Kawen ?
Siapa kat sini yang nak kawen, tapi tak kawen2? Angkat tangan dan jom sepppp..kita genggggg ^_^
…….
Boringkan bila orang asyik tanya "eh,bila nak kawen? aku nie dah nak bercucu,ko dok membujang lagi." Tahu tak? Jodoh tu di tangan Allah. Jodoh tu milik Allah. Allah tahu saat yang tepat untuk temukan kita dengan si dia yang gantang/jelita. Mungkin Allah tahu, kalau Allah bagi kita kawen sekarang..rumahtangga kita akan tunggang langgang. Rumah pulak umpama dilanda tsunami. Kerja kita pulak membongkang. Jadi,mestilah Allah nak kita kawen dalam keadaan kita dah betui2 bersedia. Kita jadi pasangan yg soleh/solehah.mak bapak yang boleh ajak anak kejar akhirat. Kan sweet gitu? Perancangan Allah tu cantik sangat. Dia dah atur semua benda baik2.
………………….
Jadi,kita sangka baik sama Allah ea? Biarkan je orang nak mengata kita si bujang terlajak ke apa. Dorang tak taw betapa manisnya hidup membujang.Sekurang-kurangnya kita dapat berbakti pada mak ayah. Macam aku. Aku tak kawen lagi sebab Allah nak aku jaga mak aku. Dulu,mak aku tak boleh jalan. So,doktor decide nak operation mak aku walaupun masa tu peluang untuk mak aku berjalan cuma 50-50. Sedih beb. Sebab sebenarnya kemungkinan aku akan kehilangan mak aku. Apa penyakit mak aku? Biarlah rahsiaaaaa…Time tu,24jam aku duduk disisi mak aku.Aku tak lepaskan mak aku pada orang lain. Berkampung kat hospital dah jadi job baru aku.Alhamdulillah Allah tu sangat dan teramat penyayang.Allah tahu,aku terlalu sayangkan mak aku. Operation berjaya. And now,mak aku dah boleh berjalan.Sampai tak terkejar aku. Baikkan Allah? Dia tak bagi aku kawen lagi sebab ada lagi orang yang lebih memerlukan aku. Bila mak aku sakit, aku sedar mak adalah segalanya bagi aku. Jadi korang,buatlah baik kat mak ayah banyak2 k? Sampai masanya nanti, mereka akan tinggalkan kita. Mak aku baru sakit pun,aku dah macam nak putus nyawa.Tak boleh bayang kalau mak aku takde~ Ok,panjang dah aku melalut..
…………….
So,so apa pointnya aku menulis kat sini? Husnudzon dengan Allah. Husnudzon tu apa? Sangka baik dengan Allah. Percaya saja, satu hari nanti kita akan temui Mr.Right kita. Tak kawen nie,enjoylaa puas2 dulu.Pi bercuti mana2.Pi main tanah dulu ke. Sebab esok kalau dah kawen,kita akan sibuk kelek anak.Sibuk memikul amanah Allah..Ahaaaa,time tak kawen lagi nie..Pi laa tuntut ilmu Allah banyak2.Lepak kat masjid ke..Belajar tajwid ke..Bacaan quran kita nie pun banyak yang tunggang terbalik lagi. Tak percaya? cuba korang compare bacaan korang dengan bacaan syeikh mana2..Sebab aku pun samaaaaa..jahil yang teramat sangat.
……….
So,so,so..grablaa peluang waktu tengah membujang nie dengan buat sesuatu yang bermanfaat.Banyak lagi sebenarnya amanah Allah yang kita belum tunaikan.Hak dengan manusia pun banyak lagi yang kita tak buat lagi.Perbaiki diri jadi si soleh/solehah.InsyaAllah,Allah mesti akan hantarkan si dia yang super duper baik untuk kita.Banyakkan solat hajat,solat istikharah untuk minta jodoh yang baik. Selain tu jugak, boleh amalkan surah yusuf ayat 4,surah taha ayat 39,surah yassin ayat 36,surah al-imran ayat 31 & 38, surah al anbiya ayat 89,surah al-furqan ayat 74, surah al qasas ayat 24…kutip,kutip cepat.Simpan dalam diari korang.Amalkan setiap kali lepas solat..doa bebanyak kat Allah nak jodoh yang soleh,yang boleh pimpin kita ke syurga Allah,yang boleh tegur kita tentang aurat kita,tentang akhlak kita.Pilihlah jodoh yang paling baik agamanya.Biarlaaa dia tak hensem pun,janji agama dia hensem.Bilal bin Rabah pun berkulit hitam,tapi bunyi tapak kakinya kedengaran di syurga.syokkan?
……………….
Akhir kalam,jom sama2 jadi baik kerana Allah.Jangan tension2 bab jodoh nie.Fikir yang baik2,dan pastinya yang baik2 akan datang dalam hidup kita.yihaaaaaa…
– -Belom kawen-
Kongsi luahan anda disini –> https://iiumc.com/share-your-stories/