Hai assalamualaikum , Story aku ni mungkin taklah sedih sesedih citer orang lain.. Tapi bagi aku sedih sangat :'( Okay , Dimulakan cerita aku ada seorang kawan.. Aku kenal dia dari makcik aku , Makcik aku cleaner kat hospital yang dimana tempat kawan aku ni dirawat (Oh ya ,kawan aku ni ada menghidap kanser) Makcik aku cakap dia baik dan dari situ aku kenal dia melalui makcik aku.. Untuk pengetahuan korang , Aku anggap dia IDOLA . Ya idola sebab apa yang dia ada semua aku minat.. Dia selalu buat aku ketawa , Senyum and pelbagai la keletah dia buat aku happy satu hari . Tapi semua tu tak kekal lama , Tak kekal lama :') Dia dah pergi menghadap Pencipta . Aku down gila lepas dia dah takde.. Aku hilang tempat berbicara.. Lagi down gila bila dah nak raya ni.. Mana taknya tarikh lahir dia jatuh pada 5hb ni.. Actually , One week before dia pergi aku dah dapat banyak petanda but aku tak syak pasal dia.. Sehari sebelum dia pergi aku ada terpandang langit feel aku pandang langit tu tak sama macam hari² yang lain sebab aku rasa lain macam sangat hati aku pun tetiba rasa lain . Rupanya esoknya aku dapat berita yang sangat meluluhkan jiwa aku.. Now dah lama jugak dia pergi.. Dia pergi penghujung tahun lepas , Tapi aku masih tak boleh lupakan dia.. Bukan aku tak redha , Aku redha tapi sometime aku tak boleh terima hakikat.. Hakikatnya dia dah takde dekat dengan aku.. Aku terkilan sebab pada masa hari pengebumian dia aku tak datang.. Aku hanya mampu doakan dia aman dan bahagia berjumpa dengan pencipta.. Aku harap ada yang boleh tolong aku ikhlas melepaskan orang yang dah takde.. Dear kawan , Aku sayang kau , aku rindu kau.. Kalau boleh aku nak putarkan balik masa ke tahun lepas.. Aku takkan sia-sia kan disaat kau masih ada lagi dengan aku dulu.. Sekarang kau dah takde , Maafkan aku tak dapat datang masa hari kau dikebumikan.. Geografi dan masa memisahkan kita.. Aku janji aku datang ziarah kubur kau nanti.. Aku takkan lupakan kau.. Satu hari nanti pasti kita akan jumpa lagi.. Semoga kau tenang dekat sana .
– Hamba Allah
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit