Aku la yang tulis confession ni, (https://iiumc.com/apa-yang-
Hai, nama aku Joy, a.k.a. Joyah. Masih single dan baru move on lepas frust dengan Jungkook BTS yang belum nak solat tu. Hahaha!
Jangan PM tepi kalau takleh terima yang aku masih dalam fasa tak nampak sesiapa lagi best dah selain Jungkook BTS tu. (If you know, you know.)
Maaf la. Aku letak nama aku Joyah sebab aku suka ambil tahu cerita orang, memerhati orang, dan cuba judge orang tu hahaha. Tapi aku tak berani nak berdiskusi dan bercerita secara reality dengan orang lain. Takut dah jadi mengumpat.
Jadi aku cerita la kat tempat-tempat macam ni, dengan watak-watak korea plus melayu supaya korang dapat main point tapi tak perlulah korang join aku judge orang tersebut.
Maaf juga kalau ada yang tak senang dengan confession aku sebelum ni, especially golongan isteri-isteri. Ya Joy tau kak, Joy tak kahwin lagi, Joy ni apa tahu pasal perasaan seorang isteri. Kan. Tapi kak, Joy tahu judge orang ye kak. Awas. Hahahaha!
Kali ni aku nak cerita pasal hantu pulak. See, hantu pun takleh lepas dari kena judge oleh seorang Joy. Jangan main-main kau. Sebelum cerita pasal hantu betul, aku cerita pasal manusia berperangai hantu dulu.
First, Kwang Soo.
Kalau korang ingat, dia ni satu-satunya abang aku dan satu-satunya sibling yang aku ada.
Kwang Soo ni hantu dia tu terletak pada perangai. Malas, checked. Berlagak, checked. Tak jaga perasaan orang, checked. Cepat emosi dan marah especially waktu dia lapar, checked.
Eh macam-macam lagi lah yang buruk-buruk semua dia sapu, tak simpan untuk keturunan dia.
Suatu hari, aku baru pulang dari kerja halfday, aku singgah rumah mama sebab rindu kat mama.
Kwang Soo ni kan anak emas mama, memang tak ada nya dia nak berinisiatif beli rumah sendiri dan jadi manusia. Dia duduk dengan mama jadi parasite hisap segala harta benda dan tenaga mama papa.
Masa tu aku tengok beliau sedang lepak sambil hisap vape depan rumah. Ni musim dia tengah angau dengan Ji Hyo lagi.
Dia tengok aku, pastu dia tanya, “Kau tak kerja ke harini setan?”.
Aku jeling dia, pastu aku cakap aku saja balik nak tengok orang tak guna macam kau, supaya hati aku tenang dan rasa aku ni sebenarnya orang yang berjaya dalam hidup.
Kau tahu apa dia buat? Dia literally baling selipar dia tepat kena kepala aku. Sakit siak. Tapi gitu lah, kat rumah mama ni kalau aku lawan Kwang Soo, malaun tu jugak yang akan menang.
So untuk tak sakitkan hati aku, aku ambil balik selipar tu aku baling bagi kena muka dia time dia fikir aku dah nak masuk rumah.
Baru puas hati aku. Padan muka!
Masuk rumah, mata aku pulak sakit tengok mama busy masak kat dapur, untuk ‘raja’ kat luar rumah tu. Sinki penuh dengan pingan mangkuk. Rumah sepah macam ada baby, hakikatnya hanya ada bab* pink saja kat rumah ni.
Aku sayang mama, aku sayang abang aku yang tak guna tu. Tapi aku frust tengok mama yang sibuk merajakan anak dan mengulikan diri sendiri. Dengan si Kwang Soo yang tak tahu la bila dia nak sedar diri.
Aku kepochi pergi intai bilik Kwang Soo, ya Allah, ada playstation apa benda ntah, tapi game set yang latest dan terbaru tu.
Dia punya game PC tu mengalahkan professional gamer. Bila pulak dia beli semua ni, confirm semua ni hasil duit mama dan papa. Nak harap duit kerja dia, kerja dia tara mana la sangat.
Tu tak cakap lagi bilik dia macam tongkang pecah. Confirm nanti orang gaji a.k.a mama la yang tolong kemas. Adoi, patut ke aku curik game set dia tu sedekah kat pengemis ke apa?
Sekarang korang cakap kat aku, betul tak aku kata Kwang Soo ni hantu yang tak guna?
Dia dah berumur 35 kot for God’s sake!
Okay tu baru sikit. Aku nak cerita pasal second hantu pulak.
Ni pasal teammate aku yang baru. Nama dia Jessy; I see you looking at my P.I.C. Hahaha. Seorang perempuan single tapi muda beberapa tahun dari aku, cantik, outspoken, sedikit seksi dengan baju ketat dan bonjolan maut kat kepala serta dada walaupun dia bertudung.
Selepas Jungkook BTS kicked aku dari team kesayangan aku haritu, aku cuba sesuaikan diri dalam team baru. Walaupun aku ni dah level senior kat company ni, bila masuk je team baru, ada la certain team member nak tunjuk power layan aku macam aku ni budak intern.
Si Jessy la orangnya. Dia ni sibuk nak jatuhkan aku dengan macam-macam cara. Complaint semua pasal kerja aku, walaupun hasil kerja dia sendiri ke laut dalam.
Kalau dalam group kerja tu, semua dia bising pasal aku. As if kalau ada kerja tak capai target or terbengkalai, semua dia nak salahkan aku.
Walhal hakikatnya Senior Joy ni yang betulkan semua kerja hauk si Jessy ni. Aku ada experience almost 10 years kot, Jessy baru je join company ni like last 2 to 3 years. Sorry time ni aku memang kena berlagak pasal status seniority aku.
Good point is, aku kan bekas bakal menantu tak jadi boss besar. Aku namakan dia Jae Suk nim. Maka bila ada meeting ke apa, Jae Suk nim akan tanya opinion aku dan biarkan Jessy terkapai-kapai.
Jae Suk nim dari dulu lagi bersikap kebapaan dengan aku, tak tahu la aku yang perasan atau memang dia sayang aku atau tu memang sifat dia.
Bila Jae Suk nim tanya Jessy pasal hal yang patut dia master dan tahu luar dan dalam, dia tengok aku mengharapkan aku tolong jawab untuk dia.
Sorry Jessy, ni Joy kot. Memang tak lah Joy nak tolong. Aku join je semua meeting board tengok Jessy tajam-tajam time dia terkial-kial nak jawab tu. Puas hati aku! Dia ingat Jae Suk nim tak tahu ke hakikat sebenar yang berlaku dalam company?
Lagi la aku dibenci Jessy. Dan aku rela dibenci hahaha.
Waktu yang paling aku suka kalau ada meeting atau program kat tempat-tempat menarik. Jae Suk nim ni saja nak bagi kami kerja sambil bercuti. Aku boleh acah-acah jadi tourist dan bersuka ria dengan kawan-kawan. Kadang team Jihyo pun ada, lagi la havoc jadinya.
Waktu kerja/bercuti tempoh hari, aku rasa mata Jessy tu dah naik juling sebab dia asyik jeling aku.
Ya la, aku kalau lunch ke, dinner ke, mesti ada dengan Jae Suk nim. Walaupun Jungkook BTS tu ada sekali, aku tak rasa awkward sebab ada juga beberapa lagi member aku yang join.
Jae Suk nim dan wife dia pulak jenis sporting, rasa nak panggil omma dan appa jer dorang ni hahahaha. Omma, appa, chaebal. Ajarkan Jungkook Oppa tu solat please!
Dalam pada aku duk sakit hati sebab asyik kena jeling dengan Jessy, aku tetiba kagum dengan dia. Waktu meeting, dia akan ingatkan semua tentang waktu solat. Tapi trust me, Jessy ni tak pernah solat sepanjang aku kerja dengan dia.
Kalau susun schedule, dia akan pastikan waktu solat tak kacau. Bila bulan puasa, dia lah paling busy aturkan jadual giliran berbuka puasa dan amal jariah dengan anak yatim atau masjid kat company kami. Dia akan jadi leader dan paling bersemangat bab-bab macam ni.
Waktu masing-masing sedang syok main air sampai nak maghrib, dia yang bising semua orang ada yang tak solat asar lagi, and waktu dah nak maghrib kena naik masuk hotel jangan nak kawan dengan syaitan.
Masa tu aku dan Jihyo saling berpandangan. Kagum, sebab aku takde mulut macam tu nak ingatkan semua orang dan be that blunt to people.
Jadi dalam cerita pasal Jessy ni, aku rasa aku pun part of the hantu jugak sebab banyak fikir buruk-buruk pasal Jessy. We are human, we would never be perfect. Dia ada perangai dengki kat aku yang sangat obvious, tapi hati dia bersih lagi bila bab solat.
Maybe dengan ingatkan dan mudahkan orang waktu solat, Allah bukak pintu hati dia untuk pakai baik-baik tutup aurat sempurna dan jaga solat.
Mana tahu bila Jungkook BTS dengar Jessy suruh solat, Jungkook terbukak hati nak start solat? Tak ke aku yang happy nanti. Hahahaha aku sebenarnya masih berharap walaupun aku claim aku dah move on.
Okay alang-alang dah cerita hantu ni, aku nak cerita pasal hantu betul yang aku terjumpa kat hotel tempat kami menginap ni. – Aku rahsiakan tempat sebab taknak spoilt kalau korang nak pergi bercuti nanti. Try la google kot jumpa hihihihi.
Aku duduk hotel macam biasa. Kongsi bilik dua orang dengan Jihyo. Masa tu aku dapat duduk level 3, dapat pulak view pantai memang lawa gila.
Pagi kedua kami kat situ, Jihyo ada bagitahu aku dia macam kena kacau time tidur. Ada perempuan tenung dia tidur malam tadi. Aku macam ignore dia, malas nak melayan. Dan aku tak tanya details.
Ye la, sejak bila Jihyo ni percaya makhluk-makhluk halus ni. Biasa aku yang penakut.
So ditakdirkan Tuhan, malam tu Jihyo ada activity dengan team dia. Aku dah naik bilik awal sebab penat dengan aktiviti seharian aku. Masa tu baru jam 10 malam. Aku tiba-tiba rasa seram. Tapi aku tak la terfikirkan hantu masa tu.
Aku get ready nak bersihkan diri, nak mandi basuh muka semua before tidur. Time mandi tu aku asyik tertengok kat cermin, entah kenapa aku rasa macam ada sesuatu yang tengok aku dari cermin tu.
Aku abaikan, buat-buat rileks.
Bila dah sudah mandi, aku nak prep muka aku kasi flawless, kot-kot dengan muka lawa Jungkook Oppa berubah hati nak solat. Eh tiber.
Semua tu aku buat dalam toilet, depan cermin besar gedabak tu. Tapi this time aku tak tutup pintu toilet sebab aku rasa seram nak mati, hakikatnya bukan ada sesiapa pun kat luar nak temankan aku.
Masa aku basuh muka tu, aku ternampak ada seseorang kat dalam bilik, tapi aku nampak melalui pantulan cermin dalam toilet tu. In the same time aku macam nak lemas dah sebab muka tak habis basuh lagi, tapi aku duk sibuk nak tengok kat luar tu.
Setahu aku Jihyo tak balik bilik lagi.
Dalam kekalutan aku yang tengah pedih mata dan dah rasa seram tu, aku nampak jelas dalam cermin ada sekujur tubuh berdiri menghadap dinding bilik aku,
Dan dia berjalan slow-slow sambil badan dia tetap menghadap dinding. Macam ketam gitu. Rambut dia panjang paras pinggang. Baju dia putih kekuning-kuningan. Aku tak dapat nampak kaki dia.
Aku istighfar panjang! Terus aku pejam mata rapat-rapat, sambil tutup pintu tandas kuat-kuat. Aku tak tahu nak buat apa. Aku basuh muka aku betul- betul, terus aku call Jihyo. (Ya, aku sejenis manusia bawak iphone masuk toilet haha)
Tapi sekarang jadi kelakar la, bukan patut hantu tu duk dalam toilet aku yang duk kat luar ke? Ni dah terbalik kenapa?
Aku call Jihyo, terus dia naik bilik bersama beberapa orang lagi member kami. Kena ajak geng lebih, biar hantu tu pulak takut dan dia kalah lalu lari sambil menangis tersedu-sedu (aku gebang lebih ni). Hahaha.
Bagus si Jihyo ni adalah dia terus percayakan aku tanpa fikir panjang. Tak macam aku buat kat dia pagi tadi.
Malam tu jugak kami tukar bilik, dan paling tak best bila kakak cleaner tu tanya aku. “Adik dah jumpa Luna ke?” Pastu dia gelak-gelak.
Tak guna betul kakak cleaner ni. Dah la muka dia tu sendiri menyeramkan, lepas tu dia cerita pasal ‘Luna’, sejenis makhluk yang tak tenang dan suka tunjuk diri kat penginap hotel.
Aku pun buat perangai hawau, aku marah-marah kat receptionist sebab bagi bilik berhantu – aku self-claimed kata bilik tu berhantu. Datang pulak Jungkook BTS join aku deal dengan receptionist tu, lagi la aku bersemangat waja hahaha.
Staff sana pun tak boleh nak cakap apa, jadi dia upgrade bilik aku jadi presidential suite. Tak pasal aku dan Jihyo jadi sama level dengan omma dan appa Jungkook BTS hahaha.
Trust me, malam tu aku dan Jihyo tak tidur. Dah la Suite tu luas.
Malam tu kami jadi wanita solehah mengaji sampai habis surah al Baqarah, baca ayat-ayat Ruqyah yang kami tahu sedikit sebanyak, dan tak pasang dah lagu-lagu seperti selalunya. Rasakan. Time macam ni baru nak ingat Tuhan.
Sedikit cerita pasal Luna dari kakak cleaner, Luna ni asalnya pekerja lama hotel ni. Tiba-tiba senyap tiada khabar berita. Lama jugak orang ingat dia dah larikan diri ke apa, tiada siapa ambil peduli pasal Luna. Kata kakak cleaner tu la.
Tapi suatu hari masa tengah renovate hotel tu, bau busuk yang amat sangat. Rupa-rupanya mayat Luna kena tanam/simen dalam dinding. Siapa pelaku, apa yang berlaku, dan adakah cerita ini benar, nobody knows.
Sejak hari tu ramai terserempak dengan Luna. Kakak cleaner ni pun dah jadi level member jer dengan hantu Luna ni katanya. Gebang je ek kak! Hahaha!
Kau tahu je la orang-orang kita ni, seronok buat cerita macam ni. Padahal kalau ikut Islam, roh orang mati tu takleh ganggu orang-orang yang masih hidup.
Saja je jin dan syaitan nak takutkan manusia acah-acah dia tu roh orang mati. Jadi moral of the story? Aku tak tahu. Mintak Allah lindung dan jaga je la.
Second story pasal hantu real yang aku pernah hadap.
Ni zaman aku tinggal kat asrama dengan Nina. Nina ni walaupun sekarang dia dah matang, tapi dulu dia punya nakal tu, Nauzubillah.
Kalau tiba-tiba alarm bomba berbunyi tanpa sebab, tu confirm kerja dia. Alat pemadam api tercabut dari tempat dia dan digunakan oleh unknown person, confirm orang tu adalah Nina. Lab meletup gara-gara experiment haram, dialah orangnya.
Kalau kertas exam hilang dan kereta cikgu kena calar, dia calon-calon penjenayah yang harus disyakki. Si Nina ni suka mencuba perkara-perkara yang melanggar peraturan sekolah.
Kisahnya suatu petang aku dan Nina beriadah, tapi kami beriadah di tempat haram. Nama pun kawan dengan Nina, mana reti buat kerja-kerja halal.
Kami pergi kawasan paling belakang agak jauh dari hostel, Kawasan tu ada surau lama dan dulu area tu tempat riadah jugak. Cuma sekarang diharamkan untuk students datang sini, sebab apa kami pun tak tahu.
Aku dan Nina ni acah-acah nak buat sesi curahan hati, tapi nak tempat jauh dari hiruk piruk pembangunan dan manusia. Padahal kalau kami lepak dalam hostel time tu takde orang jugak.
Aku duduk kat atas tangga surau lama tu. Lepas penat sebab berjalan agak jauh. Nina pula berjalan-jalan sekitar surau, buat-buat macam tengah ronda. Tiba-tiba dia panggil aku sambil berbisik.
“Joy, ada orang la dalam surau.”
Aku toleh kaki tangga. Mana ada kasut ke selipar ke. Dan siapa nak gunakan surau lama ni kalau dah ada surau yang lagi selesa ber-aircond kat kawasan sekolah sana.
Aku bangun dan ikut Nina intai melalui lubang surau. Surau ni selayaknya surau lama. Berhabuk, lantai berlubang-lubang. Dinding masih kukuh tapi ada lubang sana sini.
Aku tengok seorang lelaki dalam keadaan duduk tahiyat akhir. Macam sedang khusyuk solat. Solat asar mungkin. Susuk badan dia tak macam cikgu-cikgu aku. Sebab badan dia agak sasa dan tegap, layaknya seorang pendekar (tolong jangan imagine Mat Kilau).
Aku masih lagi intai-intai keadaan sekeliling. Tiba-tiba Nina tarik tangan aku kuat-kuat sambil ajak lari. Aku ni dah memang sejenis penakut, tanpa fikir panjang dan tanya why, memang aku lari terus pecut tinggalkan Nina walaupun asalnya dia yang tarik aku.
Tercungap-cungap aku dibuatnya. Tak sedar macamana dan laju mana aku lari, tiba-tiba aku dah ada kat depan pintu masuk utama Hostel.
Aku tengok Nina masih lagi berlari sambil membebel marah aku tinggalkan dia.
“Kenapa weih? Kenapa kau suruh aku lari?”
Dalam tercungap-cungap tu aku masih mampu bernafas untuk tanya soalan penting ni.
“Tak guna kau tinggalkan aku! Kau tak nampak ke tadi? Lelaki tu tak ada muka lah!”
Marah Nina.
Ah sudah! Tak ada wajah? “Kau biar betul Nina?”
“Iya! Sebab tu lah aku tarik kau ajak lari. Time dia bagi salam tu, aku tengok muka dia kosong takde pape.”
Aku dah start seram sejuk. Dah la time tu langit tiba-tiba mendung.
Malam tu aku dan Nina jadi pelajar yang paling mulia kat situ. Kami diam seribu Bahasa, focus pada prep (ulangkaji waktu malam) je.
Time berjalan dari bilik darjah ke hostel pun aku dan Nina diam tak bergurau langsung. Kami tundukkan pandangan je sebab tak nak bagi nampak apa-apa sepanjang jalan.
Paling haru, bila ada beberapa student kena hysteria malam tu. Nasib baik bukan kami berdua yang kena. Tu pun kantoi sebab benda tu marah students pergi kacau tempat dia. Ustaz dan warden bising kenapa ada students yang langar arahan.
Obviously aku dan Nina tak mengaku kami yang merayau-rayau kat tempat larangan tu. Bahkan aku dan Nina selaku orang kanan cikgu, kami pulak yang over buat rollcall warning anak buah jangan sesekali langgar peraturan.
Aku buat-buat tanya teacher Kim Soo Hyun, warden asrama putra kami. Saja la buat-buat curious apa sebenarnya jadi. Gigih la teacher Kim Soo Hyun ni cerita kat aku dan Nina pasal kejadian haritu, ada dua budak kena hysteria.
Lepas tu students histeria tu meraung-raung marah sebab ada budak langgar perjanjian untuk tak kacau tempat depa.
Aku saja tanya, habis tu ‘benda’ tu tak bagitahu ke siapa yang langgar perjanjian tu?
Teacher Kim Soo Hyun gelak besar. Katanya kami cikgu-cikgu ni pun tak sempat kenal korang semua, apetah lagi ‘benda-benda’ tu yang dah janji takkan kacau tempat students. Lagi la dorang tak kenal students.
Aku dan Nina tarik nafas lega.
By the way teacher Kim Soo Hyun ni mengajar kami English, dia cikgu yang paling sporting dengan murid-murid, dan paling best dia agak kacak jugak la. Pandai buat kelakar.
Tak pernah kering gusi kalau waktu dia mengajar. Kami budak-budak perempuan ni suka sangat la bila teacher Kim Soo Hyun bergurau senda dengan kami.
Nina pernah buat solat hajat nak kahwin dengan teacher Kim Soo Hyun hahaha! Satu kegigihan yang jadi modal untuk aku kutuk dia sampai sekarang.
Tapi malangnya, kami tak habis lagi form 4 teacher dah kahwin. Time kami form 5 teacher siap bawak anak dan bini dia datang event kat sekolah. Frust weih. Korang pun mesti pernah ada crush dengan mana-mana cikgu dulu kan?
Okay sampai sini sahaja Joyah bercerita. Banyak lagi cerita hantu yang pernah dialami tapi waktu aku free sekarang ni waktu malam je. Sebagai seorang penakut tegar, tak perlulah aku karang cerita panjang-panjang di waktu malam macam ni.
Bye!
– Joyah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit