Assalamualaikum pembaca setia iium confessions sekalian.
Saya bukanlah seorang student iium, mahupun ingin membuat pengakuan. Adapun saya menulis entri ini untuk meminta pertolongan anda2 semua mengenai kakak saya. Shes been mia for 11 years. I have not seen her since then.
Kakak pergi semasa saya masih berada di bangku sekolah rendah. Pada hari kejadian, kakak bertengkar dengan ayah. Ayah pukul kakak, kemudian dia dihalau. Sejak dari itu, saya tak pernah berjumpa dengannya.
Sukar untuk saya luahkan perasaan saya, saya tak rindu kakak. Saya jarang berjumpa kakak kerana dia tinggal di asrama. Tambahan, usia saya masih terlalu muda untuk mengingati memori bersamanya.
Tetapi saya mahu berjumpa dengan kakak. Saya hanya inginkan kepastian yang kakak masih hidup, dan bahagia. Lebih bahagia dari dulu.
Di sini, saya memohon jasa baik anda semua, jika ada cara yang boleh saya gunakan untuk mencari keberadaan kakak. Ataupun, ada individu2 yang berkuasa untuk mendapatkan maklumat peribadi kakak saya. Mohon komen di ruangan komen dan saya akan berhubung dengan anda secara peribadi.
Akhir kata, kalau kakak sedang baca entri ini, saya mohon kakak berhubung dengan saya dengan apa cara sekalipun. Please.
– Hopeful sis
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit