Mitos: Orang Yang Ada Kad UNCHR Ini Kebal Undang-Undang

Assalamualaikum, nama samaram saya cahaya, tahun ni umur saya 20 tahun, saya berasal dari sebelah utara. Pasal keluarga tu saya rasa tak perlu nak tulis kat sini kot sebab bukan tu yang saya nak cakap.

Macam tajuk kat atas ni saya rasa semua orang dah boleh agak kan, dan macam yang dah viral baru baru ni ada sorang budak dari orang Rohingya ni mintak duit dekat jalan raya,

Pastu ada lagi sorang makcik dari orang Rohingya jugak mintak duit dekat depan rumah, dan sebenarnya kadang kadang saya tertanya tanya jugak orang Rohingya yang ada kad UNCHR ni memang kebal undang-undang ka?

Orang Rohingya yang ada kad UNCHR ni memang tak boleh dikenakan tindakan undang-undang ka kalau mereka ada buat salah?

Soalan – soalan macam ni la yang saya terfikir kadang kadang, ye la tak kan la sampai kita dah kena pijak kepala dengan depa ni pon orang kita kena beralah jugak kan.

Lepastu saya ada la cari tentang kad UNCHR ni, dan masa tengah cari tu saya ternampak ada satu web ni – UNCHR The UN Refugee Agency | Malaysia. Link ni nanti saya akan letak bila nak dekat habis cerita.

Macam yang saya tulis tadi saya tertanya tanya pasal kad UNCHR ni kan, macam yang kita selalu tengok dan boleh kata memang keraplah orang Rohingya ni walaupun depa dah buat masalah pon macam tak dak apa-apa tindakan, macam kad UNCHR ni memang kebal undang-undang,

Tapi sebenarnya kan yang selama ni kita ingat or depa anggap kad UNCHR ni kebal undang-undang tu cumalah SATU MITOS, tu bukan salah satu fakta kad UNCHR,

Dan tadi pon saya dah tulis yang saya ada ternampak satu web UNCHR ni dan bila saya bukak web tu ada la dia punya fakta-fakta kad UNCHR ni. Jadi kat sini sya akan copy balik fakta tu.

MANA FAKTA, MANA MITOS:

10 Perkara Tentang Isu Pelarian di Malaysia.

Fakta 1: Orang pelarian dan PATI adalah berbeza.

Orang pelarian tidak mempunyai pilihan selain lari dari negara asal akibat peperangan dan pencabulan hak asasi manusia. Mereka tidak boleh pulang secara selamat. Mandat UNHCR adalah untuk melindungi mereka.

PATI adalah seseorang yang tidak mendapat kebenaran untuk masuk atau kekal dalam sesebuah negara. Ini termasuk mereka yang diperdagangkan, atau yang mendapat janji palsu untuk bekerja, atau pelajar yang visanya telah tamat.

Kerap kali, seorang migran menjadi PATI bukan atas kesalahannya sendiri. Migran tetap mendapat perlindungan daripada kerajaan negara mereka. Nyawa serta kebebasan mereka tidak terancam jika diusir pulang.

Fakta 2: Kedatangan baru pemohon sejak tahun ke tahun berkurangan secara ketara sejak tahun 2003.

Menurut data orang pelarian, jumlah keseluruhan kedatangan baru ke Malaysia telah menurun dengan ketara sejak tahun 2003 hingga sekarang.

Pada tahun 2013, jumlah kedatangan baru mencatat pada angka 28,434 pemohon yang baru datang. Tetapi, angka tahunan selepas itu terus menurun.

Statistik UNHCR juga tidak menunjukkan jumlah kedatangan baru ke negara. Statistik kami menunjukkan berapa ramai orang yang UNHCR mampu daftar, bukan berapa ramai orang yang baru datang ke Malaysia.

Pada akhir Januari 2021, terdapat lebih kurang 178,701 orang pelarian dan pemohon mendaftar dengan UNHCR di Malaysia. Ini termasuk mereka yang berada di Malaysia berdekatan lamanya.

UNHCR berkongsi data statistik ini dengan Kementerian dan Agensi kerajaan setiap bulan.

Fakta 3: Kad UNHCR mengesahkan seseorang itu perlukan perlindungan antarabangsa.

Dokumentasi UNHCR adalah untuk satu tujuan sahaja, mengiktiraf status orang pelarian dan pemohon yang memerlukan perlindungan antarabangsa.

Dokumen UNHCR membantu melindungi orang-orang pelarian dan pemohon untuk diusir ke negara asal di mana kebebasan atau nyawa mereka mungkin terancam. Ini dikenali sebagai prinsip non-refoulement dalam undang-undang adat antarabangsa.

Setiap negara terikat kepada undang-undang adat antarabangsa tanpa mengira samada ia menandatangani Konvensyen 1951 Berkaitan Status Orang Pelarian, atau tidak.

Kad UNHCR bukan lesen memandu, dokumen undang-undang, dokumen perjalanan, atau permit penetapan. Ia tidak memberi perlindungannya daripada tindakan undang-undang.

Fakta 4: Orang Pelarian tertakluk kepada undang-undang negara.

Pemegang kad UNHCR tidak terkecuali daripada undang-undang. Orang pelarian harus mematuhi undang-undang negara tuan rumah.

Walau bagaimanapun, mereka tidak akan kehilangan kad pelarian secara automatik jika mereka melakukan jenayah.

Terdapat sebab-sebab tertentu yang menyebabkan seseorang itu terkecuali daripada perlindungan antarabangsa, seperti jika dia melalukan jenayah yang melanggar keamanan, jenayah peperangan, jenayah terhadap kemanusiaan, atau lain-lain sebab yang serius.

Tetapi jika mereka melakukan jenayah tidak serius, dan telah didapati bersalah melalui prosiding undang-undang, maka orang pelarian itu dijangka menjalani proses undang-undang, seperti mana-mana orang lain yang tinggal di negara itu.

Fakta 5: UNHCR berusaha menghalang pengusiran orang pelarian, bukan PATI

Setiap negara mempunyai hak berdaulat untuk mengendalikan isu PATI di wilayahnya, termasuk mengusir mereka yang menyalahi undang-undang imigresen.

Tetapi di bawah undang-undang adat antarabangsa, setiap negara mempunyai tanggungjawab untuk tidak memaksa pulang orang pelarian ke situasi di mana nyawa atau kebebasannya terancam – tanpa mengira samada negara itu adalah pihak kepada Konvensyen 1951 Berkaitan Orang Pelarian atau tidak.

UNHCR memohon akses kepada pusat tahanan imigresen agar kami dapat meminta orang pelarian daripada PATI.

Sebaiknya kami mengenal pasti siapa yang memerlukan perlindungan antarabangsa dan tidak boleh diusir pulang,

Pihak berkuasa boleh meneruskan tugas-tugas rasmi imigresen sambil yakin bahawa Malaysia tetap menegakkan prinsip antarabangsa hak asasi manusia berkaitan orang pelarian dan pemohon kuasa.

Fakta 6: Penempatan semula ke negara ketiga menurun pada tahun 2020 kerana COVID-19

Pada tahun 2020, penurunan ketara dalam bilangan orang pelarian yang memulakan penempatan semula ke negara ketiga ( penempatan semula ) sebahagian besarnya adalah kerana, di seluruh dunia, perjalanan antarabangsa terhenti akibat pandemik COVID-19.

Dalam hal ini juga, penting difahami bahawa penempatan semula bergantung kepada jumlah tempat yang diberi oleh negara ketiga.

Keutamaan diberikan kepada orang pelarian yang paling sewa dan mereka yang memerlukan perlindungan dengan segera. Kurang daripada 5% daripada orang pelarian seluruh dunia akan mendapat tempat di negara ketiga.

Dari tahun 2008 – Jun 2020, lebih daripada 88,500 orang pelarian, termasuk pelarian Rohingya, mendapat penempatan semula ke negara ketiga.

Fakta 7: Kerajaan Malaysia mempunyai tanggungjawab melindungi orang pelarian. Begitu juga kita semua.

Perlindungan buat orang pelarian adalah tanggungjawab bersama. Tanggungjawab utama terletak pada sesebuah kerajaan untuk melindungi hak semua orang di wilayahnya, termasuk orang pelarian – walaupun negara itu bukan pihak kepada Konvensyen 1951 Berkaitan Orang Pelarian.

Dalam usaha ini, kerajaan tersebut disokong oleh komuniti antarabangsa, masyarakat sivil, pihak swasta, dan komuniti orang pelarian.

Perkongsian tanggungjawab ini termasuk dalam membantu orang pelajar mendapat akses kepada kesihatan, mendapat kemahiran dan pendidikan, dan berdikari, serta membantu dalam keperluan kebajikan mereka yang paling sewa.

Fakta 8: UNHCR menyokong usaha Kerajaan dalam melindungi dan membantu orang pelarian

Fungsi utama UNHCR ialah untuk melindungi hak dan kesejahteraan orang yang diselaraskan secara paksa. Kami tidak melakukan tugas ini secara bersendirian.

Di mana sahaja kami berada di dunia, UNHCR menyokong kerajaan dan bekerjasama dengan rakan kerja dan komuniti untuk memastikan semua orang mendapat hak memohon dan mencari perlindungan di negara lain.

Di Malaysia, selama empat belas dekad, UNHCR telah menyokong kerajaan Malaysia dalam menangani cabaran kompleks berkaitan perlindungan orang pelarian. Ini dilakukan menerusi pembabitan dengan pelbagai kementerian dan agensi dalam beberapa isu.

Satu contoh adalah dalam Jawatankuasa Bersama di mana pihak kerajaan dan UNHCR mengkaji rangka kerja untuk menangani isu orang pelarian, termasuk bagaimana boleh terlibat dalam pemberian dokumen pelarian.

Satu lagi contoh baik tentang kerjasama adalah dalam isu kesihatan, di mana UNHCR dan kerajaan Malaysia bekerjasama untuk menyokong respons negara terhadap COVID-19 dalam menghalang jangkitan di kalangan komuniti.

Ketika Malaysia memulakan program imunisasi, UNHCR bersedia untuk terus memberi sokongan apabila melibatkan orang pelarian dan pemohon sokongan.

Komited UNHCR sepenuhnya terhadap kerjasama berterusan dengan Kerajaan dalam mencari penyelesaian yang lebih baik untuk melindungi orang pelajar, dan pada masa yang sama, mengimbangi isu-isu nasional yang berkepentingan.

Dalam hal ini, kami meneruskan dialog yang membina dengan Kerajaan Malaysia.

Fakta 9: Orang pelarian mahu pulang apabila selamat

Perlindungan untuk orang pelarian tidak bermaksud orang pelarian kekal di sini selamanya. Seseorang itu tidak lagi dianggap sebagai pelarian bila tidak wujud lagi keadaan yang menyebabkan dia menjadi orang pelarian.

Bagi kebanyakan orang pelarian, ini berlaku apabila mereka boleh pulang apabila keadaan selamat. Tetapi, jadi itu, mereka tidak ada pilihan selain kekal secara sementara di negara sukan.

Memberi perlindungan untuk orang pelarian tidak memberi mereka tanah atau rumah atau sedekah. Dalam pengalaman UNHCR, apabila orang pelarian diperkasakan agar berdikari, mereka menjaga diri sendiri dan menyumbang kepada komuniti tempatan.

Perlindungan buat orang pelarian bermaksud memberi ruang kepada pihak swasta, NGO, masyarakat sivil, organisasi antarabangsa dan komuniti orang pelarian dapat bekerjasama membantu orang pelarian mendapat akses kepada kesihatan, pendidikan, dan kemahiran agar mereka tidak memberi beban kepada sesiapa.

Perlindungan bermakna memberi ruang kepada orang ramai untuk hidup selamat dan bermaruah sehingga penyelesaian jangka masa panjang diketahui pasti bagi mereka.

Fakta 10: UNHCR tidak mengeluarkan lesen memandu.

Terdapat laporan akhbar melaporkan tentang lesen memandu buat orang pelarian yang didakwa dikeluarkan oleh UNHCR, Agensi Pelarian PBB.

Dokumen itu adalah palsu. Perwakilan UNHCR di Malaysia tidak mengeluarkan lesen memandu.

Kami ingin menegaskan bahawa UNHCR hanya mengeluarkan kad identiti orang pelarian dalam negara, yang mengesahkan bahawa pemegang kad adalah orang yang memerlukan perlindungan antarabangsa dan tidak boleh dihantar secara paksa ke negara atau keadaan di mana nyawa atau kebebasannya terancam.

Kad kami tidak memberi hak kepada pemegangnya untuk memandu kenderaan dalam negara.

Jadi ni la dia semua fakta-fakta kad UNCHR yang ada dalam web UNCHR The UN Refugee Agency | Malaysia dan dekat sini tak ada pon tertulis yang orang Rohingya yang ada kad UNCHR ni tak boleh dikenakan tindakan undang-undang atau kad UNCHR ni memang kebal undang-undang.

Tak ada. Tapi dekat sini ada tulis yang kad UNCHR ni tidak memberi perlindungannya daripada tindakan undang-undang dengan pemegang kad UNHCR tidak terkecuali daripada undang-undang,

Orang pelarian harus mematuhi undang-undang negara tuan rumah (tapi saya rasa sekarang ni depa memang dah tak patuh undang-undang dekat Malaysia/tuan rumah).

Ouh saya hampir terlupa ada lagi satu web yang dia ceritakan sejarah Rohingya ni, dengan dekat situ pon ada bagitau orang Rohingya ni sebenarnya asal dari mana? Mereka ni keturunan apa?

Apa yang depa buat dekat penduduk Rakhine dengan Myanmar sampai depa jadi pelarian. Yang ni pon saya akan bagi link, kalau nak tulis semua dekat sini memang panjang la confession ni, silap silap pembaca pon skip baca.

Jadi itu je lah confession saya. Ouh, sat, lagi satu haha last last, sebelum ni pon ada viral yang penguat kuasa tangkap sorang budak Rohingya yang mintak duit dekat jalan raya tu lepas viral kan, hope boleh dijadikan pengajaran.

Sebab orang Rohingya ni kena tau batas batas depa dekat negara orang/tuan rumah dan orang kita kena bagi depa ingat walaupun negara kita kecik negara kita tetap ada undang-undang dengan negara kita ni bukannya negara yang bagi hak kebebasan sampai nak buat salah pon boleh. Tak itu bukan Malaysia.

– Cahaya (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *