Assalamualaikum.
Kawan aku pernah cakap page ni ramai orang nak mencari agama dan Tuhan. Jadi, aku taknak confess pape tapi aku hanya nak minta pendapat dan bimbingan dari korang semua. Harap korang semua boleh beri kata-kata positif dan bukan makian.
Ringkas dari aku. Mcm mana nak hadapi situasi bakal isteri yang dah terlanjur?
Ya. Bakal isteri aku dah mengaku jujur.
Situasi ni 'baru' bagi aku. Aku tak pernah bersosial dengan perempuan. Apatah lagi sentuh. Bukanlah aku nak kata diri aku baik tapi harap korang faham situasi aku sekarang ni. Mungkin aku 'shock' sangat.
Tidak! Aku tak hina dia dan golongan sepertinya. Yang jadi masalahnya sekarang, aku tertekan dan sedih sebab sering terbayang dia ber'aksi' dengan lelaki lain. Sekarang baru aku faham erti pedih.
Aku tahu se** bukan main point dalam perkahwinan. Tapi memori silam dia susah aku nak padam begitu sahaja.
Sekarang aku harap ada yang sudi beri nasihat. Aku tak perlukan makian yang menjatuhkan semangat aku. Terima kasih.
– Epul
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Past do not define your future. Pahala besar menanti awak. Allah takkan uji hambaNya mengikut kemampuannya. Mungkin dosa silam yang isteri awak lakukan dulu akan menjadikan dia lebih solehah daripada gadis gadis kat luar sana. Jangan hinakan dia. Bimbinglah dia dengan ikhlas. Ikhlas adalah kuncinya. Semoga dipermudahkan urusan awak ..
Mmberi nsihat mmg smudah kita mngunyah popcorn..mnis n indah kata2nya..tp perit n malapetaka utk tindakannya..so better si epul cri gadis lain..simple..mudah2an bakal isteri dia jmpa org yg snggup bimbingnya..doa2 je..ad la tu..
Berat mata memandang berat lagi yg memikul. Masa silam memang menghukum. Kalau confessor rasa dia bakal mengungkit2 status bakal isteri dia its better jangan teruskan. But kalau dia rasa dia mampu terima dengan ikhlas. Why not?
Hrap2 je la..hmmm..why not..hmmmm..
Popcorn eaaaa…sedappp tuuu
Dia sendiri da bgtahu yg dia terbayang2 benda tu.. Bg lelaki @ perempuan yg pernah terlanjur, mungkin perkara ni jd biasa.. Tp bg sesetgh lelaki, benda ni sgt2 berat.. Tmbh2 jenis yg x pernah even sentuh perempuan bkn muhrim..
setuju ahmad yusof,bukan semua lelaki boleh terima Aiesyah. lelaki yg betul2 kuat iman takwa je yg sanggup amek sbg bini. jadi kaum hawa, jaga lah aurat dan batasan utk suamimu kelak ye
Ya, memang betul tak mudah untuk terima. Tak mudah jugak untuk terus istiqamah ke jalanNya. Harapnya kalau bakal isteri confessor ni tak diterima, dia akan bertemu dengan orang yang kuat untuk terima dia dan bimbing dia. Sebabnya lelaki yang betul-betul kuat je dapat terima dosa lampau isteri. Semoga confessor dapat buat keputusan yang tepat hasil dari istikharah dia :)
laki-laki yg baik utk perempuan yg baik, kalau rasa takut pada masa akan mendtg bro akan mengungkit, baik xpayah teruskan, kesian dkt family and anak2… kalau mampu, xpe, teruskan… good luck bro…
Jangan tinggalkan orang yang kita sayang ketika kita tahu keburukannya.
Sebaliknya jadilah insan yang boleh memperbaiki kelemahan itu.
Bnda ni mmg susah.
Buat isthikarah..minta pentunjuk dari Allah…
First, tinggalkan apa yang meragukan mu.. kalau betul awak nak terima dia awak kena pastikan awak mampu secara mental dan fizikal untuk terima seadanya. Jika tidak mampu tinggalkan. Takut anda menyakiti hatinya kerana akan mungkin mengungkit.
Sebelum itu, adakah awak dengan dia jaga batasan pergaulan sekarang? Kalau kedua2 belah pihak menjaga diri. InshaAllah. Semoga bahagia atas perkahwinan bakal di dirikan..
Dont married her if you really cant accept her past. Because it will hurt you and her as well. Tak aku tak condemn kau, aku ckp realiti yg kau akan hadap. Kau kahwini dia dalam keadaan hati kau tak redha dgn kisah silam dia, kau akan rasa down akan rasa loser dan tak guna, kau akan persoalkan byk bnd nnt even sekadar di dalam hati, kau akan rasa seolah2 kau tidak dicintai (walaupun sbnrnya dia mencintai kau, cuma kau rasa mcm tu disebabkan kisah silam dia), dan semua yang kau rasa ni sebenarnya akan memberi tempias pd dia jugak. Dia akan rasa berdosa spnjg hayatnya, dia akan rasa tertekan dan down sbb rasa dia bukan yg terbaik utk kau, dia akan menangis sbb tertanya2 apa caranya utk membuktikan yg dia betul mencintai kau sepenuh hati..
Jadi nasihat aku, kalau kau masih nk teruskan pernikahan kalian, makanya kau perlu terima dia dan masa silamnya, jangan sesekali kau persoalkan sebab ianya akan melukakan kalian berdua, dan membuatkan hubungan kalian berantakan. Kalau kau rasa kau tak boleh dan tak mampu nak berlapang dada, makanya aku nasihatkan kau lepaskan hubungan ini. Sebab adakalanya letting go is much more better than holding on
Hanya picisan pendapat dari aku. Terpulang utk kau terima atau tidak. Aku doakan yang terbaik utk hubungan kalian :-)
Betul tu. Kadang mereka takut untuk terima golongan seperti ni sbb takut dibanding² kan dengan ex dulu. Adakah dia lebih cintakan ex. Adakah ex lebih bagus dari dia.
Kadang di ranjang pon akan menjadi isu, mampu ke dia lgi hebat dri ex atau sebaliknya. Akan berlaku perbandingan.
Sebab tu kena tanya hati sendiri betul2 mampu ke aku utk redha dan terima semua seadanya..? Sebab perkahwinan ni bukan hanya sekadar lafaz “aku terima nikahnya” tapi beyond that, bukan sehari dua kita nk hidup dgn pasangan kita tp bertahun2 (mana ada org kahwin utk bercerai kan)
well said :)
setuju…sedih ja baca
1) Jangan ambik kesempatan di atas dosa lampau die
2) Treat die same macam sebelum kau tau
3) Bencikan dosa bukan pendosa, guide balik lepas kawen, buat semua benda sama sama, buat benda lagi sweet sampai korang kena diabetes.
4) Pandang mata die, isteri ko tu, bukan lagi girlfrien orang, mak kepada anak kau tu, bukan bahan permainan, partner ko masuk syurga tu, bukan hamba.
Memang susah nak terima kenyataan, memang terkejut, shocked dan sebagainya, tapi dengan masa, kasih sayang dan berkat solat jemaah ngan isteri aku tak rasa korang tak boleh bahagia. All the best bro
Buka buku baru dengan dia, binalah hidup baru bersama
Memang lumrah manusia melakukan kesilapan,tp siapalah kite utk judge seseorg yg pernah melakukan kesilapan..pendapat saya,awak tnye balik diri awak,sbb awak nk kawen ngan dia..mungkin awak nmpk kekurangan dia skrank ni besar,tp kite x prnh tau what the future lies ahead..awak sendiri pon pasti ada kekurangan meskipon bkn di sudut itu..perkahwinan sememangnya memerlukan acceptance ,compromise,sacrifice ..sbb setiap manusia bkn lah perfect,ada flaw..
My advice to think it through,dont have regrets and what if or might be..
Tnya pd diri. Dpt terima masa silam dia atau tak? Kalau tak terima, batalkan je niat utk nikahi dia. Kesian pd diri dan dia. Andai dia bukanlah diri dia yg dulu, apa salahnya utk terima dia dan bimbing dia ke arah yg lebih baik lg? memang perit nak terima, tp manusia kan. Masing2 ada zaman jahiliah. Syukur pd Tuhan kerana berikan hidayah padanya. Dan syukur juga atas kejujuran dia yg mungkin akan memalukan dirinya sendiri.
Aku cuma nak share apa ustazah aku ckp. Lebih kurang gini lah eh.
.
Kalau sorg laki tu rasa syg sgt kt pasangan dia , Allah yg letak kasih syg tu dlm hati dia. Smpai masa kalau Allah tarik rasa tu, perasaan syg tu hilang camtu je. Bab hati dgn perasaan ni, Allah yg pgang ye tak ?
.
Istikharahlah. Minta pd Allah. Kalau ikut hati , mati. Ikut rasa, binasa. Kalau spe2 pun kt tempat ko, mmg tak senang nk terima pmpn yg dh penah terlajak perahu. Tapi kalau ko terima, ko lelaki 2 kali ganda hebat dr lelaki biasa. Sbb apa ? Sbb cinta ko diuji skrg. Sangka baik la dgn Allah. Ko lg kenal bakal isteri ko. Kalau ko mmg nmpk dia dh berubah sgguh, mmg x mcm apa yg dia dh confess tu, kau patut syukur. Kalau dia mmg taubat setiap hari dan Allah yg Maha Pengasih Maha Pengampun dah ampunkan dia, dia lebih baik dr kita ni semua.
.
Manusia biasa. Bukan maksum kan. Tak pernah lari dr dosa. Tak pernah lari dr buat silap.
.
Allah yuftah ‘alaikum brader. Moga Allah lapangkan hatimu dan buka jalan yg paling terbaik. Tepuk dada.. tanya iman kita.. apa yg kita nak sbnrnya..
.
maaf kalau tersalah bicara, terkasar bahasa. Salam alaik.
Well said my dear !
Fuhhh
Winn
Terbaik
Inspired!
Allah sayang. sebab tu Allah uji.
memg sakit kn bro .hnya org yg pnah rasa sja tau mcm mana sakitnya .tp trus trang kau akn sntiasa menanyakn tntg kisah silam dia .all the best sahabat
trima la siapa dia skrg bukan dia yg dulu.. anggap la masa lalu tu dugaan. . manusia xpnh lari dr dosa. . didiklah dia sbaiknya.
I can feel u bro,
Jangan tinggalkan org yg kita sayang ketika kita tahu keburukannya,
Tapi
Jadilah insan yang boleh memperbaikinya.
InsyaAllah syurga matlamat kita! Keep strong bro.
Terbayang2 dan cemburu mmg fitrah lagi2 si teruna or dara yg baru tau … nak hilangkan memang x sesenang yg di cakap mgkin smpai akhir hayat depend… atau bila smpai kita bkahwin kali kedua baru hilang skit… hanya iman & zikir hati kpd allah yg kuat dpt mengatasi bayangan tu…. wallahualam :)
Sbb tu sbnrnya aib sendiri kita kna ttp..
kalau aku mmg xleh accept kot. kalo mmg tak tahu mgkin aku xkisah, tp sbb dah tahu lain pulak jadinya. tkut cerai berai di kemudian hari sbb benda ni boleh melarat dikemudian hari. xnak jd mengungkit2 plak. apa pun tepuk dada tny selera.
pertamanya nsihat saya..percya & yakin dgn kuasa & kehendak Allah..kmudian bru disusuli dgn jnji2Nya di dlm al quran..cerita saudara jelas membuktikan yg kdg2 kala kita akn memperoleh jdoh yg jauh berbeza dgn kita..jdnya pgjrn utk kita semua..jgn la over confident yg kita akn dpt jdoh baik2 dek kerana kita mmg dh baik..kelak bila kita peroleh yg sbaliknya..kita akn buruk sgka dgn Tuhan..nnt kita akn mempersoal kpd Tuhan.. jgn sama sekali..in shaa allah saudara dan bkal isteri sudah ditulis utk berpasangan..ade hikmah Allah rencanakan ini semua utk saudara..mgkin jua saudara pernah tersilap mghkum atau mnilai mne2 gadis yg sudah trlnjur atau couple sblum ini.. jd ini kifarah dosa utk saudara..wallahua’lam jgn khuatir.. jika saudara ikhlas & bertanggungjwab utk menikahinya..Allah Taala akan bukakan jalan petunjuk, kebahagiaan & ketenangan bagi kalian berdua..Sebaik2nya selepas ini, saudara simpan kmas rahsia diri bkal isteri..pertahankan dirinya..jgn sesekali membuka atau mengungkit keaiban dirinya..dan saudara perlu tahu, bhawa bkal isteri saudara telah meletakkan kepercayaan & kesetiaan sepenuhnya kpd saudara..dia benar2 ikhlas.. dia benar2 ingin berubah.. bahkan in shaa allah kesetiaan dirinya lebih luar biasa berbanding insan lain..kerana hakikatnya bkal isteri saudara sgt2 perlukan saudara.. dan dia thu mghrgai saudara..hrapan dirinya agar saudara juga belajar menghrgai & terima dirinya…
Perasaan ni terkadang mampu utk dikawal dan trkadang tak sebab kita bukan malaikat. Mungkin ada masa ter flash back masa lalu dan akan menyebabkan dua-dua lg sakit. Buat solat istikharah dan ambil masa tanya diri sendiri mampu atau tidak. Kalau mampu go on, kalau x berundur itu lebih baik. Percayalah Allah akan beri sesuatu yg terbaik utk kita dan yg terbaik itu tidak semestinya yg sentiasa indah di pandangan mata. So bro, ambilla masa dan minta petunjuk dri Allah.
Cba ko bayangkan betapa berat bakal wife ko nak bgtau ko hal sbnar. Tidakkah ko rasa kejujuran dia dan pngorbanan yg dia lakukan. Terima lah dia saudara, sbb yg di benci adalah dosa, bukan pendosa. Dara atau x tu hanya sekali shj. Kalau syg, jujur dan bahagiakanlah
Touching baca ayat komen ni
btoi ap yg saudara ckap. xsemu pempuan brani ckap mcm tu. tambah nk kawen plak. jujur nya pempuan tu.
Setuju
(Y)
hebat cop berkata kata
I feel u bro.it hurt deeply,especially when u imagine ‘it’. Aku bukan nak judgemental and tak sure either advice aku ni valid ke tak.tapi ni man to man
Kalau kau betul2 IKHLAS sayang dia kerana Tuhan dan yakin mampu ubah dan bawak dia kepada Tuhan, go ahead. Mmg pedih, tapi ingat Tuhan bg ujian yg berat utk hamba Dia yg terpilih. Ingat janji Dia dekat akhirat kelak.ingat sirah nabi Nuh kan?
Kalau kau rasa was-was dan ragu, better don’t.better both side rasa sakit Skrg especially both of the family, daripada kau tipu dia dan diri kau sendiri.yup, people do mistake.aku bukan suruh kau judge dia.ini bukan masalah dia,ini masalah kau.hati kau mampu ke?
Last, doa rajin2.minta Dia bagi kau keberanian buat decision.ini tentang kehidupan kau dunia akhirat.jatuh bangun kita bergantung pada org blkg kita,isteri kita.
Dngar 2 Faez Misman ap brader nea tlis..brader faez misman tlis.ikhlas…,
The best solution utk confessor yg dilemma,serahkn je bakal isterimu kpd laki2 kt komen bwh/ats ni yg pndai mmberi nasihat spaya gagah truskn hdupla..pahala besar la..satu hikmah trsembunyi la..kjutan psgn prmpuan tu lpas kawin la bagai..cuba lepaskn kt diorg je sng..bg diorg buat dlu klo btul la logic mereka tu smudah prmpuan,past is past..so,btter ‘mreka’ adalah calon suami yg ssuai n bpotensi mlupakn kisah silam dgn mudah..beri saja pd mreka mmikul amanah mnanggung mruah bakal isterimu..so guys,ap tggu..ad bran?kihkihkih..
-jgn sembang bikin bimbang
Semoga anda berjodoh dengan gadis yang berkepak tanpa secalit dosa ?
Gua pn doakan lu berjodoh dgn gadis berkepak yg xde dosa lgsg sama mcm kat ats..hahahahaha,tp gua nak ckp lu poyo..hahahahaha
Kunyah popcorn lg bagussss…hahaha
Gua jujur, mlas nk selok selit sorok naluri guys..better trus trg..hmmm..
Kalau xleh nk bg nasihat yg baik diam..xperlu nk sinis org yg ikhlas nk tlg sahabat lain..g comment kt amran fans
Gua bg solution baek g hembus gua sinis plak..luar sado pn xguna jgk klo dgr sggest pn hati koyak..kahkah
Ape yg kau mencarut ni bro? Kalau xde nasihat yg bernas or membina xyah buat2 concern.. Dasar ?
Takpe bro, tu kisah silam dia..kalau sayang, ko angkat darjat dia ke tahap tertinggi, aku yakin dia pun dah bertaubat, bawa dia kembali ke jalan yg benar, kita laki kan pemimpin, sabar ye bro..
Jgn nilai org mlalui msa silam..kte pon ad dosa sdri y Allah xtjuk..past is past n future is you n her..klu dlu dy tsilap lgkah mgatur khidupan..tlg dy prbetulkan ap y slah…bimbing dy mgenal Allah.. Jgn tgglkan dy sbab bnde nie n if awk tggalkan dy bsar kmungkinan dy akn hilang hrapan n kpercyaan pd org y bnma lelaki…xde pendosa y xmau brubah kdang mreka mghrapkan skongan dri insn2 y tsyang…especially awk yess awk y akn jd suami dy n together mengharungi cbran rumahtgga…
Sekian…
ko kena tanya diri ko sendiri soalan2 ni.
1) adakah ko boleh redha dgn pengakuan tu?
2) ko bersedia x utk lindungi aib bakal isteri?
3) ko betul2 sedia x dr segi mental utk hadapi kemungkinan korg bergaduh n ko xkan sebut langsung pasal perkara terlanjur ni. (ko mungkin akan terfikir, tp boleh x ko kawal diri ko dr sebut pasal tu?)
4) apa pandangan ko terhadap perempuan yg terlanjur?
5) boleh ke ko hidup dgn bakal isteri bila tahu perkara ni?
6) boleh ke ko tatap muka bakal isteri ko tanpa fikir pn pasal pengakuan dia tu?
7) dll
byk soalan2 yg ko kena fikir n jawab sendiri. then buat keputusan berdasarkan jawapan2 tu.
…tak mudah utk terima n tak susah juga utk terima. semua bergantung pada ko sendiri.
Dr dulu concern sy ni tergantung tanpa jwpn… Jadi mohon pencerahan.. Soalan : Jika status keterlanjuran sebelum nikah tu mengganggu emosi , bagaimana jika yang bakal dinikahi itu berstatus janda/duda??masih juga kah terbayang aksi2 nya bersama bekas? Isi sama, kedua2nya buah yang telah dipetik… Tp cara dipetik itu berbeza.. Mohon jawapan ikhlas
Okey bagi laki la.. kalau yg janda tu x kisah la sbb semua dh tahu dia berhubungan dngn halal.. itu janda bertanda.
Soalan kamoo winn…..hahaha…bayangan gurauan agaknye…
die berbalik kpd isu tak rela isteri die tu dah kene petik. sbb tu asyik gelisah je. terbayang lah. kalau kawen ngn janda tu mmng mostly die yg nak, n secara tk langsung die tk pertikaikan aksi2 bersama bekas sbb ape yg die tahu , die nk buat yg terbaik untuk janda tu
Biasanya pasangan tidak akan persoalkan jika duda atau janda yg menikah secara halal..masalahnya hubungan haram tanpa pernikahanlah yg sering mengganggu emosi..aku juga menikah dgn janda dan tiada masalah dgn perkahwinannya yg terdahulu..tetapi selepas aku menikah..aku terjumpa video dan foto s** isteri aku dgn ex kekasihnya..korang boleh bayangkan tak bagaimana perasaanku..aku bukan insan hebat..byk juga buat dosa..tapi aku tak pernah merosakkan wanita..kdg2 terasa diri ini useless..terbayang2 apa yg isteri aku buat dgn ex kekasih dia..selalu terlintas utk menamatkan saja pernikahan aku..tapi aku sayangkan isteri aku dan dia mengaku sudah bertaubat..aku bimbang jika aku tinggalkan dia..mungkin dia akan terjebak kembali ke alam maksiat..jadi aku pujuk diriku sendiri utk menerima kisah silam isteriku..semoga Allah memberi hidayah buatku dan isteriku..
Jangan pandang masa silam dia please. Bagi dia peluang kedua. Kalau dia bebetul dah berubah, tak salah kan kalau dia terima peluang ke dua. Lgipon bukan senang dia nak kumpul keberanian bagi tau hal sebenar.
Sepul Lupes ke?
Hoi!!!!!!!!!
hg kata hg terbayang dia ber’aksi’ . yg hg g byg tu paseipa. awal2 lg hg dah pikiaq bkn2.
‘ter’.. saya ulang ‘ter’
Kita semua ada ‘ter’.
Bukan dia sengaja nk bygkan pun
‘Ter’ sis
sy pon kata ter
eh confession awk ke? bunyi mcm emo je. yakaa? hehe ?
btw mmg semorang tk lari dri ‘ter’ . ye bro ‘ter’. sy ulg ‘ter’ . bile da skli dua ‘ter’ bwk2 la istifar ke solat ke . ble stat ‘ter’ nk2 byg yg tah pape means setan kacau . dlm cter tu bunyi dia org baik. so tk kn tk thu nk buat ape every time ter’ter’ tu.. klu dilayan ‘ter’ tu mmg ler asek dokk igt jaa.. tepuk dada tnya iman lah. ‘ter’ ye. sy ulg , ‘ter’ . ??
ter ye sis ,bro . Terrrrrrr
terrrrrrrrrrrrrrrrrrr-rrrrr-rrrrrrrr
haa bole lg tu nak sambung .
Kalau ininy awk rasa…x perlu kahwin ngn dia..
cepat atau lambat, kau pasti teringat punya kisah silam dia. kau tak sepatutnya tahu atau perempuan tu tak sepatutnya cakap yang dia dah terlanjur. Allah dah tutup aib dia tapi dia pegi bukak balik aib dia. tu lah silap dia. kau mungkin tak hina dia, ko cuba bimbing dia. tapi kau tetap takan boleh lupa. kita manusia bro.
cadangan : bimbing dia supaya berubah. jadikan dia perempuan yang lebih tinggi darjat diri dan nilai keharmonian. pesan dekat dia surh bertaubat dan jangan dia bukak aib dia lagi dekat orang lain (quote dari Ustaz Azhar Idrus). lepas tu insyaallah, kau buat lah pilihan. kalau pun kau tak pilih dia jadi peneman hidup, sekurang-kurangnya kau dah menyelamatkan seorang gadis yang pernah tewas dengan godaan dunia. Semoga Allah pelihara kita semua. Aminn.
Its up to u….klu u rasa takleh hadap tu semua,move on.takut memudaratkan od mada dpn,cth time gaduh tetiba mengungkit.tambah parah,dh ada plak anak masa tu.kcian kt anak plak if anything happen.bnda mcm ni kena fikir pjg bcoz marriage is a long term commitment yg akan dbwk smpai ke akhirat
Mamat ni bukan judge masa silam..dia maybe redha apa dh jadi..tp susah kot nak control hati, fikiran.. Harini time happy, dia lupa, esok2 kalau gaduh, kalau hati tetiba rasa xkuat? Mulut maybe boleh control x ngungkit. Tapi hati?
Tapiiii.. KALAU boleh control hati, subhanallah.. Awak hebat. So teruskan..
Kalau kau rasa kau tak boleh terima kau jangan kawin dgn dia. Kau kalau nak kawin memang kena betul2 ikhlas hati kental. Aku taknak kau awal awal terima kemudian kau bergaduh kau ungkit. Tu semua jadi punca kemusnahan rumah tangga kau. Ingat la, tanya diri baik2 aku taknak kau menyesal kemudian.
Lelaki yg baik utk perempuan yg baik dan sebaliknya.
Lelaki yg jahat utk perempuan yg jahat dan sebaliknya.
byk kali dah cakap tak yah cerita. ni jujur tak kena pada tempat. kalau ko tak leh terima, ko lepaskan dgn cara elok. bgtau kat dia supaya jgn cerita kat mana2 org lg lepas ni.
begitulah, nak buat mcm mana lg kan…
Dalam aku punya pov. Kalau proceed pn, nnt benda ni akan menghantui aku sampai bila2.. Dan kalau gaduh nnt tkt ada terungkit benda ni. Makan dalam tu.. Kalau dalam fikiran aku yg kuno ni, aku akan reject..
Jangan buat dia jadi bini hang kalau masa ke depan nanti hang akan ungkit balek kisah lama dia…
Hang ‘bagi’ dia nikah dgn org lain,dan masa tu hang menangis kuaq kaca pon tak guna dah tengok kebahagiaan dia .. hukhukhuk..
Move on bro kalau xmmpu halalkan dia,
Didik, bimbing dia kalau hang betul cintakan dia…
Syaitan ni suka hasut bila anak adam nk halalkan hubungan…………
Sabaq.
X payah kahwin dengan dia, jawapannya ada dalam sejarah para ulamak. Cari lah.
Dan dia tak sepatutnya menceritakan keaibannya itu.
Hak anak kamu terhadap kamu adalah kamu cari ibu yang terbaik
Ap mksd jawpnnya dlm sejrh pra ulama? Yee mmg die x ptut cerita keaibannya…dn mmg btul hak kte cri ibu yg trbaik..tp siapa yg sbut? Penzina yg bertaubt itu tidk baik? Klau cmtu…kt dunia ni..tiada org berpeluang membinbg istri..sbb yg perfect dpt yg perfect
1) Cari lah, belajar lah lagi dengan orang yang lebih layak (Ustaz..etc.)
2) Ada dalam kisah sahabat, cari lah
3) sebaik2 pendosa adalah yang bertaubat
4) ‘perfect’ dapat ‘perfect’, kurang dapat yang kurang. Tapi bukannya sebelum sahaja status tu boleh pakai, selepas nikah juga yang kurang boleh menjadi lebih baik.
Apapun, penerangan ini tak cukup untuk saudara fahami di sini. Cari lah dan belajar lah lagi dengan guru yang bertauliah. :)
tergantung
alangkan janda pun orang kawen sebab cinta. cinta mengatasi segala. lagi pun masa lalu dia bukan hak kita nak ungkit. kalau tak mau pun cakap terus terang.
Pndapat aku pulak..Ko perhati diri dia betul2..Apa yg ada pd diri dia..ko lupakan skjap psl “terlanjur” tu sume..adakah dia blh bahagiakn n taat pd kau lps menikah nti?adakah dia blh jd isteri yg baik pd kau n ibu yg baik pd anak2 kau?adakah dia btul2 dh taubat nasuha akan dosa2 lampau dia?adakah dia trlalu sygkn kau?itu suma ko blh nmpak pd diri dia..Klo jawapan ya,nikahi dia..Sbb melalui pngalaman org sekeliling aku ckp..Dara tu sekali je ko akan rasa..Pastu xde dh kn..Ko nak yg dara tp prangai mcm lahanat ke or ko nak idup ko tenang idup dgn isteri yg taat tp ko xdpt dara dia..Pilihan di tgn ko..Ko jgn igt prempuan dara ni sumanya baik n taat pd suami..Kdg2 yg ada msa silam n dh bertaubat ni beratus kali ganda blh jd isteri yg hebat utk suaminya..Hidayah tu milik Allah..Ksh syg yg kita dpt skrg pn adalah ksh syg dr Allah..Allah cuma pnjamkn skjap..Ksh syg Allah sgt2 byk melimpah ruah..jgn takut..Allah lbh tahu n Allah dh aturkn yg terbaik utk kau..Nikmat yg Allah bg ni x terhitung..Bkn seks shj..Bukak mata..Pandang rahmat2 Allah disekeliling..Hargailah….
Pls take this advice into ur consideration pls confessor!
Bukan mudah, tambah plak bro tak pernah sentuh perempuan.
Doa ceq smoga hg tabah..
Sy just nak bg nasihat awk kena btl2 ikhlas,kalu da rase xredha terbyg2 ape bakal isteri bt sblm nie baik xpyh teruskan.Awk akan aniaya dia,mungkin lps kawin awk lg melukakan dia dgn sikap awk skrg.terung terang je awk xblh dgn dia dan lepaskan tp dlm masa yg sama jgn hina dia sbb org yg da bertaubat ni lg baik dr org yg beriman
Sbb tu hal lps2 kita ptt rahsiakan..bkn nk galakkan sifat menipu..tp dibimbangi akan blaku keraguan dan trauma spt inilaah..dulu sis ade seorg ustz yg sgt alim kat sek kami..baik sgt..muka mmg bcahaya..suatu hari dia dedahkan dia kawen nga bekas bohsia.tp xpenah lg ktorg tgk wajah istrinya sbb bpurdah..tp ustz ni tarbiah n jadikan istrinya seorg yg baik dan letakkan dia ke darjat wanita2 soleh sbg istri..niat kena btul bro..kita hidup bkn lama..siapa kita nk judge seseorg..tu pn ingatan utk sy sndr..kalo kita kawen dgn wanita yg kita sangka suci baik..blm tentu tbaik utk kita..kdg2 org yg penah buat dosa ni akan jd lbh baik sbb dia lbh merendah dirinya bhw dirinya byk dosa..tp yg blagak alim2 mcm kita xpenah buat dosa ni pasti akan bndingkan diri kita dgn insan lain..igt..tiada yg sempurna dlm dunia ini..yg pntg niat suci kita..masa silam bknla masa dpn..tapi masa dpn kita yg sbnr adalah akhirat..kipidap bro..sis doakan yg tbaik buat bro…
If say perempuan tu ade anak hasil dosa silam, perempuan tu patut berterus terang kan? Aib mmg aib tp nnti kalau timbul masalah satu hari nanti, takkan perempuan tu taknak mengaku budak tu anak dia. And laki tu mesti dia rasa diri dia ditipu selama ni. Kejujuran pun penting dalam perhubungan. Apapun semua ni ade hikmah tersendiri. Semoga dipermudahkan segala urusan dunia akhirat
sng je bro..ko bt bodo 40hari..ko bt la ape pn..g holiday ke..yg pntg jgn la trbayang2 kisah sedih tu..nti lme2 lupe la..bese la laki..awl2 asek teringt je..nti lme2 hilang la tu..cm xbiasa plak..laki kot..xkn nk berdendam plak..klu xblh lupe gak..ikut ckp jep..mkn semut..hehe
Istikarah lah.. Kalau betul dia jodoh u, cuba reevaluate diri u mcm mana.maybe bila dia dah berubah 100%, then allah temukan dengan u maknanya diri dia yg skrg ni yg ada persamaan dgn u. Bukan kisah silam dia. Lumrah yg berlaku dkt hamba allah semua,kdg2 bila kita doa nak berubah dan jd yg terbaik, org sekeliling kita hilang 1 per 1.bkn salah kita dan bukan salah diorang. Tp takdir allah yg temukan cerminan diri kita. Kalau awak rasa awak baik, bakal isteri awak hari ni yg allah temukan dgn awak pun ada ciri mcm tu. Nilai lah siapa dia hari ini. :)
Aku rsau klau korang gaduh…tiba2 ungkit kisah silam…tu yg masalah…