Kaca atau Permata

Assalamualaikum semua. Nama aku Anastasia (nama kengkonon). Umur lewat 20an, dah berkahwin dan ada anak seorang.

Aku nak confess kat sini bukan ingin membuka pekung di dada. Tapi aku nak minta semangat semua dalam ni dan nak ringankan sikit beban dalam hati yang aku tanggung selama ni.

Cerita ni aku ubah sikit2 sebab kalau aku cerita detail, confirm ada yang kenal aku. Maaf kalau susunan ayat aku kurang baik sebab aku taip sambil menangis.

Aku anak sulung dan satu2nya perempuan. Yang lain lelaki. Kebanyakan orang akan cakap akulah permata dalam keluarga. Tapi bagi aku, aku bukanlah permata yang berharga.

Dari kecil, aku banyak simpan semua dalam hati. Maklumlah, aku takde sibling perempuan atau siapa2 untuk kongsi apa2 pahit kelat maung yang aku rasa. Hahahahhaa.

Aku ada degree. Dulu aku kerja bidang professional, gaji dan bonus tahunan memang masyuk. Tapi lepas anak aku lahir, aku resign sebab nak buat business sendiri dengan suami aku.

Ceritanya start dari aku kecil. Dari kecil lagi aku dah diuji. Mungkin atas sebab tu, Allah bagi aku kebahagiaan yang aku kecapi sekarang. Masa aku kecil pun aku ingat lagi sebab kebanyakannya terlalu pahit untuk aku tanggung.

Okay, masa aku sekolah rendah, bonda dan ayah aku pernah ke oversea atas urusan penting. Aku dan adik2 duduk rumah atok aku. Masatu aku uruskan semua baju2, buku2 semua adik2 aku dengan baik.

Aku jaga diorang masa kat sekolah. Aku basuh kasut diorang. Nampak macam kecil je kan. Tapi aku baru sekolah rendah masa tu. Aku harapkan akan dapat pujian menggunung dari bonda dan ayah bila diorang balik nanti.

Hari kepulangan diorang, belum sempat labuhkan punggung, saudara mara aku pukul canang yang aku tak jadi budak yang baik, aku nakal tak hormat dengan atok aku.

Aku budak lagi wehhh. Aku terkejut sangat sebab semua tu salah dan aku tak buat. Siap ada yang twist cerita lagi. Aku jaga perlakuan aku sebab aku tahu bonda ayah takde dan diorang jauh. Aku harapkan diorang tak percaya semua kata2 tu.

Malangnya lepas balik dari rumah atok, bonda marah aku teruk sangat. Macam2 bonda cakap pada aku. Bonda cakap aku malukan dia, kenapa aku tak sebaik macam didikan dia.

Tiada langsung pujian yang aku dapat untuk berkelakuan baik, jaga adik2 aku. Aku nangis teruk sangat sebab aku kecewa. Kenapa bonda langsung tak tanya aku. Kenapa bonda terus hukum aku.

Kenapa adik2 langsung tak defend aku, tak cakap semua tu salah. Aku solat, aku menangis pada Allah. Aku minta Allah balas pada kejahatan mulut saudara2 aku.

Sekarang, satu demi satu ujian menimpa saudara2 aku. Aku kesian pada diorang. Aku tak gembira atas kesusahan orang. Tapi aku lagi sakit difitnah dalam usia yang aku tak mampu nak defend diri sendiri.

Menginjak dewasa. Setiap kesalahan adik2 aku, aku yang akan tanggung. Aku pun tak faham kenapa. Bila aku bergaduh dengan adik2, aku dipaksa mengalah sedangkan aku di pihak yang betul.

Aku dah biasa tidur beralaskan bantal yang basah dengan air mata. Aku dah biasa dapat silent treatment dari bonda. Setiap minggu akan ada je kena silent treatment atas kesalahan2 kecil.

Biasanya 2, 3 hari jugaklah silent je dengan aku. Adik2 buat aku, aku jugak dipaksa mengalah dan pujuk hati sendiri. Lama2 aku lebih selesa dengan kawan baik aku. Aku banyak luahkan sedih aku pada dia. Sebab bonda tak pernah dekati aku sebagai kawan. Aku takde tempat bercerita.

Kawan aku tu, bonda tak suka. Bonda selalu kata aku lebihkan kawan dari adik2 dari keluarga. Bonda tak faham. Aku mencari kawan untuk meluah sebab keluarga aku terlalu suka menghukum aku tanpa ingin pun nak tahu cerita dari side aku. Persekitaran aku terlalu menyakitkan.

Bonda tak faham dan tak pernah nak faham. Tapi jangan salah faham. Hidup aku ada je masa bahagia. Bukan sedih 24jam. Bonda ayah selalu je gurau2 ketawa2 dengan aku. Ada je masa manja2 dengan aku. Cuma bila ada isu je, aku akan kena semua ni.

Okay aku skip banyak kisah. Tapi kisah ni antara yang menyakitkan yang aku rasa. Masa aku di universiti (universiti aku di utara, keluarga aku di selatan), aku difitnah oleh kenalan keluarga aku. Dia ni suka sangat kat aku, tapi aku tak suka dia. Dia tak puas hati kot.

Dia fitnah aku conteng arang pada muka bonda dan ayah (aku tukar sikit cerita). Dia kata pada bonda yang aku tak layak jadi anak bonda. Dia kata aku bukan anak yang baik. Kebetulan waktu dia ckp tu, aku otw balik kampung sebab cuti semester.

Sepanjang aku dalam bas, aku harap sangat bonda dan ayah akan peluk aku, tanya kebenaran, defend aku sebab aku anak dia kan. Hakikatnya tidak sama sekali. Aku masuk je kereta, semua buat silent treatment pada aku.

Takde sorang pun cakap dengan aku, tanya aku okay ke tak, aku dah makan ke belum, padahal aku tak makan sepanjang perjalanan disebabkan masalah tu. Adik2 aku langsung tak pedulikan aku.

Aku bersumpah yang aku tak buat semua tu. Aku tahu jaga batas aku. Aku menangis2. Aku bangun malam mengadu pada Allah hari2 tanpa missed. Hanya Allah sahaja tempat aku mengadu.

Disebabkan family aku buat aku mcm tak wujud, aku buat keputusan untuk balik ke rumah sewa universiti aku.

Aku nak bawa hati aku yang terluka. Haritu, bonda dan ayah ckap pada aku satu ayat yang aku ingat sampai sekarang.

Bonda ayah lebih percayakan dia dari aku. Bonda ayah sayang dia dari aku. Aku terduduk. Aku anak bonda ayah, dia orang luar, kenapa keluarga aku sendiri buang aku??

Aku bawak diri balik ke utara walaupun cuti sem aku panjang. Hari2 aku doa, Allah tunjukkan kebenaran. Sepanjang tempoh tu, adik2 aku tak pernah walau sekalipun tanya pasal aku, tanya aku okay tak, tanya kebenaran.

TAK PERNAH. Nampak tak? Sampai lah 3 bulan selepas tu, baru bonda ayah cari aku. Tu pun selepas lelaki tu mengaku dia fitnah aku sebab tak puas hati aku reject dia.

Satu demi satu bukti kukuh Allah tunjukkan. Terima kasih Allah. Aku menangis, aku kata kenapa bonda ayah tak percayakan aku. Aku bukan anak diorang ke. Kenapa bonda ayah selalu hukum aku tanpa periksa. Kenapa adik2 aku tak pernah kena mcm yang aku kena.

Sedangkan aku membesar dengan tolong bonda ayah. Adik2 seawal masuk menengah dah duduk asrama.

Aku lah yang tolong bonda ayah meniaga kecil kecilan dalam hujan dalam panas. Aku lah yang kesana kesini tolong diorang. Adik2 aku pernah je terlibat dalam kes mencuri (handphone kawan).

Tapi bonda ayah tak hukum dia. Defend adalah. Dia tak kena hukum seteruk mcm aku kena. Dia tak kena apa2 walau macam2 benda dia buat. Dia kesayangan bonda ayah. Apa dia nak selalunya dia akan dapat. Anak lelaki kan. Aku kena usaha sendiri kalau nak apa2. Sedih.

Sampailah aku dah kahwin. Bonda selalu salah sangka pada aku dan suami. Dia selalu tiba2 kecil hati dengan aku walau aku tak buat apa2 pun. Dan bonda sangat suka mengadu pada adik2 dia kecil hati pada aku.

Aku jeles bab ni. Sebab bonda tak pernah langsung mengadu kecil hati pada adik2 kt aku. Aku sedih sangat. Kadang aku fikir, kalau dulu aku tak lahir, mesti bonda bahagia dengan adik2 je, sebab takde anak menyakitkan hati macam aku.

Adik2 aku belum kahwin. Lama2, adik2 aku hilang hormat pada aku. Diorang tak pandang aku sebagai kakak. Suami aku pun diorang tak hormat. Adik2 aku bijak, kerja bagus, kesayangan bonda ayah. Tak macam aku.

Okay, ni klimaks nya. Haritu ada saudara bonda mengadu domba pasal aku dan husband. Bonda percaya.

Tanpa bonda tanya dulu kebenaran pada pihak aku dan suami. Bonda terus hukum aku dengan suami. Bonda kata bonda kecil hati, kecewa, sedih dengan sikap aku dan suami. Sedangkan aku tak salah. Aku difitnah.

Esoknya adik aku wassap aku marah2. Adik aku yang sorang ni jenis lantang. Selalunya aku diamkan je sebab aku tahu kalau aku lawan pun, bonda ayah akan sebelahkan dia.

Dari kecil, bonda tak pernah sebelahkan aku. Hari adik aku marah2 aku tu, aku lawan. Aku nak defend diri aku. Bila dia tengok aku lawan, ayat dia makin biadab.

Sangat tak hormat aku sebagai kakak. Cara dia cakap macam aku ni anak derhaka pulak, macam aku orang luar, bukan anak bonda ayah, dia cakap aku dengan husband cari pasal dengan family dia (bonda), so dia boleh jadi lebih kurang ajar dari sekarang.

Aku bukan family dia ke?? Kenapa bila orang luar buat aku, kau tak pernah pun defend aku?? Ayat dia dah tiada rasa hormat pada aku.

Dia cakap aku tak boleh terima nasihat. Guys, aku tak salah guys. Kenapa orang terus hukum aku?? Kenapa langsung tak peduli untuk tanya cerita aku??

Suami aku tegur dia secara baik untuk hormat aku. Tapi dia tetap balas dengan ayat biadab seolah2 aku dan suami orang luar, bukan keluarga. Aku sedih guys. Aku nangis2 baca. Bengkak mata aku. Aku terduduk. Yang buat aku lagi kecewa bila bonda defend dia.

Bonda cakap adik2 aku sayang aku. Sayang ke mcm tu? Kalau sayang kenapa selama ni tak pernah kisahkan aku masa aku susah?? Bonda tak tegur pun dia walaupun dia biadab dengan aku dan abang ipar dia. Siapa aku dimata darah daging aku sendiri??

Suami aku tenangkan aku. Suami pujuk aku. Bonda selalu sangat salah sangka dengan suami aku. Suami aku selalu diam je bila kena sebab dia taknak aku sedih. Dia tahu aku sayang sangat keluarga aku. Aku dengan suami kenal tak lama sebelum kahwin. Suka sama suka, bukan aturan.

Tak sampai setahun. Tapi suami aku baik sangat. Dulu bonda dan ayah yang paksa2 aku kahwin lepas habis belajar. Siap ugut suruh kahwin dengan mana2 pilihan aku. Sampai aku tak pernah dapat enjoy duit gaji aku.

Duit gaji aku habis untuk saving tunang dan kahwin. Lepas kahwin, habis untuk mulakan keluarga.

Ye. Aku tanggung kebanyakan dari kos perkahwinan sebelah aku. Tapi kenapa lepas aku kahwin, bonda buat mcm aku lupa diri? Bonda kecil hati tanpa sebab dengan aku sebab aku jarang balik? Aku balik setiap bulan tau, kadang2 sebulan dua kali, kadang2 sebulan sekali.

Aku sedih sangat. Aku cakap dekat suami aku, aku ni anak derhaka ke? Kenapa orang buat mcm aku ni anak derhaka yang tak mengenang budi. Nanti suami pujuk aku sambil cakap syurga aku sekarang dengan dia. In shaa Allah dia selalu redha dengan aku. Aku sebak.

Okay berbalik pada kes adik aku tadi. Dia kata aku tak hormat bonda dan ayah. Aku jarang balik. Nak aku balik hari2 ke mcm mana. Aku tahu dia tak faham hidup berkeluarga macam mana sebab dia belum kahwin. Tapi apa hak dia nak pertikaikan aku mcm aku ni anak yang jahat.

Mungkin aku bagi bonda bulanan tak sebanyak dia. Mana taknya. Masa aku umur dia, aku dah pun bersalin anak aku. Aku kena kahwin awal. Tapi adik2 aku boleh je enjoy masa bujang. Tapi aku syukur sangat2 sebab aku kahwin dengan suami aku.

Aku dapat keluar dari persekitaran negatif tu. Suami aku satu2nya lelaki yang selalu percayakan aku, selalu lindungi aku, selalu bahagiakan aku, defend aku, tak pernah berkira dengan aku. Walaupun dia tak romantik, tapi dia SATU2NYA LELAKI yang percayakan aku.

Banyak lagi yang pedih yang aku tak dapat cerita. Penat nk taip. Hahahaha. Sampai sekarang, hubungan aku dan keluarga aku masih dingin. Adakah aku dibuang keluarga sekali lagi?

Pembaca semua, kat sini jugak aku nak selitkan untuk bagi kasih sayang sama rata pada anak2. Aku nekad, aku taknak anak2 aku nanti rasa kesedihan yang aku rasa. Aku nak didik , sayang anak2 aku seadilnya.

1. Aku ada baca pakar sharing kalau anak sulung dan adik bergaduh. Pilihlah untuk menyebelahi yang sulung. Sebab si sulung empati dia tinggi. Dia akan mengalah sebab dia sayangkan adiknya.

Jangan PAKSA anak sulung mengalah, tapi buat dia mengalah dengan RELA HATI. Yang ni aku tak pernah dapat. Aku selalu kne paksa mengalah.

2. Kalau kita sebagai ibu bapa ada kecil hati dengan seorang anak, janganlah diadu pada anak2 yang lain. Kesannya anak2 yang lain akan hilang hormat pada anak tu.

Jangan burukkan anak dimata anak yang lain. Kita sebagai ibu bapa jangan sampai memberatkan anak hingga anak boleh jadi derhaka. Jadilah ibu bapa yang saling menyokong anak dan memahami anak dengan baik.

3. Jangan hukum tanpa periksa. Jadi adil supaya anak pun rasa dia dibela. Ini antara penderaan mental. Dera fizikal, terlihat parutnya. Dera mental, parutnya kekal di hati anak sampai dewasa.

4. Jangan pilih kasih. Berlaku adil pada anak2. Tegur jika anak silap dengan berhemah.

Besar kesannya tau. Aku selalu overthinking yang aku tak boleh nak kawal. Ini semua kesan sebab aku memendam jeruk rasa dari kecil. Aku selalu rasa diri aku useless, menyusahkan orang. Sebab aku takde tempat mengadu. Terima kasih semua sebab baca comfession aku yang serabut ni.

Aku minta maaf tak dapat cerita detail sangat sebab family aku memang pembaca tegar iium confession. Maaf kalau cerita aku tergantung atau ramai yang tak faham. Kesimpulannya, aku ni kaca yang sentiasa menyakiti atau permata dalam keluarga?

– Anastasia (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit