Tiara

Assalamualikum semua, saya hanya nak kongsi cerita misteri di akhir cerita tentang pembantu rumah saya, Tiara namanya.

Nama saya sakura 35 tahun, bukan nama sebenar. Memiliki 3 cahaya mata paling bongsu 2 tahun dan alhamdullilah saya berkahwin dengan bussinessman, adalah sedikit mewah tapi tidaklah kaya mana.

Sebelum saya ambil pembantu saya bernama tiara ni, saya ada pembantu bernama Arlia then dia ni saya percaya sebagai family akhirnya dia jugalah tikam belakang (mencuri berpuluh ribu tapi tak wat report atas dasar simpati dan percaya setiap kehilangan Allah akan beri lebih baik).

Kiranya saya susah nak percaya orang lagi. Suami saya selalu cakap saya ni baik sangat sebab asal ada pembantu layan macam family tak berkira wang ringgit dan tenaga.

Saya ambil Tiara ni berasal dari beaufort sabah memiliki 3 orang anak dan dah berkahwin 4 kali.

Masa dia mula2 sampai saya simpati sangat dengan dia melihatkan muka tak terurus dan pendiam. Background orang susah sama saje dengan saya thats why selalu simpati dengan orang susah.

Kita bukan lahir dalam dulang emas tentu saja dapat merasai kesusahan dan kepahitan orang susah. Sebab tu kagum dengan Ebit Liew, saya berharap akan ada orang politik asalnya golongan marhaen dan bila diangkat menteri dapat membantu golongan susah dan memerlukan.

Wajah pembantu saya ni hitam manis dan sedikit pendek gempal, wajahnya biasa sahaja dan berumur 39 tahun, tapi dari wajahnya nampak tua sedikit mungkin kerja susah.

Mungkin kalau ada yang perasan sesiapa sahaja wanita atau lelaki yang biasa kerja berat dan susah, wajah mereka nampak berusia sedikit. Melihat wajah dan latar belakang susah menyebabkan rasa simpati menebal dalam diri.

Hari pertama bekerja saya terkejut dengan apa yang berlaku memandangkan dia cakap biasa jadi pembantu rumah orang cina berbelas tahun.

Dia menggunakan penyapu untuk membersihkan rumah sedangkan rumah saya yang luas ni tidak boleh guna penyapu tak bersih dan mesti guna vacuum (saya dah beritahu sedikit cara membersihkan rumah saya, tak perlu banyak memandangkan dia biasa jadi pembantu).

Dia cakap tak biasa sebab rumah bossnya dahulu guna penyapu.

Hari kedua dan seterusnya, bila dia bekerja dia kan beritahu dia sakit migrain atau buang air besar dan perginya berjam-jam, malahan sentiasa bangun lambat dari saya majikannya.

Sampai saya cakap lepas solat subuh jam 6.30 ke atas pergilah membersih rumah (kalau majikan lain macam kawan saya dia suruh pembantunya bangun jam 5 dan belajar displinkan diri, saya jenis kurang tegas sebab saya ingat nak bagi ruang dia sesuaikan diri dengan keluarga saya.)

Sampai sebulan saya rasa dirinya ambil kesempatan banyak sangat pastu saya nasihatlah jangan wat begitu tuan @ suami tak suka nanti dia pecat.

Lupa nak beritahu sebelum kerja dengan saya, dia banyak hutang so saya dah settle dengan buat perjanjian, saya akan potong gajinya bulan2 sampai habis hutang.

Saya ingat lagi baru seminggu kerja dia nak pinjam duit dan minta RM2000 dia minta kirim keesokkan harinya sebab dia cakap makcik yang jaga dia dari kecil minta. Duit RM2000 tu pun akam digunakan sebab neneknya baru meninggal.

Disini saya sedikit cuak seminggu sebelum dia bekerja, saya dah settle hutangnya RM2000 then pas seminggu minta RM2000 dan cara dia pinjam duit bukan bertanya boleh pinjamka dia sepeti bagitahu yang saya mesti kirim duit dengan familynya.

Saya marah saya bukan mesin atm, saya tak nak bagi dan dia marah dengan saya. Saya sampai cakap bibik u ni menyusahkan saya, saya sendiripun walau ada duit takkan saya nak berhabis untuk dia.

Ok fine dia minta berapa boleh, saya bagi RM500 untuk tidak mengeruhkan keadaan (bab duit dan masalah pembantu saya jarang share dengan husbnd sebab saya tak nak dia memikir perkara remeh yang saya rasa saya boleh settle).

Selepas sebulan dia kerja dia minta duit lagi potong gaji kirim dengan anaknya yang dia cakap nak masuk asrama penuh saya bagi juga pinjam dengan gajinya sekali.

Lepas seminggu terima gaji pertama dia minta kirim anaknya RM300 untuk beli buku. Saya cakap takkan kirim RM800 gaji tu habis?

(Gajinya RM1000 tapi saya sentiasa belikan shampoo, modes, baju n bra, spender untu memudahkan dia guna duit gajinya untuk kirim ke kampung). Dan saya cakap gaji akan naik setiap tahun dengan ada bonus raya.

Selama bekerja dengan saya, tiara ni sentiasa meminjam duit melebihi gaji dia terima, kadang2 saya pening memikir masalahnya. Sehingga saya tolong dia susun kewangannya dan cara berbelanja secara berhemah.

Kadang2 saya curiga juga dengan cerita anaknya, pernah saya nak tolong beli baju sekolah dan buku2 untuk diberi terus pada anaknya di asrama penuh tapi dia menolak.

Simpati saya pada Tiara ni sampai saya belikan dia smartphone bulan kedua bekerja memandangangkan dia senanglah nak video call anak2nya di whatsapp kalau rindu,

Sebab mula2 dia sampai dia hanya guna hp torchlight, dia cakap sebelum tu dia guna smartphone tapi bekas suaminya bagi rosak HP nya.

Belikan handphone ni suami saya bising juga sebab dahlah dia nampak pembantu pemalas nanti belikan HP tambah malas.

Saya cakap kat suami saya dah bagitau bibik saya hadiahkan HP ni tujuannya untuk dia berkomunikasi dengan anak dah boleh digunakan waktu malam sahaja sebab siang kerja. Dia janji sebab kalau tak patuh saya akan minta balik HP tu.

Bab Hp ni saya pun terkena bila dia kol indonesia bilnya dekat RM200 saya bayarkan tak berkira sebab bagi saya dia ni macam family dah. Bila bilnya naik RM200 saya potong no tu yang saya ikhlas tolong bayarkan dia RM58 setiap bulan.

Memula tu dia kerjalah sungguh2 pas beberapa bulan saya perasan datang balik perangainya suka duduk bawah biliknya (rumah 2 tingkat) berjam-jam,

Bila saya tanya buat apa dia cakap menggosok baju yang herannya, dia cuma akan bagi naik baju dari dia mendobi seminggu sekali dan hanya naik bergosok berhelai2 sahaja, kain baju yang lain dia biar mebukit macam gunung kinabalu.

Saya sabar sahaja sampailah suami saya marah saya dan dia marah pembantu sekali. Suami marah saya sebab saya bagi manja pembantu sampai naik lemak.

Lepas kena marah tu adalah perubahannya sedikit tapi tetap juga malas cuma saya tutup mata sebab dia baik dengan anak bongsu saya Eshal.

Dalam banyak malasnya dan kuat main handphone saya tutup mata je sebab nak dia tolong jaga anak saya. Dan dia pun sangat baik dalam menjaga anak bongsu saya.

Bulan 12 baru2 ni dia cakap nak balik beaufort saya ok je sebab saya memang dah cakap setahun sekali boleh balik kampung dan sayapun mula percaya dan suka kongsi2 cerita berkait dengan diri masing2. Lagipun dia cakap nak ubah hidup dan suka kerja dengan saya..

Pastu dengan rasa percaya saya tinggalkan rumah saya di kelantan ni untuk dia jaga dan buat pembersihan menyeluruh sebelum dia naik flight dari kota bharu ke kota kinabalu.

Bak kata pepatah seperti melepaskan anjing tersepit kita yang tergigit, saya balik dari KL beberapa minggu selepas dia balik sabah. Dan sebelum balik kelantan saya dapat panggilan dari jiran bertanyakan saya tau tak bibik tak balik? Dia ada masalah.

Saya tak terfikir dia tak balik sabah sebab sepatutnya saya bagi dia bercuti 10 hari, then bila saya kol semasa dia sepatutnya fly balik kelantan dia cakap dia dah sampai dia kat rumah kakak jiran bffnya kat kelantan,

Dia cakap bermalam sebab tu saya tak kol lagi kat dia dengan bersangka baik dia dahpun balik dengan selamat dari sabah.

Malam saya sampai rumah kelantan saya..saya terkejut keadaan rumah yang tak terurus, dia biarkan pinggan mangkuknya dan maybe rumah saya tu last dibersihkan sebelum saya ke KL,

Means masa beberapa hari dia tinggal seorang di kelantan dia duduklah goyang kaki, dia sanggup tinggalkan rumah saya bersepah, baju tak bercuci dan paling tak percaya dia mencuri…

Ada lagi misteri yang saya susah nak rungkai. Dan misteri dia tergamak guna baju2 saya dan mak saya..

Dan paling teruk dia guna bra dan spender saya, dia tinggalkan baju kotor sebakul besar bersama seluar dalam saya, yang dia guna dengan darah haid menempel di seluar dalam tu (seolah olah darah haid nampak warnanya tu)..

Dia tergamak guna barang personal saya. Itulah menjadi misteri dengan saya kenapa dengan seluar dalam berdarah?

Langsung dia tak kenang kebaikan dan keikhlasan yang saya lakukan sepanjang dia jadi pembantu saya. Saya sentiasa anggap dia family belikan baju cantik2, beli barang pencuci muka dan makeup..

Saya tak nak mengungkit tapi saya terkilan bak kata pepatah perberbuatan baik pasti dibalas baik, dua kali saya terkena saya nak gunakan pepatah akan datang dalam hidup saya buat baik berpada-pada.

Dan paling seronok bukan setakat seluar dalam saya dia tinggalkan berdarah dia mencuri barang berharga, baju dan vitamin saya. Baju jalan saya ada yang baru saya tak pernah pakai, ada baju sekali pakai dan seluar jeans mahal saya.

Tergamak dan misteri yang saya tak dapat rungkai………………

Beberapa hari lepas pun saya ada terima mesej dan panggilan suara minta saya bayar RM6000 lebih untuk lepaskan pembantu saya yang menurut suara itu dia merupakan orang yang ditipu pembantu saya,

Dia minta saya jelaskan keesokan harinya bila saya dengar dan mendapat pesanan suara melalui whatsapp.

Kalau saya tak bagi duit pembantu saya tu tak serupa orang dikerjakan nanti..

Dahlah tergamak menipu, mencuri saya kini saya dapat ugutan pulaa..

Saya malas layan sebab saya ni tak bodoh sangat suara ugutan nak minta duit tu betul2 suara dibuat2 dan lakonan semata2. Saya cuma balas n beritahu pembantu saya (masa ni saya dapat berhubung dengan dia sebelum dia tukar no lain).

Saya marah habis2 saya cakap bik saya tak halal kau dunia dan akhirat, kalau kau cuma curi barang2 berharga dan baju saya takpe sebab saya fikir Allah akan gantikan kehilangan saya,

Yang saya kesal tinggal baju kotor dan pakai2an saya, guna seluar dalam sampai berdarah & bra saya. Nak meletup jantung saya.. saya akan ingat namamu bik tiara cantikkan namamu tapi tak serupa akhlakmu)

Biarlah kau fikir saya aibkan kau, saya cuma tak nak pisang berbuah dua kali….. itupun saya tulis bukan nama betulmu Tiara.

Dan kau pun langsung tak hormat saya sebagai majikan, sebagai orang yang meminjamkan bahu mendengar semua masalah hidupmu, dan tak hormat saya sebagai manusia.

KALAU kau hormat tergamak ka kau tinggalkan pakaian kotor tu di rumah sayaa?

Dan kenapa perlu pakai seluar dalam dan spender saya…… tergamak… saya nak saja viralkan muka kau tapi… saya rasa simpati lagi.. nak je lapor polis… tapi saya masih ada budi bicara.

Setiap apa yang saya hilang dan rugi di atas muka bumi disebabkan orang jahat macam kau, saya yakin pada yang MAHA kuasa. Saya yakin pasti setiap kali ditimpa musibah akan ada pahala yang lebih untuk saya dan suami.

Misteri seluar dalam tu buat saya tertanya dan berharap tiadalah perkara2 melibatkan mistik.

GUYS tolong share pengalaman kamu dengan pembantu supaya saya tak rasa keseorangan menghadapi ujian dengan maid ni. Belum rezeki saya dapat pembantu baik, atau mungkin saya kena upah maid mingguan je settle masalah. Maybe adalagi yang dapat ujian teruk kan…

Saya ada kata khas untuk bibik saya,

Tiara dunia ini sementara,

Lari lah ke mana-mana,

Bila kejahatan meraja,

Balasannya kalau bukan didunia akhirat pastinya.

Saya tidak mampu memaafkanmu…. tiada maaf bagimu.. selama setahun kita berkongsi macam2 dan saya tak sangka kau seperti ini.. dan saya tersalah menilai orang..

Sungguh ada sesetengah manusia ini biar kita pernah makan sepingan dan berkongsi gelak tawa dan duka.. belum tentu kita mampu nilai dirinya.

Maaf penulisan agak kurang perasa memandangkan sudah banyak rasa dipendam tak terluah dengan ayat2 yang ditulis. EMOSI pun still terganggu.. Harap boleh move on cepat.

– Sakura (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit