Jomlah kita bersyukur

Alhamdulillah, aku sudah kahwin.
.
Waktu tu aku takde duit, jadi 100% ditaja oleh ibubapa. Dan sampai sekarang pun mereka masih bagi duit belanja bulanan, kereta, henpon, makan restoran tak terbayang di mata (mahal nak mamp) dan segala macam hadiah untuk suami dan anak aku. Ya, aku dah jadi ibu. Terharu wehhh. Aku harap mereka redha akan aku dan aku boleh jadi macam mereka. Alhamdulillah.
.
Perbelanjaan bulanan rumah, setiap bulan suami aku setel. Duit belanja yang aku dapat, aku guna untuk shopping, belanja suami aku makan restoran, beli barang-barang anak aku yang tak keperluan, beli hadiah untuk parents dan keluarga mentua dan simpan selebihnya. Aku jenis malas nak kupas bawang dan geli pergi pasar. Jadi, suami aku yang buat kerja-kerja dapur ni, dia pergi pasar dan mulalah bersilat kat dapur lepas tu. Kerja aku pula? Main dengan anak aku yang comel ni! Dan aku memang tak boleh tengok rumah sepah, kain bertimbun, meja berhabuk, dll. Semua kerja-kerja ini aku buat dengan bahagia. Alhamdulillah.
.
Setiap kali balik rumah mentua, aku suka main dan berborak dengan adik ipar aku serta extended family aku. Kitorang shopping sama-sama, makan kat restoran sama-sama, tengok wayang sama-sama, bakar kek sama-sama. Takde pula keluarga diorang suruh aku buat kerja rumah. Haha. Kerja aku kan jaga anak aku yang comel ni. Okay, bapa mentua aku memang provide pembantu rumah untuk isterinya yang tersayang. Alhamdulillah.
.
Sehingga kini, aku ada beberapa perniagaan yang membawa pulangan untung yang cukup untuk bawa aku pusing-pusing dunia. Aku memang suka berbisnes. Duit-duit yang aku dapat, setelah tolak simpanan, perbelanjaan, roll money, expand syarikat, dll. aku habiskan untuk sedekah dan untuk yang tersayang. Walaupun aku sendiri sakit jantung tengok duit yang aku habiskan, senyuman kat muka diorang tak ternilai. Takpe, kejap je akaun bank tu kurang sikit, kejap lagi terisi lah tu, ada pelanggan baru. Alhamdulillah.
.
Sebenarnya, sejak dari sekolah menengah, aku selalu berdoa untuk dapat jodoh yang baik, kehidupan yang senang, minda yang cerdas (CGPA 3.5 ke atas, Alhamdulillah), rezeki yang cukup, dll. Walaupun orang kata aku doa awal sangat (bab jodoh), tapi aku rasa diorang yang tak matang. Kahkah. Sampai sekarang, aku masih amalkan doa dan aku yakin dengan Allah, bahawa Allah akan makbulkan doa aku. Dan aku selalu diajar bersangka baik dengan orang. Kalau dia buat gitu, fikir yang baik dulu kenapa dia buat gitu. Mesti ada sebab. Be happy and see things POSITIVELY!
.
Aku sangat yakin dengan ayat ini.
Firman Allah SWT, “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu!”
.
Jom bersyukur sama-sama.

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *