kasihan anak mama…

salam semua. baru-baru ni aku baca banyak confession pasal anak luar nikah. aku pun nak kongsi jugak. semoga jadi pengajaran dan teladan. tapi kisah aku lain, anak aku anak luar nikah.

masa umur aku 24 tahun, aku terlanjur dengan bf aku ( skrg suami aku ) smpai aku mengandung. masa aku dapat tau aku menngandung tu usia kandungan baru 3 minggu. kalau orang lain gigih dah cuba gugurkan tapi aku dgn suami aku biarkan je. cuma kami lambat bertindak dan bgtau keluarga.

bodoh ?? ye, aku bodoh. bodoh sebab buat kesilapan besar. berzina. memalukan keluarga. tp aku taknak buat kesilapan kali kedua iaitu bunuh anak dalam kandungan aku. cukuplah sekali dosa je. tolonglah, kepada sape2 yang dah buat salah tu, jangan buang anak tu.

tiadakah sifat keibuan dalam diri kamu..?
tak tersentuhkah hati lihat anak yang lahir dari rahim kamu sendiri..?
kamu kandungkan dia selama 9 bulan, bawa kesana kemari, menanggung sakit bersalin, berjuang melahirkan dia sepenuh kudrat kamu. kamulah insan paling bertuah. kenapa perlu buang, kerat, siksa dan bunuh dia..?
renunglah wajahnya yang polos, dengarlah tangisannya.. tergamakkah kamu wahai ibu..?
maka, tolonglah.. aku merayu.. pada gadis2 luar sana, jangan abaikan anak kamu. cukuplah buat dosa sekali.

dipendekkan cerita, aku dah selamat bernikah dan selamat melahirkan anak perempuan. comel. mula2 aku rasa tak dapat nak hadapi semua. masyarakat, family tapi akhirnya semua beransur pulih. keluarga, buruk macam mana pun tetap darah daging. mujurlah kedua2 keluarga kami memaafkan dan boleh terima kami akhirnya. tapi sebelum jadi baik tu semua, macam2 aku kena hadapi.

maka kami membesarkan anak kami. apa yang aku paling risaukan sebenarnya bukan diri aku, tapi anak aku.
apa pandangan masyarakat pada dia.?
boleh ke orang sekeliling terima dia macam budak2 lain..?
nanti kalu kawan2 tau, mesti kena ejek kat sekolah..
cikgu pandang serong atau pilih kasih tak dalam kelas..?

hari2 semua ni berlegar2 dalam fikiran aku selama bertahun2. sampai aku fikir taknak ada anak lain sebab aku takut nanti mesti dia pelik nape dia binti abdullah tapi adik2 berbin dan bintikan nama ayah.

tapi tuhan tu sebaik2 baik perancang. dia berikan aku rezeki dan dapat anak lagi.
aku mula risau, ank aku membesar dari hari ke hari. aku tatang dia bagai minyak yang penuh. tiada pilih kasih dengan adik2nya.

tahun lepas, dia dah masuk sekolah. aku hantar dia ke sebuah tadika swasta. bila nak daftar sekolah, mesti nak surat beranak. cikgu dia pandang muka aku semacam. tapi aku faham. aku cuma cakap, kalu anak saya salah, tegurlah dia, marahlah dia, saya nak dia jadi insan berguna. pastu cikgu tu diam. pada firasat aku cikgu dia oke. rupanya tak.

anak aku kena buli setiap hari kat sekolah dan cikgu biarkan je. balik rumah, ada kesan tapak kasut kat perut la, macam2 hal lagi.pastu hari2 cikgu dia complaint macam2 pasal anak aku. anak aku ni manja, dia tak reti nak pukul orang. tapi aku tak cakap apa2, last2 anak aku taknak pergi sekolah dah. berapa bulan je sempat sekolah. puas aku pujuk tapi dia macam trauma.

tahun ni, aku hantar dia ke sekolah rendah. dia rajin sangat ke sekolah. jumpa kawan2. semuanya berjalan dengan lancar. cikgu2 semua oke, kawan2 dia pun oke. tapi agaknya sampa bila..?
aku risau bila dia besar nanti, dia akan tanya pada aku soalan yang aku paling takut. aku tak bersedia dan aku tiada jawapan. sgt sukar bagi aku untuk jelaskan pada dia nt.

apa yang aku bangga, aku dah cuba buat yang terbaik. aku besarkan dia sendiri, aku tak buang dia atau bagi dia pada orang lain. kasih sayang aku pada dia sama macam anak2 lain. cuma aku takut dia tak faham kasih sayang aku pada dia. ye, salah aku dan suami. aku akui. kami dah cuba perbaiki. kami bertaubat. harap diampunkan tuhan dan anak aku dapat diterima dalam masyarakat dan satu hari nanti ada yang sudi jadikan dia teman hidup tanpa menyalahkan dia atau memandang hina pada dia.

– ms. y

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

45 Comments

  1. Trima kasih puan ats perkongsian.cerita yg penuh keinsafan..sy bakal guru..inshaAllah tiada diskriminasi dalam mendidik.sy juga mempunyai zuriat.justeru,sy faham apa expectation parent trhdp guru sbgmn sy juga inginkan layanan yg terbaik drpd guru2 utk zuriat2 sy..anak puan sgt bertuah krn ibuny tidak pinggirknnya.inshaAllah bl berterus trg nnt,dia akn dpt memahami dan menerima dgn mudah krn puan adlh ibunya yg tdk pernah mengabaikan tanggungjwb…mgkn bl mkin besar,dia akn memahami kesusahan yg telah puan alami..

    • Stiap org xlpas dri mlakukn ksilapn..nk tnya awk ni perfect sgt ka nak judge org?asl yg psal ank luar nikah ni ja msti awk nk kondem bgai..awk ni Tuhan ka nk mghukumi sesorg tu?spa kta nk tlak tkdir yg tlah dtntukn oleh Pencipta sjak azali lgi..stiap org xlpas dri mlakukn ksilapan.. skurang2nya diorg dh b’taubat n mgakui ksilapan diorg tu..pntu taubat xpnah trtutup n sntiasa trbuka wlaupn kta buat silap byk mna pn..Tu bkti btpa Allah sygkn kta sbgai hmba-Nya..tlg jgn pndang sbelah mta dgn mak ayh yg m’bsarkn ank luar nikah ni,satu hari nti mgkin ank2 ni la yg jdi insn b’guna ats hsil ddikan diorg..sometimes the people with the worst past,create the best future n(saidina umar al-khattab) n satu lgi nk ckap jgan pndang kjahatan org mcm psti dia ke neraka,jgn pndang kbaikan sndri mcm kita psti ke syurga..wasalam..

    • Doa je lah tak kena kat batang hidung sendiri ye bang. Jari hat tunjuk org 1, 4 lagi kat diri sendiri. Anak tu umpama kain putih. Ibu bapa la yg tukang corakkan. Dan kalau ibu bapa dia dah bertaubat, siapa kita nak hukum dia? ?

    • Jgn bckp sombong mcm tu saudara. Sebaik2 hamba ialah yg btaqwa. Setiap yg mgaku org btaqwa tdk akn bckp sombong dpn allah. Adakah saudara ni org yg btaqwa. Tak pyh jwp pd sya, sb allah sdhpun tahu..

    • Jgn nk perlekehkan org…nti terjdi kt diri sendri anak beranak kau bru thu lngit tu tinggi k rendah..yg mne baik ambil la iktibar..dia cter supaya kita smua beringat jgn jd mcm dia..aq ni pompuan jd aq blh beringat utk dri sendri..ko laki ad adik beradik pompuan anak beranak ko tu blh saling m’gingati..

    • Tak. Aku sengaja nk tgk mcm mne org react. Sbnrnye impact confession mcm ni lg bsr. As if this is a norm among society. Plus they have also provide solution to this matter. Bila tgk response sume positive more and more pple confess thus lead to more readers thinking this is norm. Those who think this way even before reading is fine. But those new breed, children baru masuk uni baca as if menggalakkn. I know sume ni citer2 pengajaran yg bole diambli teladan. But i more concern of your state of mind. Ur concious. Selamat bebuka guys!

  2. Allahu..Alhamdulillah n tahniah sis. jgn risau psl ape nk bgtau anak tu nanti.bgtau yg sbnr dan bgtau penyesalan.bgtau dia, dia lahir atas nama cinta,bgtau dia apa yg mama dia buat itu salah disisi agama.bgtau dia taubat sis.insyaAllah dia akan fhm.

  3. Semoga apa yg telah berlaku, diampunkan Allah.. dan mendidik sis untuk menjadi ibu m dan isteri yg solehah.. tebuslah kesilapan lalu dgb memberikan didikan dan ajaran yg sempurna untuk anak. Pada awal, mungkin sukar utk dia terima, tp dgb kasih yg iklas dr sis dan suami, insyaAllah anak anak faham.. sy soerang guru, dan sy ada anak murid yg begini. Tiada diskriminasi, bahkan murid ni lebih menonjol, berani dr murid lain.. kita doak yg terbaik.. xd manusia yg tak pernah lakukan kesilapan..yg penting, berusaha untuk sempurna dn jd yg terbaik..

    • Jgn nk perlekehkan org…nti terjdi kt diri sendri anak beranak kau bru thu lngit tu tinggi k rendah..yg mne baik ambil la iktibar..dia cter supaya kita smua beringat jgn jd mcm dia..aq ni pompuan jd aq blh beringat utk dri sendri..ko laki ad adik beradik pompuan anak beranak ko tu blh saling m’gingati..

    • AMbik pengajaran dari kisah2 ni.. Bukannya komplen je.. Takut2 trjadi kat diri sendiri,bole jdkan tauladan.klu da bosan dgn citer2 cmni, x yah baca.. Pi baca citer lain.

    • bukan condemn, bukan perlekeh. usah salah sangka. saya bimbang dengan fenomena zina yg sangat berleluasa. saya tak condem. saya cdgkan penyelesaian. pada ibu bapa generasi baru terutamanya, hati2 lah beri anak2 anda smartfon. perlu dipantau aktiviti mereka di media sosial. kajian saya, banyaknya masalah sosial skrg bermula daripada media sosial, berkenalan, couple, kemudian jadilah apa yg terjadi.

    • sy faham mcm ni.. bila dah ramai sgt confess pasal zina, menyesal, begitu begini bimbang2 akan trbentuk satu nilai yg lahir anak zina ini biasa dan ianya perkara biasa.. sampai satu level org yg ada ank zina ni boleh hidup aman tanpa rasa bersalah.. begitu lah lebih kurang maksudnya..

    • Smg Allah pelihara kita semua daripada sebarang musibah …….buat yg terlanjur….pintu taubat luas terbuka……..
      Ank2 luar nikah tidak bersalah ……….jgn mereka disisihkan………

    • Betul..udah2 la up citer zina ni..sy sendiri menyaksikan bahagia nye org yg berzina sbb trlalu byk contoh di luar nu.. tiada terpalit rase penyesalan

  4. masa memantat x pikir.. dah bunting baru pikir masa depan.. takziah d ucapkan.. ang kena mengadap la masyarakat melayu dan malaya seluruhnya.. tu baru fasa sek ren.. men.. u.. dah dewasa nak menikah lg.. banyak la nak dpikir.. cerita zina bunting nie dah belambak orang dok cerita.. yang betina dan pompuan masa kini x pernah nak amik iktibar..

    • Amboi bang.. itu lah.. betul jugak kan.. sedap memantat.. tapi abg jangan lupa.. org buat silap.. kadang2 alpa@leka@lalai, abg jangan la condemn mcm tu.. kesian..

  5. Untuk perempuan yang decide untuk gugurkan, memang aku tak setuju tapi aku faham dan aku takkan halang walaupun jika aku boleh halang. Ada sesetengah perempuan yang mengandung luar nikah tak bernasib baik. Family halau, lelaki tak bertanggungjawab, takde strong financial background, persekitaran tak memberangsangkan dan lain-lain. Dalam, keadaan macam ni, kalau perempuan tu nak gugurkan pun janganlah kita ‘judge’ dia. Please.

  6. berdasarkan penulisan dapat merasa keikhlasan dan keinsafan dalam diri puan… kenyataan xdapat disimpan suatu hari nanti akan terbuka juga rahsia tp dari segi cerita dan kasih syg puan kepada anak puan tu sy simpulkan puan memberi didikan yg baik… jika didikn agama yg baik insyallah suatu hari anak puan akan terima semua ini dengan redha… walahualam…

    • invalid suggestion. nnti ank tu tyer siapa ibubapa dia, keurunan n asal usul dia, susah payah kena reka2 cerita plak, sekali menipu, akan dtg kena mnipu lgi.

    • mak ayah kandung tpi tak sah taraf sbbnya ngesek dlu tau2 kuar anak haihh sian ke anak tu.. Takkan nk panggil anak sendiri ank angkt sedih gila.. Semoga Allah merahmati kita semua..

  7. Terlalu banyak kisah zina disiarkan, Dan makin ramai orang menerima kesalahan ini, dengan alasan nanti boleh bertaubat. memang kita semua pendosa, kesalahan zina ni boleh berlaku kepada sesiapa saja, tapi setiap Kali cerita zina ni disiarkan ramai pula Yang bersimpati. Tak apa berzina, nanti boleh bertaubat, masih ramai boleh terima, masih lagi merasa bahagia, dan akhirnya hidup okay sahaja walau dah melakukan dosa. Berzina bukan satu perkara yang besar dalam masyarakat. Akhirnya tiada apa yg nak dimalukan bila ada anak luar nikah. Hanya pendapat saya.

  8. Tahniah, sebab tabah mengharungi. Nasib awak sama dengan akak saya, anak dia jadi anak buah saya. Nasihat saya, bersedia segala kemungkinan terutamanya semasa awak ingin membuat IC anak awak. Dekat surat beranak anak awak mesti ada Seksyen 13. Alhamdulillah, anak buah sy dpt terima status dia siapa. Tp,kita x tahu akn dtg. Akak saya tengah fight on court untuk status anak dia,krn dia dah lama bercerai dgn ex hubby dia. Sy sendiri mak sedara pun rse serabut nak jelaskn, ini kan plak ibunya sendiri.

  9. Masya Allah. You are a great mother.

    Kipidap. You have been through a lot already.

    Abaikan je comment yg negative. Bukannya diaorg nak tolong you waktu susah pun. Pandai bercakap je.

    • Bila org buang anak luar nikah macam sampah dorang kutuk, bila org bela anak tu dorang kata “hidup tanpa rasa bersalah”. Korang nak tengok dorang hidup macamana lagi, korang la penyebab baby2 kena buang sebab mulut2 korang tu la… Confessor ni dah buat kesalahan tapi dia bersikap tanggungjawab lepastu, dorang2 yg komen kutuk confessor ni mungkin nak suruh buang atau bunuh baby tu. Nanti kalau jadi kat keturunan depa, depa ni la yg akan pressure perempuan bunuh baby atau buang baby, tak mengaku dah darah keturunan yg mengalir tu. Org melayu islam ni paling banyak buang baby

    • “Orang Melayu Islam banyak buang baby” tu sebab kat Malaysia orang Melayu Islam adalah majority of the population. Negara lain pun ada je orang buang baby.
      ???

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *