kalau nak berahsia pergi jauh2

bukan nak cakap apa lah,kalau duk dalam satu group ataupun hanya 3 orang ke dalam perbualan tu,tolong lah hormat yang sorang lagi tu. saya bukan nak cakap apa sangat,tapi terasa sangat kalau ada certain parts dalam perbualan tu,korang yang lagi dua orang akan berbisik takpun cakap tunduk2,pelan2,macam rahsia sangat.

kalau nak berbisik ke,cakap perlahan ke,pergi jauh2 lah nak melalak sekali pun,jangan depan orang lain yakni orang yang ada jugak daalm group tu.terasa weh. memang lah tak tahu apa korang cakapkan,tapi tolong lah hormat perasan orang sama.saya ni takdelah pandai sangat dalam hukum apa semua ni, tapi dalam Islam pun dilarang berbisik depan sahabat yang lain ataupun sesuatu yang boleh menyebabkan kawan sorang lagi terasa hati,macam cakap pelan2 tu. come on girls,,dah 20 an kot.tolong lah matang.

dan bukan saya sahaja yang perasan dan terasa hati ,kawan yang lain yang pernah dan selalu ada dalam group tu pun terasa hati dengan kelakuan korang.memang lah korang cakap pasal lain,tapi kiteorg yang tengok ni fikir macam2 tahu.duk cakap pelan2 depan orang tu pasai apa? tak puas hati jumpa dan tanya secara privasi bukan duk bisik2 ,cakap tunduk2,pelan2. nanti kiteorang dah xnak join korang lagi baru nak sedar la? engat sikit,orang dah meluat dia boleh blah macam tu jer.even kawan sekali pun.lama dah saya perati korang berdua ni,dari sem2 lepas lagi.

kalau nak berbisik sangat,dan cakap pelan2 tak apa,saya boleh tinggalkan group tu dan korang sekali.kalau saya join discussion group lain ke apa,jangan tanya lah.sebab dah tak boleh tahan tara mana nak husnuzon?pegi lah berbisik dan cakap pelan2 korang ye.

tahu korang budak pandai,tapi tak boleh lah nak buat perangai yang buat orang terasa macam ni.kita tetap kawan tapi dah tak macam dulu lagi.terima kasih selama persahabatan kita ni.saya doakan yang baik sahaja untuk korang berdua.dan engat satu, rapat sangat lama2 gaduh.takut macam tu je.saya terasa sebab kita kawan dah lama,pastu saya selalu cerita dekat mak pasal kawan baik saya,biarlah mak tak kenal pun.contoh kalau nak pergi mana2,mesti bagitahu mak nak keluar dengan si polan ni sebab mak dah familiar dengan nama tu.walhal mak tak kenal pun.ok tq lagi.
terima kasih

– kami

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *