kata-kata yang tiada hijab

kata-kata yang tiada hijab

Assalamualaikum.Thanks admin approve karangan agak panjang ni. Ok cerita aku bermula 3 tahun lepas beberapa bulan sebelum aku masuk universiti. Aku ade belajar short course dekat kolej swasta. Peristiwa di sana benar2 membuka mata hati aku mengenal diri aku sendiri. Siapa aku yang sebenarnya?

Aku mula sedar diri aku lain dari orang lain. Aku tak tahu ini kelebihan baik atau buruk. Kelebihan yang aku maksudkan adalah kata2 aku. Baik sama ada kata2 dari lidah atau kata hati. Kedua-duanya tiada hijab.

Ertinya segala apa yang aku cakap di mulut , atau aku ucapkan dalam hati, PASTI JADI dengan izin Allah. Justeru, beberapa peristiwa di kolej itu telah terjadi sebab suara mulut & hati aku sahaja. Lebih2 lagi pasti jadi bilamana orang aniaya aku atau buat aku marah. Memang sure akan kena.

Waktu mula2 masuk belajar, aku rapat dengan ms librarian. Aku suka tanya kisah hantu. Satu hari, aku tengah duduk sembang dengan ms tu psal kisah hantu, datang akak senior tiba2 sound aku. “Jangan cakap besar sgt, nanti kena baru tahu”. Aku geram sebab aku tak usik dia pun. Tapi selang 2, 3 hari aku dapat tahu akak itu kena histeria time kelas. Aku cuma diam, tak terfikir mungkin aku puncanya dia histeria. Ok tamat untuk setakat itu.

Cerita2 seterusnya aku ringkaskan, aku ada berbalah atau berhujah mulut dengan lecturer kerana sikap pilih kasih dirinya. Dan yang buat aku panas kerana dia always nak menang. Kesannya bila buat aku panas & rasa teraniaya, lecturer itu rasa tak tenang & susah tidur malam. Peristiwa last sekali, seorang kawan aku, H tiba2 accident patah tebu. Dia masuk hospital. Aku still x rasa aku lah puncanya di atas ketiga2 peristiwa yg terjadi. Tapi kawan baik aku, F yang cakap, dia rasa betul la aku puncanya.

F yakin dgn apa yg telah terjadi, aku ini bukan orang biasa. Syaratnya jangan aniaya aku atau buat aku marah. Sebab itu memang pantang aku. Mungkin asbabnya aku marah H kerana dia paksa kwn2 bayar duit baju society dalam masa terdekat. Entahlah, wallahua’lam.

Kemudian aku cuba berubah bila mula masuk universiti. Aku jaga mulut aku & perbaiki kesabaran. Aku belajar berlembut dan sabar. Alhamdulillah everything goes fine and well. Baru tahun ni aku ade join group whatsapp perubatan islam, dan ramai orang berilmu disitu. Kasyaf, laduni, tembus pandang, scan & sebagainya. Malah, group ini juga tempat perkongsian agama yg sempoi & saling meraikan.

Baru2 je aku masuk, ade seorang orang tua bersuara. Mungkin dia nampak siapa aku. Dia pesan secara umum supaya “jaga mulut & sabar, kelebihan yang ada guna bila perlu sahaja, jangan salah guna ikut kehendak”..tapi aku tahu jauh disudut kata2 nya, dia tujukan kepada aku. Aku cuma diam dan hadam setiap bait kata-katanya.

Lalu aku cuba praktikan untuk ke arah kebaikan, adakah berjaya atau tidak? Benarkah kelebihan ucapan ini? Aku cuba. Alhamdulillah medan ku adalah doa. Suatu hari, seorang perempuan kawan aku hilang beg duit. Haritu juga aku buat solat hajat & kirimkan hadiah doa untuknya. Alhamdulillah dengan izin Allah dalam masa terdekat aku dapat berita beg duit itu telah dikembalikan kepada kawan aku.

Peristiwa kedua, baru2 ni bulan puasa. Aku cuba amalkan kelebihan ini. Dengan berkat bulan ramadhan, aku kirimkan hadiah agar kawan2 aku semua lulus dalam tiap2 subjek peperiksaan. Alhamdulillah semua lulus, ade seorang kawan aku yang langsung x study satu subjek tu sebab x sihat & bertindih dengan exam lain pada hari yang sama, dengan izin Allah. Dia juga lulus. Alhamdulillah.

Akhir kata, apa yang dapat aku simpulkan di sini, persoalan adakah ini kelebihan belum lagi terjawab sepenuhnya. Tapi aku cuba jadikan amalan. Kesimpulannya, kalau aku ucapkan atau niat benda baik, baik la yang berlaku, kalau sebaliknya yang aku lafazkan & hajatkan, sebaliknya juga yang berlaku. Allah Taala Maha Mengetahui. Semua dengan izinNya, KuasaNya & KehendakNya.

But, ade juga a few of people yg cakap apa yang berlaku kat aku disebabkan khodam ilmu & saka..wallahua’lam..

– alif

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit