Nama aku Mira (bukan nama sebenar).. Sebenarnya lama dah aku nak tulis kisah aku ni tentang ibu aku, tetapi belum ada kekuatan dan sekarang barulah ada sedikit kekuatan nak tulis biarlah mata berjurai air mata..
First sekali aku nak ceritakan latar belakang keluarga aku dan keluarga ibu aku. Aku mempunyai ramai adik beradik dan ya ibu sangat tabah orangnya sebab mampu menjaga dan mendidik kami, sebab kami nak kata nakal tak juga..
Mungkin nakal kat rumah je kalau kat luar tak juga.. Sekali ibu jeling auto kami diam.. Sebab ibu boleh kira tegaslah.. Tapi baik orangnya.. Baik sangat..
Ibu ada adik beradik boleh dikira hidup mewah tapi lain pula dekat ibu sangat beza.. 360 darjah! Ibu sering dihina, dilabel orang gaji mana tak nya.. Bila diorang kenduri, ibu orang pertama kena suruh itu ini.. Adik-adik nya duduk kat ruang tamu gelak sakan..
Kami adik beradik tengok atas bawah.. Atas bawah je.. Sejak kami kecil lagi kami diperlakukan begitu.. Dan macam biasa ibu tak ambil hati, sabar.. Maaf ibu kami tak sesabar ibu.. Sabar ibu sangat tebal..
Ibu selalu pesan biar mereke buat macam tu.. Kita diam je.. Sebab Tuhan tu Maha Esa.. Sejak dari situ setiap kali jumpa.. Kami adik beradik akan berpura-pura ramah.
Tahun bertukar tahun.. Pejam celik tahun covid pun melanda.. Tahun dimana aku rasa bahagia bukan sebab apa.. Sebab dapat spend time betul-betul dengan family sendiri, puasa sama-sama, tengok tv sama-sama dan buat benda bersma-sama..
Bagi aku tahun tu amat bermakna dan banyak kenangan tak boleh diulang lagi…
Hari bertukar hari sikap ibu berubah 360 darjah, tak seceria dulu tak segarang dulu.. Selalu berkias-kias.. Selalu juga banyak kali nasihat jaga solat, jaga aurat, jaga akhlak dan macam-macam lagi..
Even musuh depan rumah ibu selalu bagi makan dan aku selalu tanya ‘ibu bagi diorang?’ terus ibu jawab ‘sedekah nak’ dan ya hati rasa pelik juga..
Ingat lagi masa dah nak dekat raya.. Sebelum ni ibu lah selalu exicted kalau dah nak raya tapi time ibu tak macam selalu maca banyak diam, banyak tenung muka anak-anaknya..
Masa gambar raya pulak wajah ibu macam sedih seolah-olah tahu pentandanya.. Dan ibu boleh cakap ‘rasanya ni rasa terakhir ibu dengan korang semua’ sambil senyum kelat…
Masa tu aku agak terkejut dan menafikan apa yang ibu cakap.. Allah saja tahu betapa tak sedap hati bila ibu cakap macam tu..
Selepas kejadian tu, ibu selalu minta teman gi jalan-jalan walaupun aku bukan anak bongsu tapi ibu tahu aku anak manja, manja sangat dengan ibu.. Apa-apa jalan dengan dia..
Ya Allah rindu nak jalan-jalan dengan ibuuu… nak manja-manja dengan ibu, nak kena bebal.. Ya Allah… rinduuuu…
Pada 2021, tahun paling berat buat kami sekeluarga.. Benda yang paling aku takut terjadi. Ibu sakit masa tu.. Dan ya ibu jatuh kat tandas darah tinggi ibu naik..
Kami sangat cemas masa tu, kami bawa ibu ke hospital.. Ibu disahkan positif covid stage 2. Sangat luluh ibu kena benda yang kami sangat tak jangka..
Ibu bertarung nyawa sebulan dekat hospital.. Ingat lagi.. Masa tu tengah bulan spm.. Bayangkan diuji masa ambil exam spm.. Masa tu fikir.. Kalau gagal, gagal lah.. Sebab tak ada fikir lagi.. Asyik fikir pasal ibu.. Sendiri dekat rumah yang lain tempat..
Nangis sendiri dekat rumah nasib tak terfikir buat benda bukan-bukan tapi diri sangat tidak terurus.. Sehari tak makan.. Emosi sangat tidak stabil.. Bila ditanya ok ke tak oleh kakak hanya mampu jawab ok je hakikatnya tak..
Selalunya ibu akan call pagi cerita-cerita, tanya khabar apa semua.. Suatu hari tu aku pelik kenapa ibu tak call-call ni.. Tak sedap hati lagi masa tuu..
Dan ya ibu di masukkan ke ICU sebab oksigen ibu drop.. Haritu hanya mampu doa je supaya ibu boleh survive.. Selang beberapa hari ayah call..
Masa tu malam.. Ayah bagitahu yang kadaan ibu makin teruk.. Peparu ada jangkitan kuman.. Masa tu first time dengar ayah nangis teresak-esak..
Ya Allah, aku terus cakap ‘ayah kena banyakkan doa untuk ibu’ off je phone aku terus nangis teresak-esak.. Masa tu juga teringat ibu nak sangat tengok gambar convo form 5 aku..
Sebabkan pihak sekolah lambat buat urusan gambar.. So ibu tak dapat tengok.. Tak sempat nak hantar even ibu kat ward biasa, masa dapat gambar tu pun masa ibu kat ICU.. Ditidurkan..
Hari demi hari kami bebas dari covid kecuali ibu, ibu masih lagi kat icu dan ditidurkan. Keadaan ibu masih sama tiada perubahan, kalau meningkat pun sikit je.. Lepastu drop balik..
Tibalah bulan yang hari kami gelap dan bulan dimana tempat kami meminta doa kebalik kepada-Nya..
Pagi yang mengejutkan buat kami sekeluarga, pihak hospital buat video call, kami tak tahu yang itu video call kali terakhir, kami juga tak tahu ibu sedang nazak sebab wajah ibu sangat bercahaya, tak nampak sakit..
Yang buat kami terkejut bilang doktor tu cakap ‘minta tolong salah seorang ajarkan ibu mengucap dan buatlah ucapan buat kali terakhir sebab ibu mampu bertahan beberapa jam je’
Ya Allah luluhnya hati kami.. Syurga kami dah nak pergi masa tu.. Kami minta maaf dengan ibu, minta halal tenaga, air susu.. Semua lah ucapan maaf kami buat.. Ajarkan syahadat.. Kadang kala doktor tolong ajarkan..
Masa tu kami percaya ibu boleh survive lagi.. Kami percaya pasti akan ada keajaiban.. Tapi tak ibu menghembuskan nafasnya yang terakhir pada hari jumaat tepat pukul 1. Masa tu ngam-ngam adik beradik lelaki balik dari solat jumaat..
Ibu sanggup tunggu semua balik dengar berita pemergian ibu.. Ibu juga tunggu anak-anaknya balik tengok dia dikebumikan.. Allahu ibu mesti minta Allah mudahkan urusan ibu..
Selang beberapa hari jiran-jiran tanya.. Mana ibu even jiran yang selalu jahat dengan kami.. Apabila dengan berita pemergian ibu, mereka sedih sangat-sangat dan cakap ibu sangat baik orangnya..
Orang yang tak berapa kenal dengan ibu pun cakap ibu baik sangat.. Ya Allah apalah amalan ibu sampai orang sangat-sangat kenang ibu..
Rindu ibu.. Rindu ibu bebel, rindu masakan ibu, rindu nak jalan-jalan dengan ibu.. Semua tentang ibuuu.. Cukup jela sampai sini cerita tentang ibu aku.
Aku harap korang boleh spend time dengan parents korang.. Tangkaplah gambar dengan diorang, video.. Nanti pasti itu akan jadi kenagan yang tak dapat diulang lagi.. Hargai selagi mereka ada..
Terima kasih kerana dah baca perjalanan ibu aku.. Berjurai dah ni mata.. Itu saja dari kisah saya perjalanan ibu hingga akhir hayat.
– Mira (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit