Assalamualaikum. Moga semua yang membaca sihat walafiat.
Manusia hari ni memang sangat menjaga kecantikan. Lebih2 kecantikan luaran. Sibuk nak muka nampak cantik, nak pakaian nampak cantik. Tak salah nak nampak cantik sebab itu satu fitrah. Allah pun suka cantik. Tapi berapa ramai orang cantik yang aku jumpa kat luar sana, tapi hakikatnya pengotor. Bab kebersihan failed! Bukankah kebersihan itu juga merupakan kecantikan? Sebagai contoh, kat luar rumah cantik, pakaian pun cantik, tapi dalam rumah, hurmmmm hanya Allah sahaja yang tahun. Jenis lepas makan tak reti basuh pinggan, yang lepas makan letak pinggan bawah katil, yang lepas masak tak reti basuh biar je pinggan tu sampai lipas berkerumun, yang jenis lepas keluar tandas tak reti nak 'flash'. Mengapa Allah suruh kita jaga kebersihan? Kalau kita tak jaga kebersihan, maka kita lah yang cari penyakit. Apa kaitan bersih dengan sakit? Sebagai contoh, kalau kita tak bersihkan kawasan rumah kita yang dipenuhi sampah sarap, air bertakung sana sini, maka nyamuk akan membiak ditempat tempat tersebut. Dan apa yang akan terjadi? Maka ahli rumah kita boleh menghidap denggi disebabkan tidak menjaga kebersihan rumah. Yang mana kalau kita tahu denggi boleh membawa kepada kematian. Nampak tak kesannya? Nampak tak apa hikmah Allah suruh kita menjaga kebersihan? Apa guna muka sahaja lawa, pakaian sahaja cantik, tapi kita berpenyakit? Bukankah mencegah lebih baik daripada merawat?
Tolonglah, hanya Allah sahaja yang tahu betapa penatnya berhadapan orang yang sibuk menjaga kecantikan tapi mengabaikan kebersihan. Jagalah kebersihan. Jagalah diri kita. Sayangi diri kita.
Dan satu lagi nak pesan, nak pilih pasangan jangan tengok yang lawa/handsome je, muka putih melepak, badan langsing/sado je. Kenali pasangan yang bakal kita nak jadikan suri hidup kita betul betul. Memang fitrah manusia nak yang cantik/handsome, tapi dalam masa yang sama, kenali mereka betul betul. Takut muka je cantik/handsome, tapi kebersihan tak reti nak jaga, bengang juga rasa.
Hamba Allah,
Maaf kalau tulisan macam apa. Tapi saya harap point saya sampai kepada pembaca.
– Hamba Allah
Hantarkan ‘confession’ anda melalui ‘form’ yang disediakan ->