Untuk part I, (https://iiumc.com/kau-tu-cuma-menantu/).
Thanks admin sebab sudi kongsikan cerita saya.
Cerita ni saya kongsikan untuk pengajaran para menantu perempuan untuk janganlah kejar keredhaan mak mertua and harap mak mertua tu terima kita bulat-bulat macam anak sendiri sampaikan kita sanggup diperlekehkan dan hak kita diambil.
Sebenarnya tak berniat nak buka aib mana-mana pihak.
Mesti ada yang tanya, kenapa makan masa yang lama untuk take action? Kenapa tak terus ambik anak tu? Tak sayang anak ke?
So, yah… 7 bulan tu masa yang agak panjang, lagi bila tiada anak di sisi. Bengkak susu tu jangan cakaplah, demam pun on off.
Ulang alik hospital tu normal lah bukan sebab postpartum depression jer, tapi semua masalah mental health masa tu memang mencanak-canak naik. Hb selalu drop, and macam-macam.
Sepanjang 7 bulan tu jugak lah husband tak boleh nak fokus dengan kerja dia since dia takut aku drive sorang-sorang, so dia yang drive untuk hantar aku ke hospital or klinik , sampaikan dia kena warning dengan pihak atasan company tempat dia bekerja.
Aku ingat lepas mak mertua aku ambik anak aku tu dia akan rasa puas. Puaslah bila apa yang dia nak dia dapat. Rupanya tak…
7 bulan tu, ada jer masa aku laki bini balik kampung, kadang sebab events family suami, and kadang tu sebab aku paksa suami untuk balik sebab nak jenguk anak.
Setiap kali balik tu lah aku terdetik nak bawak anak aku balik ke rumah kami. Mana ada mak tak sayang anak, tambah-tambah lagi anak jauh…
Setiap kali balik tu aku adalah slow talk bersemuka dengan mak mertua secara personal untuk sampaikan niat aku nak bawak anak aku balik.
Tapi setiap kali tu, dia mesti perlekehkan aku dan suami. Dia jadi macam tu depan aku jer, bila ada suami tak pula dia cakap macam tu.
Kadang pelik dengan layanan dia, tapi nak buat macam mana… Kenalah hadap dah kau sendiri yang pilih untuk khawin dengan anak dia.
Aku ingat lagi masa tu baru 2 bulan cam tu anak aku kat rumah mak mertua. Masa tu aku dalam pantang lagi sebab aku ikut pantang 100 hari.
Lepas tu aku rasa sakit yang amat sebab dah lama gak tak susukan anak, then aku try lah pujuk husband untuk balik kampung. Aku nak bagi anak aku minum susu badan. Lepas pujuk punya pujuk, laki aku pun setuju.
Masa dah balik kampung tu, aku tengok mak mertua aku ni sambut kami macam happy sangat. Happy lah kot sebab suami aku ni dulu sebelum khawin memang jarang balik, dia suka buat haluan sendiri.
Bila mak mertua aku jaga anak aku, maka kerap lah kami laki bini balik. Mungkin lah…
Then, ada satu malam tu, aku mintak izin kat mak mertua aku untuk bawak bayi aku tido sekali sebab aku ingat aku nak susukan anak aku. Aku punya berharaplah dia akan bagi.
You know what? Dia tak bagi pun siap perli aku “Aku bagi anak kau ni minum susu mahal yang confirm-confirm baik untuk badan dia.
Kau simpan jer lah susu kau tu. Kang benda tak baik jadi kat cucu aku. Bukan kau nak tanggung”. Dan yaa, aku terasa tapi aku cuba kuatkan diri jangan menangis depan dia.
Aku ingat tu lah first aku kena downgradekan. Rupanya tak, setiap kali aku bersemuka dengan mak mertua aku, mesti ada jer benda dia nak perlekehkan aku.
Ada satu ayat dia buat aku jadi betuk-betul tertekan. “Kau tu dah lah tak kerja, makan minum pun anak aku tanggung. Pakailah baju tu elok sikit kalau dah tahu nak pergi events family aku, ni tak selekeh.
Pastu ada hati nak jaga cucu aku. Cucu aku tu pun kalau dia tahu mak dia orang macam kau, dia mesti malu tujuh keturun”.
Dan aku akui, dalam 7 bulan tu aku ada apply macam-macam position, tapi mungkin belum ada rezeki. Ada yang kena datang interview, tapi bila diorang tahu sebab aku berhenti adalah disebabkan anak, diorang jadi ragu-ragu nak ambik aku.
7 bulan tu jugak bukan takat postpartum depression yang aku alami, aku rasa aku macam dah tak layak hidup. Nak luah kat husband, erm…
Aku takut aku penyebab dia dan mak mertua aku bermasam muka. Aku tengok husband aku sekarang ni makin rapat dengan mak mertua aku tak macam dulu.
Kadang adalah husband cerita kat aku bab anak atau send video anak aku yang mak mertua aku send kat dia. Aku pun tumpang happy tapi happy aku hanya palsu. Aku nak anak aku!
Setiap kali events family kan, benda yang paling aku cuba elakkan is bersemuka dengan mak mertua aku. Aku takut aku tak kuat.
Kadang tu aku rasa aku ni orang asing, yang duduk curi-curi tengok anak semdiri didukung oleh mak mertua yang dah rasa macam mak kepada anak aku.
Setiap kali events family or apa-apalah kan, bila orang tanya about anak aku kat mak mertua like “mana mak dia?”, mak mertua aku just jeling kat aku macam menyampah tu.
Then bila orang yang sama tanya aku “Nama anak siapa? Berapa bulan dah? Sihat ye badan, nampak gebu jer”.
Belum sempat aku nak jawab, mak mertua aku mesti menyibuk. “Nama dia **********, umur baru nak masuk 5 bulan. Sihat and menggebu lah sebab nenek dia jaga.
Susu pun bagi yang mahal punya. Hmm…Kalau harapkan mak bapak dia jaga, tak mampu nak bagi susu mahal, baju mahal macam ni”. Ye, aku koyak lagi.
Sejak dari tu, aku cuba nak bagi barang-barang yang aku beli untuk anak aku. Aku beli bukan harap duit gaji suami, aku beli pakai duit simpanan masa aku kerja walaupun tak banyak mana.
Tapi setiap kali aku nak bagi barang tu, mak mertua aku ni akan perlekehkan kualiti barang and macam-macam.
Ya, aku tahu dia kaya, dia mampu nak bagi anak aku barang-barang mahal, tapi aku ni mak dia. Kau dah lah ambik anak aku, perlekehkan aku, atleast ambik lah barang yang aku beli untuk anak aku.
Tak kan kau nak buat aku ni nampak macam mak tak bertanggungjawab langsung? Kau dah lah burukkkan aku. Aku tak tahu macam mana aku nak bertahan dah.
Aku ingat lagi one of ayat dia, “Kau beli semua ni membazir tahu tak. Anak aku tu dah lah pening, asyik tak cukup duit nak tanggung kau sorang. Pastu kau membazir macam ni”.
Ye… Kadang aku tertanyalah, suami aku ada ke luahkan apa-apa masalah dia kat mak mertua aku? Kenapa dia tak ada pun cakap apa-apa kat aku? Betul ke sebab aku?
7 bulan tu dah cukup buat aku rasa aku ni ibu tak guna. Kadang aku rasa nak bunuh diri jer kalau hidup ni rasa macam pembawa sial dalam hidup orang lain. Dan ya, satu hari tu akhirnya aku luahkan semua kat suami dan dia betul-betul terkejut.
Mulanya dia nak marah sebab orang yang aku kata tu mak dia, tapi bila aku tunjukkan segala bukti chat apa semua, baru dia tahu mak dia macam mana.
Masa aku tuntut anak aku kat events family tu, itulah last hubungan kami laki bini anak beranak dengan mak mertua okay sikit lah. Lepas aku tuntu anak aku depan ramai orang dalam events tu, mak mertua aku terus jadi dingin dengan aku laki bini.
Setiap kali mak mertua aku datang ke Johor sebab nak jumpa anak-anak dia yang lain which is duduk dekat area berhampiran rumah kami laki bini, dia tak pernah pun nak singgah. Alasan dia sebab rumah kami ni flat and kotor.
Dulu… Masa aku bekerja, kami duduk rumah banglo. Dia selalu gak lah datang. Bila aku decide berhenti kerja, suami terpaksa ambik keputusan pindah rumah atas alasan nak cut perbelanjaan lagi-lagi bila dah ada anak ni.
Kadang kesian tengok suami, macam di anak tirikan. Suami aku pun lepas tahu semua yang aku sembunyi kan apa semua, dia selalu cuba support aku supaya tak mudah di downgradekan lagi dari mak dia.
Kadang bila mak dia cakap buruk pasal aku, dia yang backup aku. Aku tahu aku menantu yang tak sempurna. Tapi janganlah sebab kau benci aku, kau seksa aku macam aku tak ada hati.
Lepas kejadian tu aku belajar untuk jadi seorang yang tegas. Kalau dulu semua aku jaga sebab takut, takut tindakkan aku tu menyinggung semua perasaan.
Oh ya, sepanjang 7 bulan yang anak ajy tak ada di sisi, mak bapak aku and adik beradik aku dari Selangor adalah datang. Niat diorang nak tengok anak, tapi bila sampai anak aku tak ada. Banyak kali diorang tanya pasal anak.
Dan benda ni aku pernah cakap kat mak mertua aku masa aku cuba slow talk nak ambik anak, tapi dia cakap,
“Alah mak ayah kau pun satu, tanya pasal cucu tapi diorang bukan boleh bagi apa pun. Diorang tu orang susah, bukan aku nak mengat apa lah.
Tapi aku tak nak kalau diorang bawak cucu aku ke rumah mak diorang yang berlantai simen tu nanti cucu aku sakit. Cucu aku, aku tahulah dia macam mana. Mana lah boleh kotor-kotor”.
Dan start tu memang aku cuba cari macam-macam cara nak tuntut anak aku. Dia bukan rendahkan aku lagi, tapi dia pertikaikan mak ayah aku. Aku tak bagi tahu kat mak ayah aku pasal tu, tapi mak ayah aku lah antara asbab aku tekad nak tuntut anak aku.
Dan sekarang kalau korang tanya macam mana keadaan aku…Aku sekarang ni dah dapat tawaran kerja yang flexi, aku boleh buat kerja di rumah sambil jaga anak. Even kadang kerja tu banyak, aku still boleh handle.
Anak ni penguat hubungan suami dan isteri, anak ni pintu rezeki, dan aku tetap akan jadi aku tanpa perlu minta keredhaan dari orang lain termasuk mak mertua aku untuk jadi diri aku.
Dia nak terima or tak terima aku, itu terpulang dia. Aku ada hak aku yang patut aku jaga.
– Faridah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit