Terima kasih admin kerana menyiarkan coretan ini. Ini kali kedua saya tulis dekat page ni lepas ‘kisah graduan gred rendah’. Semasa menaip cerita ni, saya tengah kerja shift malam & tengah boring, jadi terdetik nak kongsi pendapat berkenaan kerja shift dlm bidang IT.
Dari pengalaman saya sendiri, bila cerita pasal kerja shift, ramai kawan2 memandang sepi kerjaya macam ni. Pernah offer untuk rekomen kawan yang baru grad dekat beberapa tempat yang saya ada contact, mereka tolak bulat2 dengan pelbagai alasan seperti jauh dari rumah, penat kerja malam, tak ada life, gaji ciput & lain2.
Tidak dinafikan kerja computer operator/heldesk/IT operation bergaji kecil pada permulaan, dalam 1400-1800. Tapi apa yang orang gagal lihat adalah ‘potensi’ dalam kerja ni untuk buat duit lebih. Selain gaji basic, kerja shift tentu ada elaun seperti elaun shift dan elaun transport yang menjadi standard dikebanyakan syarikat.
Selain daripada itu, boleh buat OT atau ‘extra shift’ untuk mengganti kawan dari team lain yang mengambil cuti atau MC. Jika hari bekerja anda jatuh pada public holiday, selalunya gaji hari tu akan dikira 1.5x atau double (bergantung pada syarikat). Itu belum campur elaun makan kalau kerja ot atau extra shift, ini juga bergantung pada polisi syarikat.
Saya sangat menggalakkan mereka yang bujang & sedang berusaha kumpul duit kawen untuk mencuba kerja shift. Kalau kena pada cara, kerjaya macam ni cara yang agak cepat untuk kumpul duit sebab gaji tak statik.
Berkenaan isu penat kerja tak menentu, percayalah lepas beberapa minggu atau bulan badan anda akan terbiasa. Biasanya kalau kerja shift malam, kita boleh ‘kawtim’ dengan team member yang lain untuk bergilir tidur & cover kerja. Yang pasti jika shift 12jam, waktu rehat selalunya 1.5jam. Cuma saya nasihatkan, jangan tidur lebih dari 1 jam, nanti mata lagi berat & hilang focus.
Bagi mereka yang kerja shift 12 jam, selalunya dalam sebulan kami hanya kerja 15-18 hari sebulan (bergantung pada syarikat & shift rotation). Jadi tak timbul masalah tiada masa untuk family, kalau perlu cuti pada hari sabtu/ahad boleh apply cuti atau ‘kawtim’ shift dengan team lain. ‘kawtim’ apa2 dalam shift semua bergantung pada bos/supervisor, biasanya HR tak ambil pusing dengan ‘arrangement’ staff kerja shift.
Ciri-ciri dalam diri yang saya kira penting untuk kerja macam ni adalah tahan maki, jiwa kental, bersedia jadi ‘punch bag’ dan ‘tempat pembuangan sampah’(workload). Kerja shift biasanya kami akan jadi macam front line soldier, apa2 masalah kami adalah orang pertama yang perlu tahu atau detect masalah tu.
Kerja IT operation macam kerja call center juga, selalu dimaki atau jadi tempat customer(user) lepaskan geram, jadi kami kena tahu cara handle dan yang penting jangan ambil hati & let it go je. Dalam kerja IT operation/data center ni korang kena faham 1 benda, ‘The Position is important but not the person’.
Dari segi skill pula, banyak yang boleh belajar dari hardware hingga ke software. Pada mulanya anda akan belajar perkara basic & benda2 yang general je, tapi makin lama anda akan belajar benda yang lebih dalam secara langsung atau tak langsung. Selalunya akan lebih cepat belajar bila encounter error atau masalah, pengalaman dan kesilapan akan jadi guru yang paling berguna. (Sebab korang tak akan lupa bila pernah buat silap)
Akhir sekali saya nak cakap pasal trick naik gaji. Dalam ekonomi sekarang, banyak syarikat bagi alasan masalah ekonomi untuk tak bagi kenaikan gaji, jadi korang boleh pilih nak stay atau leave. Pada saya senang je, ‘I love my job, but not the company’. Kebiasaanya, saya akan guna jobstreet setiap tahun untuk periksa dan memastikan gaji semasa dalam range yang betul .
Lompat company adalah cara yang biasa digunakan dalam sektor swasta untuk dapat gaji yang lebih besar, tapi pastikan anda pilih company yang kukuh. Pastikan juga anda menambah/upgrade skill sendiri untuk dapat offer yang lebih baik. Setiap kali belajar skill baru, jangan lupa update profile dalam jobstreet walaupun anda tak aktif mencari kerja sebab ‘headhunter’ atau majikan mungkin mencari calon dijobstreet. Linkedin juga merupakan platform yang baik untuk membina portfolio online.
Akhir kata saya bukan expert dalam apa2, ini cuma pendapat peribadi sahaja.
– Arif
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit