Kahwin lari?

Salam. To admin, thanks approve. Aku student. Muda lagi. Aku dah ada tunang. Kami plan nak kahwin, tahun ni. Keluarga aku ok, tapi keluarga dia tak ok. Macam-macam syarat diletak. Kitorang tak pernah dating. Mesej pun gitu-gitu je. Satu hari aku tanya dia, kalau-kalau boleh kahwin senyap-senyap. Sebab aku rasa macam dah wajib kahwin je kitorang ni. Lagipun dosa lah hari-hari aku mesej dia (yang gitu-gitu tu dulu je. Sekarang lain). Jadinya dia ajak aku kahwin lari. Hm. Aku dilemma. Aku sayang dia. Sebab aku tak pernah ada sesiapa sebelum ni, pernah ada. Tapi seorang. Tu pun putus, sebab masing-masing sambung belajar. Aku sayang jugak mak abah aku. Dua-dua aku sayang sangat-sangat. Mula-mula aku setuju nak kahwin di Thailand. Tapi sekarang aku berbelah bagi. Antara mak abah, dan tunang aku. Aku nak kahwin, sebab aku tak daya dah buat maksiat hari-hari mesej dia. Main hati, ikhtilat tak jaga. Tapi aku kesian mak abah aku. Lagi-lagi abah, yang tak tidur malam fikir nak bayar yuran aku RM3K sem ni. Ya allah, nak kahwin susah. Tak kahwin, maksiat lalu. Nak kahwin lari, aku tersepit. Aku buntu sekarang ni. Sedih pun ada. Selama ni aku ikut cakap mak abah, tak pernah bantah. Kalau sekali ni aku buat perangai, mesti diorang kecewa. Aku tak tahu macam mana nak bagitahu tunang aku, keadaan akuu . Aku takut dia tak dapat terima. Entahlah. Tersepit sangat.

– Syarina

Hantarkan ‘confession’ anda melalui ‘form’ yang disediakan ->

Click Here

69 Comments

  1. Jangan kahwin lari. Tunang awak tu sebenarnya masih tak matang lagi. Lelaki yang tak matang takkan nak buat keputusan terburu-burumacam ni. Awak pun kena matang. Kena tegas. Selama ni sentiasa dengar ccakap mak ayah kan?sekarang ni tanggungjawab utama awak, taat kepada ibu bapa. Bukan tunang. Nak elak maksiat? Jika hati dengan jiwa kental, hubungan dengan Allah kukuh, maksiat takkan terjadi. Percaya pada kemampuan diri awak.

  2. 1st..kau yakin kau dah cukop syarat wajib kawen?kawen bukan just jdi suami isteri,romen mlm2,pergi date tiap hari..
    2nd..kau rasa,kau mmpu jdi imam yg btol?decision yg kau buad dah nmpak kan imam macm mane yg kau boleh bentuk saat berkeluarga..
    3rd..kau tahu maksiat boleh berlaku bukan stakat kawen atau blom kawen?maksiat bukan just chat je,sembang blue,mntak pic bogel..maksiat nie universe taw..
    4th..kau nmpak penatnya ayad kau kumpul duit,kau rasa kau boleh lakukan pengorbanan mcm ayah kau?kekeliruan yg kau buad skrg menunjukkan tahap matang kau dalam pengorbanan..

  3. Jangan belakangkan family. Diorang susah susah bela dari kecik ko nak lari ikot jantan kenal setaun dua. Aku rasa ko ni perempuan. Tunang ko pun boleh diajak berbincang. Family dia pun boleh diajak bincang. Ape yang tak kena lagi. Jangan ikut sangat darah muda jiwa kelajuan tu. Ko rasa berbelah bahagi nak ikot plan tunang ko nak elope tu aku tau ko anak yang baik. Tapi kalau nak kawen jugak kawenlah. Elok elok bapak ko pikir macam mana nak cari duit nak bayar yuran ko. Ko pulak kawen lari. Haa suh laki ko yang bayar yuran tu. tenang sikit bapak ko. Ko dah bukan tanggungan dia dah. (Kalau ko ni perempuan lah)

    • Geram betul aku ….kalo dah baca nasihat nie ko gatal nk kwin lari lagi xtaula….ko byr balik keringt mak bapak ko besarkan ko…ingt jgn kwin pasal nafsu seks je semata2….ko ingt kwin awal bahagia je la…makan tido je kew….tgk mak ayah ko penat cari duit ko senang2 je pikir mcm nie….menyampah aku

    • Tak paham budak2 gini deh. Nampak sangat gatal. Fikir la mak ayah yang penat cari duet yang nak besarkan dia sampai besar panjang. Boleh sesedap nak kawen lari. Dia ingat kawen pasal seks semata kot. Ada anak, ngandung. Lampin susu baby tu guane boh. Haish
      -.. –

    • Betul tu..sementara kita milik mak ayah ni ikot j la nasihat org tua..Insya Allah selamat hidup dunia akhirat..kalo nak kawin lari jugak mohon anak dia nanti pon buat perangai y sama..ok bye..

    • kawen bukan hnya kerana.nk.halalkan hubungan. byk aspek kena pikir. tgah study, mana ko.nk.cri duit bela bini ko? lepas kawen lg byk nk.pkai duit.. seblm kawen mungkin boleh fikir nk susah senng bersama2 tp dah kawen lg byk dugaan. jgn nanti dah fedup dgn masalah penceraian sbg penyelesaian.
      Kalo rasa xbleh kontrol, stop berhubung dulu… kawan biasa jgn ikot nafsu… lainlah kalo ko jutawan muda yg ade bisnes boleh menanggung anak org.. yuran study pon makpak yg tanggung xkan spenda ank bini pon makpak nk.belikan… fikir baik2…
      #jgnkecamsy

  4. Ckp dgn someone yg sebaya dgn parents tunang awk tu mcm lecturer ke ustaz ke sape ke yg awk rasa selesa utk bercerita mslh ni. Then mtk tlg dia ckp dkt parents tunang awk tu yg awk betul2 nak kahwin, benda yg baik kenapa nak kena susahkan. Mcm dkt uia dlu, ada kawan sy cerita dkt Xifu Naser. Xifu tu siap nk mtk tlg ustaz Azhar Idrus lg jumpa parents bdk yg xnak bg dia kawin tu.

  5. Kawin sambil berlari tu tak syok langsung sebab bila awak penat, orang pertama yang datang di minda ialah ibubapa. Whatever the prob is, penjaga awak ialah ibubapa. Rujuk mereka. Dan fikir lagi. Kawin itu seumur hidup. Mahukah kamu amanahkan diri dan keturunanmu dan penyebab syurganerakamu kepada seorang lelaki yang menasihati dirimu utk kawin lari tanpa pengetahuan ibubapamu. Terserlah dimana akalndan imannya..

  6. Pls la. Grow up. Jgn bertuhankan nafsu boleh? Ye, kau text dgn dia. Texts just texts. Takyah nak overthink that jadi maksiat la apa la nak kahwin lari la. Pikir la panjang sikit. Mak bapak kau besarkan kau. Pastu kau nak balas budi dorg untuk jantan yg beberapa hari kau kenal? Please. Term tunang tu pon msti syok sendiri jugak kan. Maklum la, dlm agama yg janji nak kahwin semua terus dikira tunang. Pijak atas dunia la wei jgn terapung fantasi sgt.

  7. Pikir panjang dik. Fikir apa perasaan mak ayah kalau kita ikutkan nafsu. Apa-apa hal bawak berbincang. Benda macam ni boleh bawa berbincang. Lagipun korang da bertunang. Apa salahnya bawa berbincang antara dua keluarga. Kesianlah kat mak ayah kita .

  8. pikir satu je la confessor, klu sebelum kahwin lagi kau dah bermaksiat dgn dia, agak2 nanti rumahtangga korang ni berkat ke x? klu dah permulaan pon dah buat maksiat, saya ckp berdasarkan apa awak ckp la yg awak buat maksiat. Kalau dia lelaki yg baik, dia xkan ajak kau bermaksiat. tempoh bertunang ni utk taaruf, bukan wajib pon kawen. Kalau nak putus pon xsalah. kalau kau xnak pikir pasal hati parents kau pon, kau pikir la utk diri sendiri, klu dia boleh ajak kau kawen lari sekarang, xmungkin nanti lepas kawen nnt dia kawen lain kat belakang kau. Akal yg tuhan kasi tu tolong guna sikit, pikir panjang…jgn nak seronok sekarang, tapi merana kemudian hari.
    Dan kau tau kau tgh bermaksiat kan? tinggalkan, jauhkan diri…jgn nak buat lagi, klu kau sedar tu maknanya ada iman dan hidayah lagi kat diri kau…kuatkan hati xyah nak mesej2…tak mati kan? baik kau g buat amalan2 yg boleh penuhkan masa kau dari dok pikir nak mesej dgn tunang kau tu..maafla confessor kalau kau rasa aq ckp ni kasar. tak reti nak lembut2

  9. Jangan terburu2. Nanti kalau dh jadi ketua keluarga, lagi byk benda besar nak pikir. Pikir jauh. Pujuk tunang. Kalau nak kawen sgt, pujuk mak ayah nikah dulu, majlis nnt. Byk cara lagi. Tolong matang plis.

  10. nk cakap… 1..SOLAT.. p lah bertanya dulu dgn Allah…
    2..kawen bkn semate elak maksiat ok.. Fhm kan dulu matlamat berumah tangga ni..
    3.. Ko asingkan lah diri ko dari mana2 sumber y boleh ganggu ketenteraman/kewarasan berfikir.. Pk lah baik buruk rasionalnya..
    Ak pnh lalui umo awal 20an…time masing2 pakat gedik nk kawen…couple… Alhamdulillah masih terjaga..
    Fikir2kan lah… Muda hanya sekali… Xkn berulang…. Buatlah yang terbaik..

  11. Kalau kawen sbb nk elak maksiat, insyaallah tak berkat. Bila tak berkat, mcm mcm dtg dlm perkahwinan tu. Perkahwinan bkn perjudian. Fasa perkahwinan sgt2 berbeza dgn fasa percintaan. TOLONGGG tidak kahwin lari.

  12. elok2 boleh kahwen duduk, kau nak kahwen lari. buang mase je. cari pasal sgguh. ingat laa jasa mak bapak tu. jgn esok mak bapak takde, baru nak menyesal.

  13. Bncg elok2 dgn mak ayah…klau sebab x benar tu krn duit…mntk bakal suami dn dri sndri cr pendptan…hati mak ayah ni lmbut…dn skli dh retak cantum pun msih ad kesan retak…kawin lari ni bukan penyelesaian tapi lari dari maslah…

  14. Maaf cakap, ramai pemuda pemudi yg bg alasan nak kahwin sbb nk elak maksiat sbb da lama sgt kenal/bercinta, sdgkan dia sedar dia belum mampu drp pelbagai segi.. fahamkanlah bahawa akad nikah itu bknlah ending tp baru gerbang utk 1 kehidupan lain yg tersangatlah mencabar ya adik2ku sekalian… hukum kahwin tu ada byk, nabi kata apa adik2ku, menikahlah kalian SEKIRANYA KALIAN SUDAH MAMPU (drp segi persediaan ilmu munakahat, ilmu agama, ilmu kewangan, parenting, ilmu psikologi) kalau TAK MAMPU nabi pesan PUASAlah wahai pemuda pemudi agama bkn main terjah pi kahwin lari.. akibat tak faham hal2 basic nilah byk je psgn yg kahwin muda juga bercerai sdgkan x masuk pn setahun lg kahwin. Perkahwinan itu mmg perlukan cinta tp datang dgn AMANAH & TANGGUNGJAWAB YANG BAKAL DIPERSOALKAN. Jgn byk sgt tgk filem cinta or baca novel cinta dik.. tu semua fantasi.. kak ckp drp pengalaman org sekeliling. Ambillah pengajaran ya adik2ku.. Wallahua’lam wa Astaghfirullah.

  15. Persoalannya skrg awk..sy fhm situasi awk skrg..sbbnya ade seorg hamba Allah ini juga pernah berlaku peristiwa seperti ini..cuma ape yg sy bole katakan kt awk..tlg r jgn kawin lari ke thailand tnpa pengetahuan fmly awk..sbb seorg hmba Allah ini dh pernh kwn lari dan sebijik.critanya mcm awk..dia sgt2 menyesal smpai skrg…sbbnya pertma tiada restu dr ibu bapa kedua jika awk seorg yg rajin dan bole.tanggung ank org silakan nyatakan hasrat kt parents..ketiga awal pernikahan mmg terasa indah dn tk sbr nk hidup bersma tp awk akan nmpk kesan yg besar kemudian hari..ape yg bole sy kata..klau btol sudah wajib nikah..trus terng kt fmly awk tntng situasi awk..sbb rasullullah sndiri menyuruh siapa yg mmpunyai ank muda kahwini r mereka segera…yg penting tlg beritahu kt parents awk dlu ye.. sbb sy dh tgk sndiri situasi cmni…

  16. Boleh kawen kat thai..kalau awak org thai la..;)
    .
    Dik,
    Byk implikasi negafif kalau kawen lari ni..nnt kene denda..pastu kalau ada anak, susah nak dftr surat beranak..pastu kalau fmly lelaki tu x suka kat awk & buat awak bercerai jadi mcm rita rudhaini jap lg cmne? Smpai skrg turun naik mahkamah tuntut nafkah.
    .
    Kalau bf awak xpandai jaga text & call dgn cara Islam, mcm mana awak nak expect dia jaga awak pulak?
    .
    Sabar la dik..enjoy dulu masa belajar..pegi jalan2 ngn kawan2 dulu..bf tu buat aim nak score study je supaya nnt dpt keje bagus then boleh gaji besar then blh cepat kawen. Rugi kalau x enjoy zaman belajar dgn kawan2. Nnt dah keje xde masa dah.
    .
    Harap adik boleh terima nasihat ni. Dekatkan diri ngn mak ayah..ngn Allah..dan doa sungguh2 supaya tak termakan hasutan syaitan soh awak kawen lari tu.
    .
    Awak sayang mak ayah awak kan?

  17. Kalau rase msg tu korg buat maksiat ringan2, stop msg la sister. Senang. Jgn jadikan alasan tu utk memenuhi keinginan nafsu. Kahwin ni redha ibu bapa tu penting, jgn redah je part tu. Tu first thing Allah bgtau. Esok2, ape perasaan kau klau anak kau pulak nanti p lari kawin kat thailand?

  18. Dik, trust me.. Enjoy ur single life. Kahwin bukanlah tak best tapi biarlah dgn cara yg betul. kalau keluarga dia xbagi dari awal, imagine lepas kahwin… If you want to be happy, make you parents happy dulu… Kerja dulu, kenal dunia luar dlu then barulah decide…

  19. Ngko ngape dik. Please get rid of nak kahwin sebab nak elak maksiat. Ko ingat kawen sebab itu je ke? If u think it is i think u better dont get married. Betulkan kepala tu dulu dik. Stress btul aku tgk bdak sekarang ni nak kawen nak kawen lari. Heyyyyy bagi mak bapak rasa duit ko dulu dik.

  20. Aku ada kenal seowg kawan. khawin lari sbb nk elak maksiat. Lepas nikah mak ayah perempuan nie kecewa tu semestinya. Dia kwin lari pun time Diploma dlu tempat bljr kami di Kelantan so dekat dengn Thailand. walaupun berjuta kali mntk maaf. dan mak ayah dia maaf kn. tapi kena tahu. hati mak ayah dia tak ikhlas sbb dowg masih teringt anak yg di besarkan. Nikah lari. Kehidupan dia nampak dia sgt susah skng. anak dia sejak lahir asik menggs jee tanpa sbb. penat bwk berubat sana sini. Nak mkn susah. sbb suami dia kerja apa tu tak pasti. tapi dia kerja casher pasaraya. Ada diploma mntk kerja byk tempat dgn diploma. Tak penah di pggl untk IV. Maaf ckp. Berkat hidup tu tak ada mungkin.

    Tolong laa penting kn mak abah Lelaki tu akan kecewakan ko. Dia boleh tgglkn dan boleh juga menduakn. Mohon bijak dalam hidup

  21. Ada 1 kisah benar junior sy, prmpn & lelaki tu kenal drp diploma masa umur 21, mereka mmg saling suka tp xdelah smpai couple2 dating2 semua tu.. lps risik2 kt parents prmpn tu mmg nk hntrn 10k, dia mmg x brp setuju pd mulanya sbb dia mmg xde duit & xnk mtk mak ayah dia tanggung kos. tp sbbkn dia mmg nk sgt prmpn tu jd wife dia, masuk dgree dia dpt biasiswa jpa, dia ikat perut save duit, buat kerja part-time utk save duit. Akhirnya lps da dpt simpan dlm 15k mcm tu lelaki tu ajak family dia jmpa family prmpn n bincang nak nikah. Drp situ keluarga prmpn tu nmpk kesungguhan dia & akhirnya restu kahwin wlupn mulanya nk tgk budak berdua ni kerja dlu bru kahwin. Alhamdulillah lps hbs bljr dia nikah dgn prmpn pilihan dia tu. Sy tabik adik ni sbb dia ada target nk kahwin umur 25, konvo nk ada isteri dah. Jd dia sungguh2 tunjukkan yg dia serius, bersusah kmpul duit & buktikan dia layak jd ketua keluarga tnpa pakai duit parents dia pun. & the best part, kenduri pihak prmpn x pakai pn duit 10k tu tp parents prmpn mtk gunakan duit tu sbg modal lps kahwin nt nk pakai mcm2 hal kan.. dorg nk tgk kesungguhan bakal suami je serius x nkkan anak dorg. Itu je.. junior sy ni kata, ada hikmahnya jg famili prmpn tu mtk 10k, dia jd lebih fokus & kuat usaha, bru tau susah mak ayah cari duit, & lg rs mghargai isteri dia sbb susah nk dptkn..

    Yg jd prob anak2 muda skrg ni.. heboh je mtk nk kahwin kt parents tp xtnjukkn kesungguhan. Habiskan duit p dating sana sini kt tmpt hispter tp xde usaha nk save duit utk halalkan hubungan.. Manalah parents nk bg sbb dorg x nmpk awk layak utk kahwin. Kahwin ni amanah n tggungjwb bkn suka2 duk atas katil tgk tv mkn popcorn je kan.. buktikan awk layak dlu barulah parents pn restu prjlnn seterusnya. InsyaAllah. Kdg2 xleh nk slhkan parents je klu kita sndiri pn tak betul. Maaf klu silap kata, sy cuma share pglmn kwn2. Ambil yg baik2, yg tak baik sy minta maaf. Wallahua’lam wa Astaghfirullah.

  22. Sebelum ko nak kawen, pergi keja dulu and rasa kepayahan nak cari duit, lepastu baru la ko tahu betapa sshnya nak cari duit untuk besarkan kita dik. Jangan pikir nak kawen je dik. Bila da rasa kepayahan cari duit tu, baru kau bole pikir besarny tanggungjawab dlm kawen. Tu je.

  23. Bila perempuan berkahwin, orang nombor satu dalam hidup dia bertukar daripada ibu bapa kepada suami.

    Manakala bila lelaki berkahwin, orang nombor satu dalam hidup dia tetap ibu bapanya.

    So kalau ibu bapa yang laki tu tak restu, memang bawa masalah besar.

  24. Kalau dari segi hukumnya, lelaki tak ke memerlukan persetujuan wali/ibu bapa pun utk berkahwin sbb ni kes pihak lelaki yang bertangguh. Tapi dari segi adatnya, tak manis membelakangkan ibu bapa dalam membuat sesuatu keputusan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *