kabel vs usaha

Assalamualaikum and hi admin. Please approve my confession ni. Setiap kali confess tak pernah keluar. Sedih ! Hahaha
Straight to the point. Kabel vs usaha kau sendiri. Mana satu kau pilih ? Aku fresh grad yg betul2 baru keluar dari oven. InsyaAllah bln 10 ni konvo. Aku bkn studnt uia aku student ipta di selatan semenanjung. Sekarang tengah membanting tulang 4 kerat pergi mencari rezeki yang halal. Aku tak boleh tak kerja sebab bukan jenis aku yg suka duduk rumah saja2.
Family belah mak ayah aku sgt2 pentingkan education. Memang aku dgn sepupu2 yg aku yg lain sgt bersaing sbb makcik2 pakcik2 aku tersangat laa ramah borak tanya pasal akademik kami semua.
Nak dijadikan cerita aku ni sebenarnya lebih suka usaha sendiri. Biarlah susah mcm mana pun aku tetap akan struggle nak dptkan tempat di industri. Tp kau kena sedar kita dizaman pemerintahan korupsi. Kau ada kabel besar kapal selam kau boleh senyum lebar dulang. Kalau tak ada kau tawakal jelah. Niat dlm hati nak tlg mak ayah. InsyaAllah dipermudahkan. Makcik2 pakcik2 aku blh dikategorikan org2 besar dlm industri. Bila2 masa kau blh hulur resume kau janji cantik kebabom. Yelah kan org nak tlg mesti la kena ada sesuatu. Ye dak. Yg x bestnye pakai kabel ni kau bkn je bawak nama kau sorang tp kau bawak maruah makcik2 pakcik2 kau yg somebody tu. Dah dpt tempat kau jgn buat hal.
Dlm ekonomi yg aku rasa mcm x berapa baik tp dlm paper habis dicanang baik kabel pun sgt penting. Yela kau fresh grad x ada experience tp ada hati nak jawatan tinggi. Gaji besar. Cuma guna kabel x adil sebab mungkin ada org lebih layak dr kau.
Aku cuba fikir positif bila guna kabel nak dptkan kerja. Tp tetap rasa x sedap hati. Usaha tetap usaha. Hari2 aku apply kerja kosong. Beli paper ,tgk on9 and belum kira lagi yg aku pos dgn walk in kt company2 ni. Yg jd persoalan pd aku sampai sekarang berkat tak guna kabel ? Tu je aku nak tahu. Sebab nanti gaji yg aku dpt jd darah daging aku bg pulak kat mak ayah aku. Keberkatan tu yg aku nak.

– jobless

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

28 Comments

  1. Pendapat aku, keberkatan tu bila kau dah dpt kerja kau jalankan amanah & tanggungjawab (base on your job description) dgn betul. Bukan ambik ringan (Alah, apadehal aku ada kabel besar dlm company ni, buat ke tak kerja sama je aku bole survive) jgn cmtu. Kabel is a bonus, assume ia satu rahmat Tuhan utk kau. ✌

  2. Personally, kabel ni org tgok dr sudut pandang lain. Sbb dlm family mmg pnah guna. Kitorg kenal beberapa kabel utk bawa balik seorang cikgu ni dr borneo ke semenanjung. Kitorg try je minta tolong semua yg kitorg kenal. Alhamdulillah dpt balik semenanjung, dekat betul dgn kitorg. Sbg tanda terima kasih kat semua kabel yg kitorg taktau mana yg function, kitorg beri sikit hadiah, buat kenduri syukur. Dia mcm beri peluang kat kenalan/kabel utk tolong kita, yelah manatahu dia mmg pnah terhutang budi atau mmg ikhlas nak tolong ke. and for me it isnt a problem. Sebab kabel tu usaha jugak. And bukan semua kabel function, or akan tolong. Sbb kabel ke tak kabel ke, kalau Allah nak bagi, Allah tetap akan bagi. Kan? Ikutlah pada keyakinan masing2. Letaklah keyakinan dan tawakal tu pada Allah. Bukan pada kabel. Haaa tu je kut rasanya. Nnti dh berjaya, tak salah tolong org yg mmg patut ditolong. Pendapat personal je ni

  3. Tgok gak jenis macam mana. Kalau contohnya company tuh buat iklan terbuka utk ramai org tapi disebabkan pakcik kita manager dalam tuh, kita dipilih kerja sedangkan iklan masih dijalankan. Dalam kata lain, iklan palsu saja sbb nak penuhi syarat2 tertentu. Kalau mcm ni tak boleh sbb kita mcm ambik hak org. Kita pon kna datang interview gak macam org lain. Kalau dapat, kira rezeki lah. Selalunya iklan dn interview untuk jadi kerani atau kerja dgn kerajaan mcm ni. Diaorng akan panggil interview org lain padahal kroni2 diaorng dh secure dn dh masuk kerja dah pun kat dalam. Kat syarikat2 swasta pon berlaku mcm ni.

  4. bagi aq guna kabel sangatlah tak fair, sebab kadang² cantas peluang org. mmglah rezeki tu Allah tetapkan tapi guna lah cara elok. kesian orang lain tau. contohnya, kesian dkt aq.

  5. Kabel tu x salah, biasa la tolong adik beradik sendiri dulu, tapi pastikan ko betul2 layak untuk job tersebut..kalau ko mmg layak untuk job tersebut, rasanye xda masalah..

  6. ada kabel yg bagus. contoh kita kenal org dlm 1 company ni, maybe org tu tau company tu perlukan kerja kosong dan company tu xde masa n jimatkan kos nak iklankan kt surat khabar/jobstreet. dia panggil la kawan/saudara apply kerja tu dan ikut semua procedure, bg resume, dtg interview and etc. kita pun bole tanya, “ada kerja kosong x?” haaa ini xpe. kabel yg x best nya bila guna kuasa yg ada dlm sesuatu jabatan bawak masuk anak bini anak sedara sepupu kerja tanpa kelayakan yg sepatutnya dan buat kerja acuh x acuh dan sudah semestinya telah mengambil hak org lain yg layak dan mampu bekerja utk jawatan tu. Ini memang kabel yg x boleh dimaafkan ini kabel yg menzalimi org lain. Kalo ada kabel yg x bagus ni, tolong berhentikan amalan ni. Kalo kabel yg x bagus ni ada offer mcm tu, please jangan terima dan cuba untuk berusaha dapatkan kerja dengan usaha sendiri walaupun sakit dan perit. Asalkan kita x menzalimi org lain. Sekian.

  7. Bila bercakap tentang kabel, kebanyakan orang berfikiran negatif. Orang ingat kabel itu ialah shortcut, mungkin bagi ahli keluarga. Tapi kebanyakan graduan tidak menyedari cara mencari kabel. Contoh, korang pergi buat praktikal jangan duduk makan dengan budak praktikal je. Pergi makan dengan boss/manager sekali. Kalau takde kerja, minta kerka dengan manager. Cari cara nak tolong organisasi atau bisnes mereka. Mereka suka sangat graduan/pelajar yang ada inisiatif. Lepas habis praktikal, minta jasa baik mereka tuliskan sepucuk surat ‘recommendation letter’. Apply kerja bawa surat tersebut. Boleh juga tanya bekas manager mana tempat kosong kalau ada kawan2 mereka mencari pekerja. Ini semua ialah NETWORKING, bukan kabel biasa.

    Aku cakap ada basis sebab aku dah melalui fasa tersebut. Aku takde family dekat yang kerja as engineer, or kerja dekat company multinasional pun. Tapi semasa praktikal, aku rajin sibukkan diri untuk tolong (bukan bodek) kerja principal engineer. Akhir sekali, dapat recommendation letter dri principal engineer (bukan engineer biasa, dan bukan pun senior engineer). Dan bila apply kerja, banyak company yg beri tawaran. InsyaAllah korang graduan/pelajar boleh buat. Yakin! Bak kata bakal ayah mertua ‘Hidup kena ada strategi!’.

    CV bagus+ Interview Skill bagus+ Networking+Doa+Tawakal.

  8. Kita semua pakai kabel. Kabel yg paling besar dan agung.
    Allah.
    Kabel yg kiteorg nampak tu hanya adalah asbab. To me, it’s called “opportunity”. “Opportunity only comes for those who are prepared.” Kalau kamu ada kemampuan utk ambil tanggungjawab tu, maka itu lah tempat/kerja kamu.
    Dan ingat, tempat/kerja yg kamu dapat tu bukan tempat yg kamu boleh sedap-sedap rilek-rilek main-main. Itu amanah. Berat tau amanah.
    Bila kamu nampak orang lain dapat tempat/kerja yg buatkan kamu rasa unfair, dah kamu rasa “eh I can do better than you lah”, tapi kamu tak tahu, tempat itu sebenarnya memang tak sesuai utk kamu.
    Jangan salahkan kabel-kabel ni. Banyak lagi hikmah/benda yg kamu tak nampak.
    “Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?”

  9. experienced workers pun guna saluran kabel. eg. bila ada opening for higher posts at other organisations. it has been practised long before we were born. if the candidates fulfil the criteria, they will be in

  10. Ade cable smua jln cantik.. Yg xde cable mcm AK ni, usaha kne keras n jiwa kna kental..AK dh dkt 1thn apply job xdpt2, yg layak pon promoter tu pon gaji rm4.50 per hour..MN tahan..last AK apply keje kilang,senang.. biar la lari Dr bidang AK sbg physio as long ADA keje ade gaji.. Sambil2 tu intai2 peluang jgk le..TP BG AK ttp unfair BG siswazah2 yg xde cable mcm kitorg ni utk apply keje..byk yg menggangur kes mcm ni la.. Biar di nilai pada skills n kebijaksanaan seseorng tu, bkn pada di nilai pada besar mana cable yg dia pakai.. #imho

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *