Kifarah Berzina

Nama aku Dia (bukan nama sebenar) umur aku masih di awal 20-an dan sudah berkahwin.

Kisahnya bermula aku dan kekasih aku gelarkan Adam (pun bukan nama sebenar), kami berkenalan sejak zaman kolej. Masa mula berkenalan aku dan dia dilamun percintaan seperti merpati dua sejoli.

Dia adalah cinta pertama aku kerana masa bersekolah dahulu aku dihantar ke sekolah perempuan dari sekolah rendah hingga menengah.

Jadinya aku tak bergaul sangat dengan lelaki.

Sampai la masuk kolej baru la bergaul sikit dengan lelaki itu pun dengan classmate sahaja kerana aku seorang pemalu. Aku mula kenal kekasih aku ni di laman muka buku. Dia belajar di kolej yang berbeza daerah dengan aku.

Sepanjang perkenalan dia sangat baik.. setiap kali keluar dating kalau cukup waktu solat mesti akan ke surau untuk tunaikan solat.

Nak dipendekkan cerita selepas kami tamat pengajian di kolej. Kami masing-masing mendapat pekerjaan. Kami semakin kerap berjumpa dalam sebulan 2 kali. Oh ye aku dan dia menetap di daerah berlainan. Jadi hubungan jarak jauh lah.

Benda ni berlaku semasa kami dekat2 nak bertunang, kami mula hilang rasa malu dan aku rasa ini juga salah aku kerana memulakan dan membiarkan perkara ni berlaku.

Kami mula ringan – ringan dalam berzina @ bermaksiat, setiap kali jumpa mesti dah wajib untuk melakukan perbuatan itu. Tapi tidaklah sampai ke tahap terlanjur bersetubuh cuma sekadar ringan2 sahaja.

Masa kian berlalu kami pun bertunang dan berkahwin. Masih segar di ingatan aku malam pertama aku dan dia, boleh dikatakan tak seperti yang dibayangkan macam malam pertama orang lain.

Dia seolah olah macam menolak untuk bersama tapi aku bersangka baik mungkin dia letih dengan seharian kenduri dan dia pun ada cakap yang dia malu. Pelik jugak aku masa sebelum kahwin bukan main lagi time fone sek$ call mintak macam2.

Hari pun kian berlalu, kami pun menjalani kehidupan sebagai suami isteri, seusai tempoh perkahwinan kami 4 bulan, bermula lah hari paling bersejarah hitam dalam hidup aku.

Pada hari itu aku macam biasa bangun awal pagi masak makanan untuk suami sebelum aku pergi kerja.

Hari tu aku bersiap agak awal dari hari biasa, suami aku bekerja shift malam dia balik pagi tu selalunya dia akan tidur la aku pulak kerja normal shift.

Masa dia tidur tu aku tergerak untuk ambil fon dia saja saja nak buka F@cebook dia semua tu. Tiba tiba hati ni tergerak sangat nak check history Google dia.

Aku kuatkan diri dengan mengatakan dia mesti tak tengok benda bukan2 ni. Yelah kan dah kahwin dapat yang real punya takkan nak tengok lagi. Lagi pulak dia sayangkan aku.

Alangkah terkejut dan remuknya hati aku bila aku terjumpa website video luc@h.

Tarikh yang dia tengok video luc@h tu semua pada hari dia cuti dan hari semasa aku berkerja (cuti kerja kami tak sama) paling kejam sekali ada yang tarikh 2 minggu selepas kami berkahwin dia tonton video luc@h tu.

Tak dapat aku bayangkan betapa hancurnya hati aku pagi tu. Sampai sekarang masih segar di ingatan nama2 tajuk video luc@h yang dia tengok tu, ada pulak nama2 perempuan melayu semua tu lagi la sakit hati ni.

Sakit sangat rasanya bila suami sendiri mengkhianati kepercayaan seorang isteri yang sudi keluar kerja sebab nak bantu dia jugak. Akhirnya di balas begini.

Aku letak telefon dia dan terus pergi kerja. Sepanjang hari di tempat kerja aku tertanya apa kurangnya aku, aku tak pernah menolak sekali pun bila dia nak berhubangan suami isteri.

Aku jadi tak fokus kerja hari tu, rasa nak balik jerit jerit je dekat dia kenapa buat aku macam ni kita dah la baru kahwin.

Patut la setiap kali buat hubungan suami isteri dia boleh tahan sekejap je seolah olah sekadar melepaskan air je. Rupanya ini sebabnya. VIDEO LUCAH.

Sebelum terkantoi ni pun aku dapat macam2 petunjuk, aku pernah buka Instagr@m suami aku, dekat bahagian explore tu naik banyak gambar perempuan2 $exy..

Tapi masa tu aku beranggapan mungkin sebab dia rajin like gambar aku jadi naik la gambar perempuan dekat explore dia.. haa terpaling husnuzon la kan sekali amik kauu tuhan nak tunjuk dah tu dekat aku.

Lepastu aku pernah dapat mimpi seperti suami aku tengah kusut untuk memilih antara aku dan wanita berpakaian gelap celak hitam mulut hitam (mungkin iblis yang hasut untuk buat benda bukan2 tu kot)

Masa aku balik kerja tu dia masih ada di rumah, ya aku tanya dia tapi dia tak mengaku dia masih berpura pura.. Ya Allah sakit hati aku tengok muka dia yang acah2 innocent waktu tu. Aku suruh dia buka google history dan baca semua tajuk video tu.

Ya dia terkejut dan merayu dekat aku supaya jangan tinggal dia sebab waktu tu aku dah menangis teresak esak sambil jalan menjauhi dia,

Aku mula marah2 dia tetapi dia merayu lagi dekat aku, dia minta maaf semua pun aku tak layan dah waktu tu.

Hebatkan naluri seorang isteri yang Allah bagi ni sekali tergerak hati je, semua terkantoi habis.

Selepas kejadian tu aku macam mayat hidup sebelum pergi kerja menangis, balik kerja terus baring terperap menangis seharian mengenangkan nasib aku.

Suami aku seperti biasa la masih dok pujuk aku. Baru 4 bulan kahwin dah jadi macam ni semakin down hidup aku waktu tu. Pergi kerja pun pakai foundation tebal2 bawah mata takmau bagi kawan2 nampak.

Mungkin ini balasan tuhan dekat aku terhadap dosa2 zina dulu. Setiap hari dia pujuk aku untuk bagi dia peluang, perit hati aku untuk terima semua ni.

Pada akhirnya aku bagi dia peluang untuk berubah kerana memikirkan aku jugak bukan seorang insan yang sempurna begitu juga dia.

Aku pun dah bertaubat dari dosa2 aku sebelum ni, ingatlah antara dosa dosa yang Allah akan turunkan bala sebelum kita mati ada 2 dosa.

Yang pertama dosa derhaka, yang kedua dosa berzina.

Yang mana dah berkahwin dengan orang yang kau berzina tu tetap lah bertaubat dari dosa zina masa lalu.

Sekian cerita dari aku,

– Dia (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *