“Kau Bila Nak Kahwin?”

Salam geng… 

Haa, kau bila nak kawen?.. Kerja kat mana sekarang?… Anak 2 je ke?..

Rasanya dah bertahun generasi muda mengeluh kesah menjelang raya kerana gerunkan soalan² cepumas makcik² bawang sekalian alam. 

Tapi tahukah anda?

Itu semua saja aku pancing rakan² pembaca generasi aku yang bahasa mudahnya mudah tersentap soalan mak long.. Mak ngah.. Mak lang. 

Seronok sebenarnya tradisi beraya kunjung mengunjung 5, 6 kereta sekali gerak, beraya dari pagi bawak ke senja, makan sampai terlentang.

Lagi² raya rumah orang tua menua macam², kuih rare… Air oren long chan. Syahdu kan geng. 

Ingat, perkara yang lebih syahdu sebenarnya ketika kalian bergerak keluar meninggalkan tuan rumah.. 

Bersepah.. 

Tuan rumah seronok menerima tetamu, tetamu membawa rahmat.

Seronok tengok sekali 5 kereta masuk laman. Dengan mak ayah menantu cucu.. 3 generasi sekali berkunjung. 

Tapi apa salah kiranya kita bantu tuan rumah kemas cawan yang kita minum…

Basuh pinggan yang kita guna… Susun balang kuih yang anak korang susun bentuk love… Kutip serdak kuih yang anak 2 tahun korang genggam sampai hancur… 

Tolonglah… Kutip.. Kemas.. 

Kalau lagi gred A… Bawak dapur.. Basuh.. 

Jangan percaya cakap “Tidak mengapa wahai anak.. Tinggal sahaja di singki itu”… 

Itu bahasa beradab kita orang melayu.. 

Tapi yang muda tak kan lap mulut pakai tisu.. Letak dalam mangkuk mi sup.. Tinggal. 

Sini bukan kedai kak oi… Rumah orang tua yang tenaga tinggal secupak.. 

Alah.. Kan ada anak menantu dia nanti kemas.. 

Ingat tuan -tuan.. Bukan 1 rombongan saja yang kami layan.. Sehari mau 7, 8 rombongan yang kami hidang. Bantulah sedikit sebanyak. 

Tuan² bukan muda.. Ada anak dara.. Ajarkan anak dara tuan² angkat pinggan kotor ke dapur.. Kemas meja lepas makan. 

Yang mommy² muda baju kepuk².. Kemaslah sepah yang anak² mommy buat… Jangan hanya di sorok bawah karpet nilai 3. Tidakkan terkompos kuih tat nenas itu ya mommy.

Begitulah kiranya adab ziarah ke rumah tetamu… Percayalah, kami amat menghargai usaha anda…

– bukan bibik biasa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Anak dara dgn mommy kena tolong. Yg teruna dgn lelaki isap kok je? Takpun vape? Tinggi nya lah pekerti melayu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *