Lazy, Unmotivated & Procrastinator

Hai guys. Aku perlukan platform untuk meluahkan perasaan. Terima kasih kalau admin publish confession aku yang tak berapa berkualiti ini.

Maaf kalau sepanjang korang baca confession ini korang rasa pelik dengan penulisan aku. Aku tukar style sikit supaya tiada risiko confession ini dikenali oleh mana-mana rakan-rakan yang mungkin boleh cam aku.

Maka, aku mulakan penulisan.

Seperti yang dikatakan oleh title. Aku LAZY, UNMOTIVATED & PROCRASTINATOR.

Kenapa aku jadi macam ni?

Sebab aku penat. Penat dengan diri sendiri.

I wasn’t always like this. Tapi sejak masuk degree beberapa tahun lalu, aku hilang semangat.

Aku masuk degree dengan harapan menggunung nak banggakan ibu bapa & diri sendiri. Konon nak first class, anugerah etc.

Tapi first semester dah kecundang. Takpe. Aku muhasabah. Aku ubah style belajar.

Second semester kecundang. Aku sabar lagi. Aku muhasabah. Teruskan perjuangan.

Tapi kecundang aku bersambung sehingga ke semester terakhir. Bukan setakat kecundang tapi jadi repeaters. Dan mungkin akan repeat lagi. Wallahualam.

Bila semester ketiga aku pun barai, selepas tengok result, itulah kali pertama aku menangis tengok result aku. Menangis bukan biasa, sampai meraung.

Masa tu ahli keluarga takde di rumah. Jadi boleh luahkan segala perasaan.

Bermula dari itu, aku tak lagi nak sambung belajar. Kesihatan tak terjaga. Berat badan naik mendadak dari 70kg sehingga 100kg sekarang.

Aku teruskan juga untuk dapatkan degree demi ibu bapa aku. Luar senyum, dalam menangis.

Walau apapun usaha aku buat, study sampai tak tido malam. Aku tetap kecundang.

Aku sering tertanya.

Tuhan benci aku ke?

Aku tak layak berjaya ke?

Aku tak layak dapat result bagus ke?

Apa silap aku?

Ibadah aku tak cukup ke?

Sedikit demi sedikit perasaan marah terhadap Allah tu ada.

Kadang-kadang redha, kadang-kadang tidak.

Sebab aku tak nampak hikmah diuji sebegini.

Banyak orang kata, supaya aku bersyukur, tengok orang yg lebih bawah dari aku. Tapi pada pendapat aku, kenapa pula? Hard to believe if there is anyone more miserable than me.

Aku penat,

Tapi aku nak berjuang,

Tapi aku penat,

Sebab dalam fikiran aku, aku usaha bagai nak rak pun bukannya Allah akan bagi kejayaan kat aku. Aku boleh rasakan. Somehow. Maafkan aku kerana berkata begini terhadap yang Maha Esa.

Tapi entahlah, rasa tidak adil. Aku yang paling motivated, paling berminat dalam bidang yang aku belajar ni tapi Tuhan tumbangkan aku.

Aku terfikir apa salah aku.

What did I do so wrong that God didn’t answer my prayers?

Tolong lah aku.

Aku nak bangkit,

Aku tak mampu,

Tapi ingin bangkit,

What must I do..

– Sis Terciduk (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit