Lel4ki Dari Apps

Nama aku Lyly (bukan nama sebenar). Disini aku nak ceritakan tentang seorang lelaki yang aku nama dia sebagai Syah (bukan nama sebenar) kami kenal dari sebuah apps L..

Kisah kami bermula apabila Syah ni mulakan dulu perbualan. Iaitu bertanyakan nama, umur, negeri. Dan paling mengejutkan umur dan asal usul kami sama..

Maksudnya negeri dan daerah kami sama, jarak antara rumah tak jauh sangat around 5-10 minit dah sampai..

Cumanya sekarang Syah ni kerja di negeri orang dan aku dekat sini. Syah ni dia beritahu dia ni jenis tak pandai dalam pelajaran tetapi soal keluarga dia memang pandai.. Semua kekurangan dia bagitahu.

Tapi walaupun banyak kekurangan dia bagitahu aku akan tetap tanyakan bab agama terutamanya SOLAT dan AKHLAKNYA.

Dan Alhamdulillah dia jenis 5 waktu tapi tak tahu la ia sekadar omongan kosong hanya Allah saja yang tahu.. Bab rokok semua aku tanya yela.. sebab saya ni alergik asap rokok.. hehe.. ok done iklan..

Keesokan harinya, kami bertukar nombor wasap.. dan paling semangat Syah ni dia selalu chat Lyly.. tanya pasal makan minum.. solat dah ke belum semualah..

Begitu juga dengan aku… tetapi bab solat juga aku tanya kan. Dan begitu juga hari-hari seterusnya dia tak miss tuk tanya2 benda yang sama.

Begitu juga dengan aku walaupun hati ni terpaksa tak tahu la..

Aku bukannya tak suka dia tapi tula hati belum sedia untuk lelaki. Adalah juga mintak pendapat dengan bff aku sorang ni yang dia suruh solat istikharah dulu..

Dan aku pun buat lah solat tersebut dan jawapan sudah ada yang Syah ni bukan jodoh aku.. aku cakap macam tu sebab aku makin rasa tak suka dengan dia..

Aku adalah juga bagitahu ayah aku soal ni, dah dapat teka kan.. Yup ayah aku tak restu.

Dan aku dah bagitahu Syah soal ni pasal solat istikharah tu.. Pasal restu.. Dia tak boleh terima.. Dia nak paksa hubungan ni terjalin even aku tolak.. Dia boleh bagi masa untuk hubungan ni..

Adalah juga banyak kali cakap yang aku tak suka dia.. Dia ok.. Aku tak suka dia suka spam chat.. Every single time dia chat.. Aku buntu masa tu.. Rasa lagi benci..

Aku tak nak la block dia.. yela aku nak dia sendiri benci atau tak suka aku dan block aku.. Supaya dia dapat move on.. Yela dia cakap cinta, sayang gila dengan aku..

Sampai lah hari ni, malam ni.. Aku offline.. Dia spam chat sampai 100+ dan call 10 kali.. And aku tak tahan lagi.. Amarah aku meletus setelah sekian lama aku pendam.

Actually bukan aku pendam sebab dah banyak kali aku bagi nasihat dengan dia supaya jangan cinta aku sebab aku tak ready bla bla bla.. Tapi dia still tak dengar..

Ok sambung.. Aku chat dia dari perasaan tak suka aku kat dia.. Hati aku tak buka untuk dia.. Aku cuba untuk buka tapi yela kalau dah bukan jodoh..

Aku minta maaf kat dia.. Semua perasaan aku taip kat situ.. Aku bukan tak hargai effort dia entahlah tu effort ke tak.. Entahlah..

Lepastu dia balas dia merayu jangan tinggalkan dia.. Dia janji kumpul duit nak ajak kahwin bla bla bla ayat manis semua tu.. Dan sekali lagi amarah aku keluar lagi aku kata,

“CARI PEREMPUAN LAIN LA WEH” “AKU PENAT LAH” “PENAT” sampai situ dia hanya ‘seen’ dan gambar profil dia jadi kosong, info wasap dia kosong dan ya aku akhirnya di block…

Aku tak tahu la nak lega atau macam mana sebab banyak kali aku doa bukakan hati tu dia.. Dan perasaan aku tetap sama terkunci.. Sebelum ni ada lah juga bff dia chat aku supaya bukakan hati untuk bff dia..

Aku still same.. Still say no to him.. Aku rimas sangat.. Aku block kawan dia juga.. Entahlah, mungkin memang bukan jodoh dan restu tu juga penguat hubungan kita..

So, kepada pendengar dan pembaca apa pendapat anda tentang cerita saya ini.. Betulkan apa yang saya buat ni?

Terima kasih sudah membaca cerita tak berapa cerita ni.. hihi..

Doakan saya untuk bertemu jodoh yang faham agama.. Faham tugas sebagai suami.. Dan dapat bimbing saya ke syurga Allah..

– Lyly  (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *