Sebab ada confessions pasal bad skin conditions, jerawat, nanah, parut sampai anak murid tegur kenapa muka cikgu macam tu? Tak sakit ke? Buckle up and get yo snacks together sebab aku nak story-morry pasal aku pulak yang dulu kulit pun teruk gila dan sekarang dah okay sikit.
Dulu kulit aku gelap, kusam dan jerawat merata-rata. Berminyak yang kalau minyak tu dikumpul, hasil dia boleh buat goreng ikan. Dulu tu maksud aku zaman sekolah menengah. Memang teruk weh sampai abah aku ejek aku depan pharmacist “Ade tak ubat untuk anak saya yang menggerutu ni?” Tapi aku tak kesah pun kena ejek sbb walaupun aku tak cantik, aku tahu Abah tetap sayang aku.
Sekarang kulit dah clear up tapi taklah flawless macam telur rebus yang baru dibuang kulitnya. Okay lah kalau nak banding dengan zaman kegelapan dulu. Tapi abah tak sempat nak tengok sebab dia dah takde. Ramai gak lah kawan sekolah yang tegur: “Ko pakai ape?”, “Kulit kau sekarang dah putih merah lah.” Kat uia ni pun same. Ade sorang tu tak habis-habis tanya aku pakai ape. Penat aku nak jawab. Ni lah yang aku buat.
Cosmetics: Sebab kulit aku teruk gila banyak lah produk yang aku cuba. Garnier, Aiken, Safi Balqis 1 set, Syahirah, Bio essence 1 set, T3, Nivea, Olay, Clean and Clear, D’nars, Fair n Lovely, Himalaya, Maderma, Bio-Oil, Garden of Eden. Last-last 3 produk ni jugak yang sesuai dgn aku iaitu Krim Kecantikan Safi Lidah Buaya RM7.50 camtu, pencuci muka cikai iaitu sabun susu kambing H&R RM6, dengan toner SWL RM45 mak yang beli. Krim Safi tu boleh tengok review kat internet, ramai kata bagus dan menjadi. Meluai reviews kat blogs lah aku terdetik nak try dan sekarang tak tukar yg lain dah. 3 benda ni lah kot buat kulit aku putih merah bak kata kawan sekolah aku.
Makan: Kurang makan bergula Snickers, Kitkat, Kinder Bueno, Merci, Cadbury. Nasi pun aku jarang makan sebab logic aku, nasi dalam badan akan di-convert dlm bentuk gula. Dan gula itu tak elok untuk kulit. Aku ratah lauk je macam ayam dan sayur. Air pun kalau buat tak letak gula dan aku jarang beli air perisa kat café. Minum air masak je. Disamping jimat duit, boleh elokkan kulit.
Kebersihan: Cuci tuala, kain solat, sejadah, bed sheet, sarung bantal. Kalau tidur kalau boleh elakkan press muka kat bantal. Sapu bilik untuk kurangkan habuk dan hama.
Vitamins: Aku konsisten amik Vitamin E dan C jenama Blackmores. Dulu beli Vitamin C Pahang Pharma tapi lepas cek produk dia tak berdaftar dengan kementerian kesihatan, tak beli dah.
Ibadat: Aku tak tahu la samada ibadat berkait ke tak dengan kecantikan luaran kita. Tapi kekadang aku buat jugak tahajjud, dhuha, solat sunat subuh, baca Qur’an. Dalam seminggu, ada sehari (atau lebih) yang aku tak makan makanan yang selain drpd yg nabi makan. Maksud dia, dalam sehari tu aku hanya makan kurma, kismis, minum susu, minyak zaitun. Memang tak kenyang dan macam takleh survive gi kelas tapi diri ini perlu di-psycho “Alah Nabi makan benda ni boleh je hidup.”
Nasihat: 1. Sebelum beli ape-ape brand kosmetik, cek review kat blog. Review kat blogs telah menyelamatkan duit aku drpd beli benda tak berkesan.
2. Lepas kau cantik, aku harap kau tak tayang kecantikan kau kat Facebook and Instagram.
– tulips