Maafkan Mama

Salam pembaca sekalian, aku mama berumur tengah 30 an. Aku ada anak lelaki berumur hampir 3 tahun. Aku seorang ibu tunggal. Segala perbelanjaan anak semua aku sedia.

Ex-husband kadang ada, konon rindu anak tapi setakat rindu sahaja. Benarlah orang kata “semua orang boleh jadi ibu bapa tapi tak semua adalah ibu bapa”. 

Aku berpisah dengan ex-husband sebab aku tak tahan jika bergaduh laju sahaja tangan dia menampar pipi aku. Bertubi tubi. Makian tu tak cukup perenggan jika aku tulis satu satu. Pernah juga bergaduh diludahnya muka aku.

Kadang bila bergaduh ex-husband keluar rumah katanya nak tenangkan fikiran, katanya tak nak panjangkan pergaduhan.

Lalu tinggal lah aku di rumah bersama anak yang masih kecil baru 3,4 bulan rasanya dengan jiwa bercelaru, aku mama, aku wanita aku tak perlu tenangkan fikiran.

Walau kusut ku dukung tenang kan anak. Tak gamak dibiarkan anak hanya kerana aku kusut dan nak “Lari” dari pergaduhan.

Tak cukup dengan tu sifat narsistik ex-husband cukup mendera mental dan emosi aku sehingga sekarang. Cukup la berbicara tentang dia. 

Berbalik pada anak aku, sekarang anak aku bakal memasuki usia 3 tahun. Kata mat saleh “Terrible two”. Anak aku cepat untuk pukul aku atau sesiapa sahaja.

Sekarang sejak masuk taska dia juga sudah pandai meludah. Dia di fasa ingin meluah, akulah yang patut main peranan.

Kadang bila keinginan dia tak dipenuhi dia akan baling barang. Aku rasa tertekan. Aku sedaya upaya bawa anak aku keluar sebelum dia usia 1 tahun dari abusive family. Aku tak nak anak aku belajar dari ayah dia.

Hakikatnya kesan penderaan emosi yang ex aku tinggalkan sangat mendalam. Bila anak aku pukul sedikit sebanyak akan trigger trauma waktu ex aku pukul aku. Aku jadi marah, ada masa aku pukul kaki anak aku. Maafkan mama. 

Pernah disebabkan aku teringat apa yang ex aku buat aku jadi baran. Anak aku masih kecil tapi aku marah dia, aku tunjuk rasa tak puas hati aku.

Aku tahu aku ibu yang teruk. Aku marah pada diri. Kenapa aku ikut emosi. Ya Allah peritnya rasa ni. Aku tak mahu marah anak aku, aku tak mahu tunjuk baran aku, bantulah aku.

Aku cuba lawan dan bersabar. Bila anak aku tunjuk tantrum. Walau muka aku ditampar, aku peluk anak dan cium pipi dia, berulang kali aku kata aku sayang dia. Berulang kali aku meminta maaf pada dia bila aku marah dia.

Tapi ada waktu tantrum tu masih berlanjutan. Aku hilang sabar. Maaf adik, dulu mama tampar nyamuk sebab gigit adik, sekarang tangan mama tampar di betis kecil adik. Mama minta maaf. Aku tahu aku ibu yang teruk. 

Aku berkerja harus seberangi lautan. Anak aku juga di hantar di taska di sebelah sana. Jadi setiap kali aku jemput anak di taska ada waktu jambatan agak perlahan.

Anak aku jenis yang lasak dan aktif. Dia tak suka duduk tanpa berbuat apa. Ada waktu dia mula menjerit dan tunjuk perangai. Bila semakin bosan kadang dia pukul aku.

Pernah sekali dia pukul aku, dan menarik tudung aku sehingga terkeluar. Aku cuba bersabar, tapi akhirnya aku menangis. Aku tahu aku tak patut menangis,tapi aku cuma menahan dari tidak marah. Aku tahu aku lemah.

Ada waktu aku terasa ingin keluar dari kereta dalam kesesakan biar aku mati. Ada waktu aku rasa aku ingin terjun ke lautan biar segala perih ni pergi. Aku tahu aku lemah.

Maafkan mama adik. Mama bukan mama yang baik, bukan mama terpaling hebat dan sabar. Jika ada nasihat bagaimana aku boleh tangani anak yang suka pukul, baling barang bantulah aku. Aku nak perbaiki segala silap aku.

Aku tak nak anak aku jadi seperti manusia yang aku tinggalkan dulu. Maaf. Aku cuba menahan. Tapi aku buntu.

Bantu lah aku agar aku dapat jadi ibu yang baru untuk anak aku.. Aku terlalu lelah. Aku tahu aku gagal. Aku kecewa dengan diri. Moga aku diberi kesabaran.

Aku dahului dengan terima kasih untuk mereka berjiwa besar yang sudi membantu ku. Moga kebaikan berbalik juga pada kamu. Sekian.

– Mama (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Semua ibu nk ank2 dia jadi ank2 yg baik, cerdik, hormat org2 tua dsb., tp x semua org dpt spt yg diidamkn, mesti ada kekurangan, tp bersyukur la, sbb masih punya ank.. mse ank2 tu masih kecil (beh 7 tahun), ialah masa utk membentuk mrk, ibarat melentur buluh, biar dari ‘rebung’, bla dah besar, lg susah nt.. bertahan la n tunjuk sifat2 yg baik shj, mmg susah, sbb kita pon manusia, ada msa letih, lapar, nk marah dsb., tp itulah cabaran n pngorbanan yg terpaksa dihadapi.. mngkin juga ada sifat2 buruk ayahnya yg ‘menurun’ kpd nya, tp kerap2 la doakn dia, bca zikir2 spt “ya latif” d ubun2nya, atau bacakan alunan ayat2 al-Qur’an di hadapannya.. minta maaf, dlm satu ceramah seorang ustaz ada kta, org kita bla ada msalah, akn salahkn sesuatu atau cari jln yg org barat cdg ke, atau dari pembacaan dsb., bkn x bole, tapi org Islam kan ada Allah SWT.. spatutnya Dia lah yg kita mngadu n rujuk dlu, perbaiki solat kita, buat d awal waktu, lps tu berdoa la bersungguh2, dlm bhs melayu pon, Tuhan paham.. lg power, klaw bngun tgh mlm, doa sambil nangis, atas dosa2 yg lalu, doa yg baik2 utk ank n tiupkn ke kepala nya waktu dia tidur.., buat sampai jd amalan, insha Allah lmbat laun akn nmpak hasilnya juga.. xpayah cerita kat org msalah kita, sbb bkn suma org fhm situasi kita, yg bwak cerita tu merata2, ramai, so cerita kpd yg “maha berkuasa” shj, sbb Dia shj yg berkuasa utk mengubah segala nya.. Wallahua’lam bissawab.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *