Kawan Yang Menumpang Sebulan

Aku tengah marah sangat ni! Aku rasa marah sangat!!! Dalam TV selalu tengok watak jahat kan. Pernah tak korang fikir apa sebenarnya jadi dekat dia sampai dia jadi sejahat tu? What kind of circumstance dia hadap sampai jadikan dia jahat?!

Sebelum ni aku baik saja, orang buat aku, biasanya aku diam saja. Selalu saja aku dengar orang cakap buruk pasal aku. Hasil kerja aku kena copy dari sekolah lagi dah jadi. Of course aku marah. Tapi bila aku marah, aku balik rasa bersalah. Aku pernah fail 1 subject sebab kantoi meniru.

Padahal, kawan aku yang tiru kerja aku. Dia cakap nak tiru, tapi dia nak tukar-tukar sikit so tak obvious, end up dia tak tukar sebab dah tak sempat. Kantoi buta-buta. And masa kena soal siasat langsung dia tak mengaku dia yg tiru aku.

Dia diam saja macam memang kami meniru each other. Aku marah dia, tapi aku tak kecoh dekat kawan lain. So obviously kalau kau marah kau jauhkan diri dari orang tu. Tiba-tiba aku lah orang jahat sebab tak kawan dengan member. Sebab tinggalkan member. Aku juga salah.

Kejadian seterusnya, member tak ada tempat tinggal. Kau ajak tumpang rumah kau, dia cakap eh tak pe, aku bayar sewa. So kau reject member lain sebab dulukan member kau ni. Sekalinya blah macam tu saja. Sewa ke mana, apa ke mana. Bila aku tanya, aku yang salah. Aku yang kena block.

Lagi sekali, aku yang buruk, sebab minta-minta duit kat kawan yang menumpang sebulan dekat rumah aku. Ya, aku berkawan dengan sekumpulan kawan yang ada dalam 8-9 orang macam tu. Jadi faham-fahamlah ‘comrades-ship’ tu.

Dulu aku ingat, inilah kawan aku dunia akhirat. Apa jadi aku kena sentiasa tolong. Kalau setakat tipu mak bapa demi kawan-kawan ni, nothing dah.

Aku masih sabar lagi masa kes tu, diikuti beberapa siri kes kecil dan kes besar seterusnya adalah kawan aku buat la satu jenis kesalahan yang besar dan wajar dibelasah kalau tak stop.

Tapi aku ambil jalan singkat tapi dasyat dan berkesan sepatutnya. Ya, salah aku lah kat situ. Tapi masa aku buat tu atas sokongan kawan-kawan lain sebab dia dah nak jauh tersasar. Si dia tak berubah malah block aku pula. Dan aku adalah punching bag. Buat keputusan melulu.

My action is too much! I over do and all. ALL ME TO BE BLAME!

Jatuh kes terkini, biasalah dalam kawan mesti ada seorang yang jenis kedekut. Aku sebab sayang sangat, kedekut mana pun dia, aku tetap tutup sebelah mata. Depan aku dia la manusia paling susah, paling tak ada duit, hidup paling struggle walaupun hakikatnya, dia yang bodoh.

Biarkan diri diambil kesempatan oleh pasangan dia sampai diri sendiri pokai and susah. Aku tetap tolong dalam nasihat aku tak diendahkan.

Sampai lah aku rasa no, this is the limit. Aku berhenti tolong, aku jauhkan diri. Sebab aku sendiri pun struggle. Dengan musim pandemik ni, umur-umur akhir 20-an ni memang terkesan. Jadi aku tak cakap banyak, angkat kaki dari tolong dia.

Habis muka sesedih ya amat ditayang ke dunia luar. Dia lah manusia paling sedih di dunia. Dia lah manusia paling susah di dunia dan kawan yang sepatutnya ada di sisi dan wajib ringankan beban dia (yakni AKU) dah tinggalkan dia.

Masalahnya kenapa tak kau cerita sekali kat dunia (media sosial) apa masalah sebenar kau. Baru dunia tau masalah-masalah kau sebenarnya datang dari siapa. Bodoh sendiri!

Tapi bila orang tanya apa masalah kau, jawapan dia adalah, ditinggalkan kawan yang dah berubah 180 darjah. Kawan dia dah tak macam dulu. Akhirnya, dalam se-complex-complex-nya hidup kau. Aku yang SALAH!!!!! Tak ada carutan yang sesuai untuk situasi ini.

Dan orang yang sepatutnya aku harap untuk faham situasi aku tak pernah faham. Bahkan turut rasa aku yang salah.

Aku diminta untuk jadi lebih baik. Lebih pemaaf. Lebih penyabar. Kurangkan marah. Jangan ego. Aku tak selalu nya betul. Nanti aku susah tak ada siapa yang tolong. Jangan putuskan sillaturrahim. Tolong orang susah tu sedekah. Dan sebagainya.

Tapi, masa aku susah, siapa yang tolong aku. Siapa pula yang faham aku. Aku tak layak nak marah ke? Aku memang sentiasa SALAH ke??

Perlu ke aku tayang dan senaraikan setiap kesusahan dan masalah aku kat media sosial atau update dalam whatsapp group baru orang tahu aku susah.

Masa pandemik, semua tahu industri apa paling jahanam sekali terjejas, tak ada siapa pula yang bertanya khabar, hulurkan tangan atau pinjamkan bahu dan telinga lagi lah. Aku mula kan bisnes, nak like page aku pun tak. Itu yang menolong aku masa aku susah??!!

Bila aku macam ni, left right centre tuding jari kat aku. Sakit nya dada, Tuhan saja tahu. Rasa nak pecah kepala tahan marah. Rasa nak gila bila dituduh. Rasa nak terbakar bila kena nasihat.

Aku tau nasihat untuk kebaikan aku. Tapi tengoklah situasi. Dan aku memang sejenis yang berat mulut nak over-explained.

Kalau orang rasa aku salah, ke aku apa-apa saja lah pun. Aku terima dengan hati yang tertutup. Ni baru siri aku jahat dengan kawan-kawan aku saja, belum lagi siri aku jahat dengan orang keliling aku yang lain. Aku tau aku jahat, tapi aku nak buat penegasan dekat sini.

Ada 2 sebab kenapa aku perangai macam ni.

Satu, aku pernah buat baik, dah lah tak dihargai malah diambil kesempatan lagi.

Kedua, aku dah tak muda, aku nak cari ketenangan, aku putuskan hubungan dengan orang sebab aku nak jauhkan diri dari benda-benda toxic, I need to survive first.

Sebab ini tempat confession, aku confessed dekat sini hari ni since tempat aku selalu confessed closed. Terima kasih baca.

– AKU (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *