Kau sayang ke parent kau?

Hi IIUM-ders,

Thanks admin approve

So, since aku tengok ramai pula cakap pasal cliche topik yang sama lately. Kita tukar sikit topik, aku nak tulis ni pasal love. Jap, sebelum judge aku topik love ni better baca sampai habis dulu. Kalau ada point berguna, simpan lah elok2

Kita, manusia ni tak pernah langsung dapat lari dari kesilapan. Never. Sebab kesilapan yang buat kita belajar banyak benda. Correct me if i'm wrong. Sebab kalau kau tak buat silap kau tak tahu benda tu elok atau tak (tolak tepi ye benda yang memang salah dan tak patut buat)

Love, universal sebenarnya bila kita semua nak faham apa maksud love. Tapi yang aku nak cerita pasal love dengan yang ada dekat dengan kita. Yes, our parents

Korang masih ada parent? Nak dekat raya ni, jenguk2 lah dorang. Balik2 lah pada yang lama merajuk. Contact2 lah pada yang jarang. Rindu sangat parent dengan korang. Parent kita bila dorang rindu kita, dorang jarang bgtahu tapi selalu tunjuk dengan perbuatan atau gerak tubuh. Lagi2 yang duduk berjauhan tu

Kita ni bila dah besar, akan sampai satu tahap kadang kita terlupa diri kita (Alhamdulillah pada yang sentiasa beringat). Kita lupa perkara yang beri momen bahagia dekat kita masa kita tak ada apa2, dan kita lupa siapa tulang belakang sebenar kita

Hargailah dorang, sayanglah dorang. Aku tak cakap yang aku perfect, aku pun ego. Ada masa kita nak cakap yang kita cukup sayang parents kita tapi tak terluah. Ada masa kita terkasar, tapi kita malu nak tunduk. Ego dan manusia berpisah tiada

Oh lupa, aku ada ibu sahaja. Abah aku dah meninggal masa usia aku belasan tahun, masa aku sekolah menengah. Sakit tu, tak terbalut. Rindu dia tu terpendam lama sangat. Rindu gila weh. Serius rindu sangat. Sampai tahap aku rasa kenapa Allah duga aku bila aku sangat nak ada keluarga yang sempurna. Dan bila mana aku terlalu fokus tentang kehilangan, aku lupa pada yang ada depan mata. Ini lumrah manusia

Jangan jadi macam aku. Dah hilang jangan lah ratap lama2. Jangan salahkan takdir. Setiap kita kan ada ujian masing2. Pandang depan, tengok sekeliling kita. Siapa yang sentiasa ada dengan kita. Hargai yang tinggal. Tak apa, yang dah pergi tetap pergi. Dah tak boleh nak hidup lagi dah. Kadang kita ni selalu nampak yang jauh2 je, tapi kita lupa yang dekat depan mata kita tu lah sebenarnya yang selalu ada dengan kita, all the time

Jahat dan silap besar mana pun dorang dengan kita, dorang tetap parent kita. Jangan dah merasa kehilangan, baru terhegeh nak mencari. Tak ada ganti, trust me. Tak akan ada ganti, dan kau akan rasa rindu paling dalam. Tak sama macam kau rindu rindu pasangan kau. Tak sama

Korang, jagalah parent korang. Sayang dorang. Bahagia gembirakan dorang. Kita usaha sama2 ya. Nak raya ni, baliklah beraya dengan parent kita. Dorang tunggu tu kita balik walaupun tak cakap. Anak dorang kan, mestilah rindu

Salam ramadhan

– BH

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *