Kadang-kadang , hidup kena berkira

Kisahnya macam ini. Kami 4 sekawan decide untuk duduk serumah yg tak jauh dari office. Rumah tu mmg dekat dgn office, kalau jalan kaki dalam 10 minit kalau drive 2 minit dah sampai kalau tak jem. Sebelum ni aku hidup mmg bergantung dgn public transport. Then, sebelum puasa sorang member aku ni persuade aku untuk bawak kereta. Dekat rumah aku mmg ade 1 kereta yg ayah beli untuk anak2 pakai and at that time adik beradik aku semua dah ada kereta sendiri. Member aku ni ade jugak kerata sendiri dekat rumah tapi alasan dia tanak bawak kereta tu sebab, cost minyak, tol, parking, and maintainance. Masa dia bagi alasan tu geram gak la bajet kalau bawak kereta aku takde cost2 mcm tu je kan. Then ayah aku mmg tak kisah aku bwk kereta tu sebab untuk kemudahan aku sendiri la kan. Ktorang pun dah decide nak share semua costing minyak tol parking. Aku pun bawak la kereta tu dari kampung ke keyel.

Oke lepas tu kami pun pindah la rumah sewa. Lepas bayar deposit rumah mmg masing2 agak kering la tapi bagi aku mmg cukup sgt nak survive sampai next month. Then, member aku yg persuade aku untuk bawak kereta tu dah bising2 cakap dia dah takde duit bla3. Hari2 dia cakap benda yg sama sampai aku jadi kesian. Office ktorang pulak mmg parking dbkl yg kena bayar sejam 50sen. Hari2 dtg kerja mmg 90% duit parking aku bayar sorang. Housemate lagi 2 orang tu pun adela menyumbang sikit2 tapi member yg persuade aku tu pada mulanya sikit pun tak pernah bagi. Ada sekali tu mmg masing2 takde syiling so aku pun tanya la dia, ada syiling tak. Dia laju je geleng sambil cakap takde2 aku mmg takde syiling. Then know what, masa lunch kitorang pergi makan dia punya total aku tak ingat berapa tapi adela berapa ringgit and 70/80 sen mcm tu. Know what, dengan complete dia bawak syiling keluar dari dompet cukup. Aku siap intai dalam dompet dia berlambak syiling. Aku paham member aku sorang ni mmg jenis kedekut tapi pergi kerja tu bukan aku sorang and selama ni aku tak kisah bayar parking. Apa salahnya sekali-sekala membantu kan? Ada sekali, sebab tak cukup syiling aku tak bayar parking dan kebetulan pakcik dbkl rajin nak menyaman. Aku bayar saman tu sorang2 rm30. Aku fikir kesian dorang takde duit tu.

Bukan tu je, then weekend tu kitorang keluar tgk wayang. Dia yg beriya ajak actually. Tol mmg aku la bayar dgn alasan dia takde touch n go. Masa nak balik dalam dompet aku mmg cash ada rm5 je. Aku saja tanak withdraw banyak time tu sebab asyik aku je yg nak kena bayar kan. Masa tu masuk card parking total kena bayar rm12. Aku tanya la dia ada rm10 tak sebab aku mmg ada rm5 je. Then dia ckp dia tanak kasi rm10 dia sebab nanti machine tu pulangkan baki duit syiling. Mmg mati2 dia tanak kasi duit dia. Then geram sgt aku cakap, kasi jela rm10 tu nanti aku pulangkan balik rm10. Syiling tu aku buat bayar parking office. Lepastu baru dia kasi.

Lastly, pasal minyak. Sebab aku paham masing2 dah banyak keluar duit untuk deposit so aku bayar lebih sikit. Kereta tu fulltank rm60 aku just mintak rm10 sorang. Dalam hati mmg aku niatkan sedekah je. Aku datang dari family yg agak senang and mak ayah jugak aku perasan suka bersedekah. So dari situ aku cuba ikhlaskan hati and contohi parents aku. Sampai la hujung bulan sebelum cuti raya. Dorang semua nak shopping raya. Masa tu balance dalam account aku ada dlm 100 lebih je. Aku tak berani nk shopping takut ada emergency. So mereka bertiga pun pergi la shopping, tinggalkan aku sengsorang dekat rumah. Balik2 je, know what memasing habis shopping rm300-400. Memasing pulak time tu ada balance banyak lagi dlm account. Member yg persuade aku suruh bawak kereta tu, yg selalu cakap takde duit tu, dlm account ada balance 200++ lepas habis shopping 300++. Mana aku tahu? Sebab masa dia transfer duit guna online banking aku jeling tengok balance dia.

Conclusionnya, please jangan ambil kesempatan atas kebaikan orang lain. Aku tak cakap aku baik, tapi aku tolerate sebab aku paham condition masing2. Even family aku agak senang, sejak aku kerja aku dah tak mintak duit poket dari mak ayah. Secondly, kadang2 kita kena jadi berkira. Member aku yg sorang ni selalu bunyi cakap takde duit sampai aku jadi kesian padahal balance dalam account dia 2, 3 kali ganda lagi banyak dari aku. Member aku lagi 2 orang tu tak pernah cakap pape tapi kalau aku tak mintak duit pape dorang not willing to give me any penny. Mana janji palsumu dulu mahu hidup susah senang bersama. Lepas dari kejadian tu aku terpaksa jadi agak tegas dan berkira. Even nak top up minyak rm10 pun aku akan mintak rm2.50 sorang. 50 sen wajib bayar. Sekian.

– MS

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

283 Comments

    • Setuju2….tak payah bawak pon tapa biar semua rasa susah sama2 n senang sama2 … bawa kereta ni bkn pikir minyak ja semata maintenance, tol ,parking semua tu mmerlukan wang klau nk tumpang sama2 la keluarkan…just pendapat?

  1. Kau pegi kje tggl je dorg, biar dorg pegi sndri. Alang2 dh jd kejam, ajar dorg utk faham kau bkn pusat kebajikan yg sekeliling jenis amek kesempatan la yg buat hati ney x berapa na ikhlas.

    • Betul saya sokong.. Mulai esok g je ofis jalan kaki.. Buat alasan nak exercise since puasa pon nak abis.. Kete simpan.. Bila nk keluar tmpt jauh baru pakai.. Kalau member nak g mane mane sekali decide awal awal kene share duit minyk and tol bagai.. Ape guna member ada kete tapi buat jadi pekasam.. Buat pengajaran dekat diaorg. Jgn pentingkn diri sgt lah.. Kita pon byk nak guna duit.. Shopping sakan tak pe..

  2. G keje jln kaki… kereta tu guna time nk jln2 or blk kg je. Klo dorang bising… no money no car. Igt suma benda free ke zaman skrg ni?

  3. Xfikir ke..knp awl2 tu..dia sendiri xnk bwk kereta..tp persuade u utk bwk instead?
    Sbb dia xnak kluar duit..dia kedekut..haha…
    Terasa mcm dia ambk kesempatan pun, ad..

  4. Fuh geram pulak aku baca. Aku faham perasaan kau sebab masa study dulu aku ada kawan macam ni jugak. Memang kena berkira dan berhati hati dengan orang macam ni. Kadang2 perlu ‘bersangka buruk’ untuk kita lebih hati hati

  5. Penah duk seumah ngan budak yg familynya senang tp lima sen pun berkira ngan kita. Padahal kita yg family biasa2 je, kalau dia terhutang kite sekupang ke lima kupang ke kite halalkan je..haha

  6. kalau lembut sangat memang orang pijak kepala.
    abaikan je orang gini.
    tu namanya die pentingkan diri sendiri.
    aku yang bace ni pun sakit hati.
    senang cerita kalau melebih sangat kau bawak balik kete letak kat umah pegi kerja naik public transport je.
    atau kau pergi tinggalkan je dorang.
    kau jwb je bayar rumah sama2 so kete pun kalau dah semua aku tanggung better aku g sorang je.
    korang naik le public transport tu.
    kete ni mak bapak aku beli untuk menyenangkan aku bukan nak bagi kau je senang.
    ye lah dah pergi jalan2 pun kau kene bawa then minta rm10 pn die tk nk bagi dan duit syilng pn kedekut nk bagi padahal sama2 naik kete.
    kadang2 kau kene pandai memilih kawan jangan sampai tsalah plih kawan

  7. Skrg ni tngah cuti raya. Masing2 balik kampung, dh alang2 balik kampung, tinggal terus kereta dekat kampung.
    Then, bila housemate tnya kereta mana. Jwp je keluarga nk pakai.

  8. Bertegas. Ko kena tetapkan bayaran setiap bln sorang kena sumbang brape. Parking ko kira siap2 stiap bln brape kena byr, atau giliran sape kena bayar stiap hari. So, nak x nak bila sampai giliran dia, dia kena sediakan syiling atau bagi je duit kertas dekat ko utk bayaran. Minyak pun sama tetapkan brape kena bayar stiap bln. Kalo keluar, brape sorang kena top up. Parking divide sama rata. Bukan nak ajar berkira tapi nak ajar supaya tak dipijak lagi.

  9. Bagus la skang da jd tegas. Kdg kte x boley bg muka sgt kat org nie. Nanti kne amk kesempatan. Klo org susah xpe. Ni duit lg banyak kot. Sy pernah kne ngn staff mate yg asyik menumpang jer walhal die ade kereta sendiri. Kedekut nak bawak kereta die. Bila da banyak kli camtu. Sy malas nak ajk or tumpang die ke mana2. Baik g sorg2. Die ingat sy nie driver die ke? Yg menyakitkan hati, bila die kua ngn sorg staff mate yg xde kereta boley pulak die drive.

  10. Betul tindakan awk tu..dpt member mcm ni mmg patut kena ajar..biar dia sedo diri bkn tahu ketok org je..so raya ni bwk keta balik umah and jln kaki je pegi keje..kalo member sebok tanya knp tak bwk keta, suruh bwk keta dia pulak..byk cantek nk tmpg free je

  11. Ha ha… ckp ngan diorg…no money no car… x yah bawak diorg Naik sekali… soh diorg jalan kaki… nk gi shopping ke… gi keje ke….

  12. betol dah tu apa yg adik ni buat..bukan pe..baik berpada2 jgak tpi kalau org dh smpai semua kita nk support x elok jgak nanti..harap kalau member dia ni baca xdelah plak gduh ke apa pastu ckp “x puas hati npe x ckp depan2” hehe..kalau baca tu pepandailah berubah ye..huhu

    • Sedekah2 jugak. Tp ni dah kira kes amek kesempatan. Ada kemudahan kereta utk guna pun da kira bagus kongsi minyak, tol, parking. Kalu buat tuan kereta mintak kongsi kos mentenen kereta, lg berkira.

    • Kadang2 niat dah baik nak bersedekah tapi bila diambil kesempatan begini, terasa sakit hati..lebih baik katakan tidak dari berbuat sesuatu tetapi tak ikhlas..xdpt apa pon

  13. Totally right.Kadang2 hidup mmg kena berkira.Pernah kena jugak.Niat nk mudahkan org.Bawaklah kete.Tapi kena pijak plak kepala.Kalau keluar sama2 parking xde nk hulur.Guna kete sama2.Tapi bile kereta rosak semua buat tak tau je.Bila jd mcm ni niat ikhlas nk mudahkan org lain terus dah X ikhlas.

  14. Awk mmg kne mintak duit jgk dgn mereka. Kena kongsi bersama. X aci la kalau awk sorang ja bayar. Macam taik ja. Mohon tinggalkan dia kalau dia tak setuju nak bayar. Biar padan muka orang macam ni. Sakit hati pulak baca. Masing2 da besar panjang tak boleh nak fikir ke perkara mcm ni.

  15. Ada kete jadi gaduh, kita pegi naik keta tinggalkan dorang yg kedekut menapak pun susah sbb nanti bermasam muka pulak tak best la gitu. So, antar kete balik kg, pandai2 la nak pegi keje camna

  16. Yes..kalo org berkira..ko berkira balik..pastu jgn dilayan request kwn² ko tu..naik je public transport..biar same² kuar duit..

  17. Xya bwk kte sng.klu de member xgune mcm tu,baik naik kmudhn awam je.drp skit ati kte yg mngung minyk,tol sume..hai.mcm kte lak menanggung hdup dorg.

  18. Buat baik pade2 beb…naik lemak deme…pijak kepala..dlm sehari kau ajr sikit…sorng bayar tol sorng bayar paking..sorang bayar minyak…
    Kalau aku…setiap kali nk isi…aku mintk duit dkt diorng…aku x bayar minyak…tol parking aku bayar..
    Time nk isi minyk je… ‘bak doploh sorang..’

  19. Simpan ke kete kt umh parent weh..xberbaloi..diorang bkn tggjwb ko pon utk ko payung..laen la ngn bini n anak ko payung sbb dh mmg tggjwb ko nty..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *