Kau kata kau bosan kerja

kau , orang muda .

masa belajar dahulu , masa ijazah , oh bukan main , tak sabar nak masuk alam pekerjaan sebab da muak dengan pembelajaran .

pastu da habis belajar , menganggur cari kerja 2 tahun .

2 tahun menunggu beb , 2 tahun tu macam macam kerja part time kau buat.

Tiba tiba satu hari kau dapat offer ,kerja yang kau idamkan .

maka kau pun dengan penuh keterujaan segera post di facebook kerana kau rasa semua orang perlu tahu bahawa kau sudah berjaya dan kau bukanlah loser.

hari pertama bekerja, kau teruja.

masuk 2 bulan bekerja, kau dah bosan dengan kerja . staff lain sibuk dengan kerja, kau sibuk post kat facebook – BOSANNYER KERJA!!!

Kau merungut , kau penat kerja 6 hari seminggu .

Apa kau tak fikir , orang orang yang kurang bernasib baik , kerja 7 hari seminggu tapi gaji separuh dari gaji kau .

Kau post di facebook. Facebook kau pula ada kawan kawan kau yang masih struggle nak habiskan belajar , yang mana mereka sering dicemuh masyarakat , belum kira kawan kawan yang masih juga menganggur dan kawan kawan yang sentiasa berharap untuk dapat pekerjaan macam kau.

Tolong jangan buat perangan begini okeh.

Kita kerja, pastikan niat kerana Allah .

baru kerja berkat, baru kerja rasa tak bosan .

– Cik Kiah

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *