Kawan rapat
Selalunya semua akan jadi yang terbaik buat diri kita bila ada kawan rapat yang memanglah rapat dengan kita, seorang yang istimewa tapi member jantina sama la. Aku terkesima apabila retaknya hubungan rapat ni, ianya lebih pedih daripada putus hubungan dengan kekasih hati. Ternyata percaturanku silap, kiranya aku anggap member aku yang rapat bakal menceriakan hidup aku sebelum ak berambus dari universiti aku(bajet emo skit). Jadi, doakan aku supaya dipermudahkan semuanya agar hati aku yang terluka bagai dihiris-hiris dengan pisau ni boleh sembuh seiring dengan masa yang sememangnya laju di akhir zaman ini. Aku tidak mahu memutuskan hubungan kerana hukumnya masuk neraka kan. Pengajaran disini, lebih baik jangan berkongsi semuanya dengan seseorang kecuali dia tu memang pasangan hidup kau. Tapi tidak dapat ku coretkan segala-galanya disini kerana dia juga pembaca setia confession ni. Sekadar luahan hati, sebab kalau pendam boleh jadi gila kan. Walaupun pahit, tapi aku dapat motivasi untuk jadi insan yang lebih berusaha ke arah kecermelangan. Aku bukan pelajar UIA, cuma seorang pendengar ceramah UAI yang bukan selalu ada dengar ceramah beliau. Selama ni aku kira budak perempuan cemburu tengok bff dia rapat dengan perempuan lain macam bangang, sekarang aku sendiri rasa benda tu. Tuntasnya, bersederhanalah dalam segala hal agar tidak terperangkap. Terima kasih untuk admin dan kamu semua untuk komen nasihat (kutuk pun ak xde hal, macam la aku xkutuk orang), nak post kat confession page universiti sendiri susah nak approve, so cuba nasib la kat sini.
– Noktah bertindih
Kongsi luahan anda disini –> https://iiumc.com/share-your-stories/