Assalamualaikum.
Kawan aku pernah cakap page ni ramai orang nak mencari agama dan Tuhan. Jadi, aku taknak confess pape tapi aku hanya nak minta pendapat dan bimbingan dari korang semua. Harap korang semua boleh beri kata-kata positif dan bukan makian.
Ringkas dari aku. Mcm mana nak hadapi situasi bakal isteri yang dah terlanjur?
Ya. Bakal isteri aku dah mengaku jujur.
Situasi ni 'baru' bagi aku. Aku tak pernah bersosial dengan perempuan. Apatah lagi sentuh. Bukanlah aku nak kata diri aku baik tapi harap korang faham situasi aku sekarang ni. Mungkin aku 'shock' sangat.
Tidak! Aku tak hina dia dan golongan sepertinya. Yang jadi masalahnya sekarang, aku tertekan dan sedih sebab sering terbayang dia ber'aksi' dengan lelaki lain. Sekarang baru aku faham erti pedih.
Aku tahu se** bukan main point dalam perkahwinan. Tapi memori silam dia susah aku nak padam begitu sahaja.
Sekarang aku harap ada yang sudi beri nasihat. Aku tak perlukan makian yang menjatuhkan semangat aku. Terima kasih.
– Epul
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
ada ust pernah cakap, kalau Allah da tutup aib kita xperlu la kita nk buka aib sendiri and cerita kat org lain.
byk dah org beri pendapat. ambillah na yg baik
pd sy, sbg peringatan kpd semua org, mana2 manusia yg ada kisah silam x perlu umumkan kpd bakal teman hidup. jika diumum, ia akan myusahkan kita & timbul keraguan kpd pasangan. Allah tutup aib kita, mgapa kita mbukanya?
Assalam. Confessor. Ni nak habaq mai sikit. Bakal isteri hang dah gitau bahawa dia dah terlanjur and dia dah taubat. Bayangkan allah yang maha agung pun terima taubat hamba2 dia. Takkan la manusia macam kita ni nak buat bodo ja. Lagi satu kira elok la dia gitau kat awak yang dia dah terlanjur. Kalau ikut islam dia tak patut gitau pun. Sebagai perempuan. Dia nak mengaku benda camtu berat woo. Cuba fahami dia. Kalau kau tak boleh terima tinggalkan dia. Ramai lagi lelaki yang boleh terima dia. Jangan paksa diri nak terima sebab alu takut nanti perkahwinan porak peranda. Fikir baik2 bincang elok2. Ingat dia dah berubah. Cuma kita ja kena fikir apa yang patut kita buat. Dah kawen bimbing dia elok2. Ajar bab agama. Ajar anak2 bab agama. Insyaallah syurga firdaus tempat bro. Kbye
Salam alaik. For me, kalau benda yg menyebabkan awk ragu ragu. Firstly u need ask Allah, not us. Tnya Allah? Macam mana? Beristikharah lah kamu. Mintak petunjuk dari dia. Inshaallah, He will give u the answer sama ada kamu patut teruskan atau harus meninggalkan. Kisah silam dia, macam mana dia dahulu kamu tak patut kenangkan. Cuba kamu fikir sebaik baiknya. Kenapa Allah jodohkan kamu dgn dia? Think wisely. Memang, wanita yg baik hanya utk lelaki yg baik dan lelaki yg baik hanya utk perempuan yg baik. Even though kamu tak pernah sentuh mana2 perempuan sebelum ni, tup2 kamu kena kahwin dgn si dia siapa tak shocked kan? Tp kamu fikirlah baik2. Ramai ke lelaki baik yg mampu menerima isterinya yg mcm si dia? Jika ada lelaki mcm tu, dia lah lelaki yg awesome sgt. Nak tahu kenapa Allah jodohkan kamu dgn dia? Sbb Allah tahu kamu lelaki yg terbaik utk dia, yg mampu guide dia, yg mampu ubah kisah silam dia, yg mampu mimbing dia ke syurga. Alangkah bertuahnya kamu jd lelaki mulia disisi Allah jika kamu berjaya mengubahnya sampai tahap tu
Tapi, kalau kamu dah buat solat istikharah. Hati kamu tetap tidak boleh menerima dirinya, jika kamu tidak boleh nak terima apa yg dia pernah dia buat selameni, maka kamu hendaklah meninggalkannya. Usah teruskan! Kerana mmg itulah jawapan nya! Jika kamu menerima dirinya jugak, jauhilah dari sifat MENGUNGKIT KISAH SILAMNYA. Kamu pon tahu, wlpn dia mcm tu hati dia tetap sama mcm perempuan2 lain. So, think wisely. Buat solat istikharah byk2. Inshaallah, mudah mudahan dapat jawapan yg terbaik! Jazakkallah!
Situasi ni mmg blh menghantui jiwa..apa pun istqoroh la dulu
Ppl with the worst past, may create a better future.
Hidayah tu milikNya. Kalau Allah boleh ampunkan, kenapa tak kita? Guide her, bcs how much her past hurts you, percayalah, she was hurt even more than you.
Bukan senang dia nak maafkan diri dia sendiri. And maybe dia jujur sebab dia trust you a lot. Siapa lagi kita nak rely on kalau bukan husband kan?
Kalau dia dah berubah, kenapa nak bukak lagi cerita lama? Bimbinglah dia :) Choose wisely.
Two cents.
Allah..moga tuan tabah..fikir betul-betul..tuan perlu bersyukur sbb masih belum dlm ikatan yg sah.. Take your time and keep doa..
Seblum zulaikha mgenal allah, dia bkn seorg prm n isteri yg baik. Hga koyak belakang baju yusuf dibuatnya. Selepas zulaikha mgenali allah, yusuf pula yg mgoyakkn baju zulaikha. Ramai yg tau kisah silam ini tp tak ramai yg kaji kesudahan cinta yusuf n zulaikha. Jika allah mnemukn gadis itu dgn tuan kemudian mcampakkn pula kshsyg kpd prm itu, sdgkn sejarah silamnya tuan sdh tau..tentulah ada hikmah yg allah simpan yg tuan belum tahu. Bdoalah pd allah agar mgambik hati tuan yg lama yg kurg elok n mgantikan tuan dgn hati yg baru yg sempurna n bersih. Bila tuan telah kenal allah, tuan akn kenal sifat manusia yg lalai n lemah. Bykkn solat taubat supaya hati jd lembut n memaafkn. Zulaikha ini ada di mna2, hya lelaki yg tdk sedar krn nafsu mrk yg tgi melebihi cinta pd allah, sdgkn zulaikha pd akhirnya sgup tglkn yusuf hya utk allah… Semoga tuan dirahmati allah n menang dlm ujian ini. Amin.
Mohon kaji hga akhir cerita. Jgn baca separuh saja.
yang menghancurkan masa depan wanita itu adalah lelaki. kalau aku jadi perempuan tu pun aku rasa aku takkan kawin. sebab naya kat laki lain kena terima aku yang kotor. perempuan tu bersikap jujur sebab taknak jadi cerita sebaliknya lepas kawin nanti. untung lelaki hilang teruna takde sape boleh tahu. perempuan? hilang dara? Allahu. solat istikarah. non stop. sebab kau yang akan hadap semua ni nanti. perempuan yang baik utk lelaki yang baik bkn bermaksud perempuan yang ada dara untuk lelaki yang ada teruna okay. semoga Allah permudahkan urusan kau dan perempuan tu. aamiin
senang je bro, if you wouldn’t make her a wife,dont make her a mother. kalau hati dah langsung tak terima lepaskan je bro.takut nnt ada perbalahan kemungkinan akan terungkit kisah silam. so the answer is reject
tiada suruhan dalam agama untuk seseorang pergi bercerita tentang dosanya kepada orang lain. bahkan agama larang perkara ini. dosa yang Allah dah tutup usah dibuka.
hanyasanya, WAJIB untuk dia bertaubat NASUHA dengan segala apa daya kudrat yang dimiliki untuk berhenti melakukan maksiat, beristghfar dan melakukan amalan soleh dengan bersungguh-sungguh.
Ak x prnh hadapi bnde cmni…tp bile bce confession…bnyk jgk bnde cmni jdi…so nak x nak..kena prepare jgk..
Ak bg tau ni klau ak kt tmpt kau…firstly…ak akn cek..mse aku kenl prmpn ni..siapa die..jenis org mcm mne…dn bile ak dpt brita mcm tu..ak berat pd prcya atau x…klau bert kpd x prcya..mknenya di pndgn ak die baik dn boleh buat istri..cume mse silam die yg mngkin x brp elok..
Then..ak akn trus istikharah dn muzakarah…klau rse btul2 yakin dgn die ‘waktu ak kenal’ bukn ‘sebelum ak kenal’…ak ambk buat istri insyaallah…soal perasaan tu mintk la pd Allah hilgkan pmikirn tu..dn sbnrnya cinta ni siftnya memberi tnpa minta balsn..layan la die sbgai istri yg plg baik kau ad…insyallah kau lupe keslahn die yg skit2 tu :)
Jgn buat kputusn trburu2…kalau rse kau lgi akn zalim pd die…elok lepaskan die..
Aku rasa aku faham perasaan confessor ni bila mana dia cakap
“Sering terbayang dia beraksi dgn lelaki lain.”
Ketika ini ego lelaki sangat sangat tercabar. Yela, bakal isteri pulak dah terlanjur dgn org lain. Ianya perlu diterima walau pun pahit utk ditelan sebab perkara dah terjadi. Tetapi walau mcmana pun hidup perlu diteruskan. Walau teruk macamana pun kemaksiatan yang dia atau kau, penah buat. Kita tetap perlu move on ke arah kebaikan dan keep on bertaubat. Sebab taubat kita bukan nya terus diterima dengan sekali buat aje dan kita pun x tahu bilakah taubat kita diterima.
Bercakap pasal move on. Minta pada bakal isteri supaya teruskan bertaubat. Bertaubat kan ada banyak syarat:
Menyesal atas kemaksiatan.
Berusaha utk tidak mengulangi perbuatan maksiat
Berusaha utk tidak mengulangi kemaksiatan tu dengan cara melupakan kisah2 lalu or bahasa mudahnya tutup buku lama dan membuka buku baru. So bakal isteri seharusnya berusaha bersungguh2 untuk melupakan kisah2 lama nya dengan cara membina kebencian dan merasa menyesal terhadap kemaksiatan yang lepas, dan seterusnya bakal isteri boleh move on dgn buka buku baru bersama bakal suami tercinta.
Jangan sekali2 membuka buku yg lama tersebut dalam apa jua cara sekali pun. Try your best to keep move on. Sebab hati ni milik Allah. Jika niat bakal isteri tu memang nak move on, dan dia dah menyesal dan x nak igt dah, bakal suami kene membantu. Sebab bakal isteri tu memang sgt perlukan sokongan bakal suami dia utk dia tutup buku baru dan move on. Ingat perempuan ni bila dah jadi isteri, dia dah xde tempat lain dah selain nak bergantung harap pada suami dia je. Jadi suami kene bagi sokongan mental pada isteri ni.
Jadi kepada confessor. Stay strong. Kita x tahu, kot2 la bakal isteri tu dah betul2 bertaubat and berjaya jadi isteri yang solehah. X ke dia tu bakal jadi tiket untuk kamu ke syurga nanti?
Nak buat tu mmg susah sebab x semua orang menghadapinya. Tetapi usaha dan tawakal tu kita tetap kene buat, its on our side. Kerana Allah jua yang memberi balasan setimpal atas apa jua yang kita kerja kan.
Semoga confessor dan bakal isteri berbahagia hingga syurga.
Kalau ragu2 lebih baik jangan terima takut kau akan ungkit kesalahan dia lepas kawin nnti
1. ada tak perempuan lain yg lebih jujur n faithful to u now? ada tak perempuan lain yg bole syg u like her or more than her do?
2. kalau dia tak ada in ur life then what will it be? can u be happy? can u married someone else n have a better life?
3. how much do u love her? if there were other woman yg lebih baik n suci will u leaved her for the other women?
Jika tuan rasa tuan nak terima perempuan itu, teruskan tetapi harus terima dia seadanya, tetapi kalau tuan rasa tuan ada perasaan kecewa lebih baik jangan dan putuskan cara baik….. ingat! Perkahwinan bukan benda yang main2… sbb sebuah perkahwinan perlu ada tolak ansur dan kena byk bersabar…. sbb kita tak tahu, masa akan datang mungkin dia boleh jadi lebih baik jika kita betul2 ikhlas dan terima kekurangan dia dan sanggup membimbing dia… dan tak mustahil org yang baik boleh berubah menjadi tidak baik… Wallahuaklam…. buat istikaroh adalah yang terbaik…. Allah maha mengetahui dan sebaik2 petunjuk kpd kita….
Teringat kisah yang seorang ayah bertanya Umar r.a tentang anak perempuannya yang sudah berzina, tetapi sudah bertaubat, sama ada perlu diceritakan aibnya pada bakal suaminya. Umar kata tak perlu sebab dia dah bertaubat dan jadi hamba yang solehah. Aku pun tak tau la cerita ni sahih ke tak, sekarang kan banyak cerita masyhur tapi sebenarnya rekaan. Anyway, pokoknya, kena tanya diri balik la, ko nak kawen dengan dia atas dasar apa? Kerana agamanya ke, dirinya yang kini ke atau kisah silamnya? Benda yang lepas tu buang je jauh2, kalau syaitan datang menghasut dengan modal tu, ko berlindung banyak2 dengan Allah. Pendeknya, kalau orang tu dah bertaubat, Allah yang Maha Pengampun maafkan dia, kenapa kita nak ungkit kesalahan dia? Look forward not backward.
cuba baca surah an-nur, early verses surah tu mungkin boleh bagi idea sikit2 pasal apa yg kau boleh fikir utk diri kau.
Bila baca nama bawah tu.terkejut aku..
Remember the first time you fell in love with her..
Hold that memory..
You like her before knowing about IT..
So treat her like when you fell in love..
Everything we do has IT’S plan..
Would you left her if you knew the truth before..
Or would you stay by her side..
No matter what we do everything already plan for us..
Follow your heart..
Your mind only make it worst..
Its hurt to knew the truth..
But it hurt more with all the lie..
Dalam sesuatu hubungan, kita mesti mahukan yg terbaik buat diri. Dan semestinya utk sebuah perkahwinan ini kita inginkan yg terbaik. Semua inginkan sebuah perkahwinan yg mawaddah sakinah dan rahmah. Dan saudara akan milikinya jika saudara betul2 ikhlas menerima si bakal isteri. In shaa Allah, what u give, u get back.
Saudara, ketahuilah setiap dari kita punya khilaf dan dosa yg kita lakukan. Samada dosa itu terzahir atau sebaliknya. Manusia, x semuanya maksum. Manusia, x semuanya sempurna.
Tapi dalam kes saudara ini, bakal isteri pernah terlanjur dengan lelaki lain. Dan saudara sebagai lelaki dan merangkap bakal suaminya pasti tercabar bukan ? Saudara, jika diteliti, bukan mudah utk seseorang itu berterus terang. Apatah lagi perkara yg akan mengaibkan dirinya dan menjatuhkan maruahnya sebagai seorang wanita. Seandainya si dia benar2 bertaubat, apa hak kita utk mempertikai kisah silamnya? Mungkin dulu, dia jahil tentang agama. Mungkin dulu silap dia mengikut hawa nafsu. Ya Mungkin dulu. Tapi sekarang dia dah berubah.
Saudara, dalam hidup ini kita akan diuji dan teruji. Terima ia sebagai ujian dariNya utk tambahkan iman saudara terhadapNya.
Melupakan kisah lalu si dia Mungkin agak sukar. Tapi jangan pernah lupa, kita ada Allah. Istikharah lah. Mohon lah pertunjuk dariNya. Moga saudara diberi kekuatan utk tempuhinya.
Wallahu a’lam..
* yg komen x lalui dan x rasai macam saudara rasa, dan pengkomen hanya tahu komen dan menyuruh itu ini
Assalam… perempuan xde Dara vs janda? Ape bezanya? Suami sy mngahwini saya janda anak 1? Apa perasaan dia? Pernah x dia terpikir aksi saya bersama ex dlu hingga ada anak? Sesungguhnya jika Allah dh campakkan rasa syg anda pd bakal isteri, nawaitu utk bina masjid yg indah bersama dia, inshaa Allah, x kan ingat lg kisah silam itu kcuali anda x redha Dan x blh terima.. pokok pangkalnya hati Dan iman saudara.
Ustaz kata kita tak wajib bagi tahu dosa2 lama kita. Jgn bg tau dekat bakal suami atau isteri yg kita dah pernah terlanjur. Walaupun berpuluh kali. Jangan bukak aib diri. Pasangan jangan pulak cakap takpe jujur je dgn i. Nanti dia ckp pernah tido dgn 70 laki, termenung kang.
Jagalah mata. Nabi yusuf yang terperangkap dalam bilik pun masih menundukkan pandangan. Kalau kita tak jaga mata, memang dosa yang kita buat dan dosa besar akan dilakukan .