Keep the proposal part to you

Dah lama juga saya perhatikan sister seorang ni, dok post pasal kena risik oleh dari pihak lelaki dari pelbagai background utk dijadikan isteri. Tapi sis tolak pinangan tersebut dan menulis status di fb.

Apakah niat sebenar anda? adakah untuk memalukan pihak ditolak itu? Simpan sahajalah rahsia itu antara family anda sahaja, tidak perlu sehingga kawan2 fb tahu.

Sis, post anda menunjukkan diri anda. Jgnlah sehingga orang judge sis ini itu kemudian sis marah. Tapi hakikatnya, sis sendiri menunjukkan kelemahan sis. Jangan marah yer sis kalau orang bercakap cakap sedangkan sis yg menyalakan topiknya dahulu.

Saya harap sis selepas ini tidak lagi menghebahkan ttg penolakan peminangan sis. Harap sis dapat jumpa lelaki yg sis ingini di masa hadapan. Juga nasihat utk sisters yg bakal dipinang atau telah dipinang, janganlah memberitahu segalanya di sosial media.

– sangperahsia

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *