Jugdemental person
Thanks admin sbb approved.
Aku tgh struggle dgn persepsi org terhadap aku. Seolah-olah mcm aku ni hidup semata-mata pandangan baik buruk orang lain.
Aku perempuan. Aku tudung labuh. Aku join usrah dari zaman matrik lagi. Skrg tgh degree. Hanya kerana judgement manusia, aku lost dalam perjalanan dakwah dan tarbiyah aku. Aku pernah jahil. Couple monyet zaman sekolah dulu.
Kawan2 zaman jahil dulu pandang aku, 'aku nak tengok ko elok sampai tahap mana'. Family pun macam tu. I tried my best. Tapi mencuba aku tu pun ada hadnya. Bila dah sampai limit aku, aku akan stop sekejap dakwah tarbiyah aku sbb aku kecewa dgn manusia2 spesis begini.
Aku struggle banyak kali dan akhirnya aku terjebak dgn gejala bf gf. Aku rasa dia lah yang paling faham aku. Takde sesiapa dah selain dia. Aku hanyut dgn dunia aku. Dia faham aku. Selalu motivate aku byk benda.
Dalam dunia dakwah dan tarbiyah, anda pilih couple, maka hilanglah anda dari dunia d&t dan maka sebaliknya.
Skrg bf pun dah tukar jadi tunang. Nak mintak pendapat, macam mana nak manage judgmental person ni? Aku benci dengan manusia-manusia yang anggap aku tak boleh buat dosa walau sebesar hama hanya kerana aku bertudung labuh dan budak usrah. And macam mana nak lebih jaga batas dgn encik tunang? Rasa macam tak boleh hidup tanpa sharing daily problem dgn dia sbb dah 5 tahun kongsi bermacam cerita.
– Miss K
Kongsi luahan anda disini –> https://iiumc.com/share-your-stories/