – mata.

Seminggu lepas tu, kami berborak melalui telefon dan dia tanya “Kau suka aku ke?”

Soalan cepumas ni memang aku terkedu tak mampu nak menjawab apa – apa. Aku mampu tergelak sahaja. Dia pun memberitahu hasratnya yang dia nak bercinta dengan aku sebetul -betulnya.

Aku pun sudah mula tawar hati dengan bekas partner sebelum aku berkenalan dengan dia. So aku pun putus dengan bekas partner dan bercinta dengan dia.

Si Buaya dan pasangannya mula geram dengan kami. Yelah masa tu aku ni bergemari ramai. Kawan aku bercerita pasangan Si Buaya ni ada rasa menyesal sebab tak pilih si lelaki tergantung sepi sebab terdengar perbualan seorang akak yang bertanyakan kisah aku dan si dia tu.

Akak tu tanya macam mana dengan perangai si dia. Aku jujur jelah si dia ni memang pandai jaga aku dan tak pernah abaikan aku. Si Buaya dan pasangannya curi – curi dengar sambil buat – buat busy.

Pernah sekali tu Si Buaya dan pasangannya melewati department aku dan si dia. Sengaja tunjuk sweet depan kami. Aku masa tu tak fikir sangat sebab masa tu aku kesejukan dan menggigil. Aircond betul – betul menghadap aku.

Aku pulak tak bawak sweater. Aku cuba contact si dia melalui pandang ke arah si dia. Si dia pun datang ke arah aku dan bagi sweater kepada aku.

Kawan kawanku yang lain sengaja membuat bising dan berkata “Sweetnya!” aku pulak diamkan diri takut Supervisor nampak. Si Buaya dan pasangannya bertambah geram lalu keluar daripada department aku kerja.

Sejujurnya sehingga sekarang dia jaga aku dengan baik. Walaupun dia bukan jenis romantik nak buat suprise, nak bermanis mulut dengan aku, dia jaga solatnya. Dia tak pernah maki aku. Kalau dia marah pun secara tegas.

Kalau aku merajuk, dia pujuk dan tak pernah abaikan aku seolah – olah aku ni seperti isterinya. Jarang aku menangis dan merajuk disebabkan dia.

Dia pun ada kekurangan keupayaannya tapi dia sama seperti manusia biasa cuma ada kerja yang dia tak mampu buat. Aku terima dia seikhlas hati.

Aku cuba ceritakan kepada ibuku. Sudah pun berjumpa dengan ibuku tetapi ibu ku berkata ingin menikahi aku.

Tetapi ibuku kata bukan sekarang sebabnya ayah ku berfikiran negatif terhadap lelaki lain dan tak boleh nampak aku keluar dengan lelaki lain sedangkan umurku sudah melebihi 20.

Aku pun tak tahu macam mana nak ubah perspektif ayah aku terhadap lelaki di luar sana. Macam tiada penyelesaian.

Sekian daripada aku. Nampak macam drama kan? Ini realiti.

– Ikah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit