Kehidupan Bersama Toxic Family II

Untuk part I, (https://iiumc.com/kehidupan-bersama-toxic-family/).

Assalamualaikum semua. Disini aku sertakan pengalaman aku mengambil cuti tanpa gaji dengan menjaga ibuku.. Aku A berumur 27 tahun dan aku sudah pun berkahwin. Maafkan A sebab tidak pandai menulis.

Mungkin ada yang tertanya tanya mengapa aku tak bawa ibu dan adik perempuan aku keluar dari rumah family aku dan aku menjaga mereka sendiri? mari sini aku ceritakan.

Ceritanya bermula sejak aku ambil cuti tanpa gaji selama 3bulan. Seperti yang sedia maklum sepatutnya cuti aku 4 bulan tapi aku masuk kerja awal disebabkan ayah dan adik aku sendiri tidak menepati janji asal mereka untuk menanggung expenses aku setiap bulan.

Bukan itu sahaja, sewaktu aku dirumah aku merawat ibu aku, menjaga ibu aku dan memberikan semangat untuknya kerana dari awal lagi ibuku sudah bedridden.

Hari demi hari aku melakukan benda yang sama tapi aku juga kerap menerima kritikan dan memandang rendah dari ayahku dan adik aku yang ke 2.

Aku cuba untuk bersabar dan bersabar. Tetapi pada satu malam, aku merasakan diri aku tidak berguna disebabkan terlampau memikirkan apa yang ayah aku katakan.

Sampaikan aku mengambil pisau di dapur rumah aku sendiri dan ingin hiris tangan aku. Dan pada malam itu jugalah bermulanya aku menangis tiap2 malam disebabkan aku memendam rasa.

Aku tahu mungkin aku depresi sebab stay dgn org yang toxic. Tapi aku bernasib baik pada waktu itu orang yang menenangkan aku adalah tunang aku.

Disebabkan aku terlampau memendam rasa, one day aku jadi hilang sabar dan disebabkan itu juga aku hampir bertumbuk dengan ayahku.

Isunya adalah kali ni aku bercakap dengan lebih tegas pada ayah aku untuk membawa ibu aku ke hospital. Tapi katanya “dia adalah isteri aku, So suka hati aku la nak buat macam mana pun”.

Kali ni aku bentak dan tinggikan suara terhadap ayah aku dan adik perempuan aku turut sokong aku untuk membawa ibu aku ke hospital.

Tapi kali ni adik perempuan aku dimarahi dengan nada yang tinggi didepan ibu aku. Aku pon membalas semula pada ayah aku dan mengatakan “mengapa kau nak tinggi suara dihadapan ibu aku, Jangan ingat baran kau sahaja. Aku pon ada baran jugak!”.

Disebabkan hal ni ayah aku menggenggam tangan ya seolah olah nak menumbuk aku. Tetapi aku bercakap padanya “kenapa?nak tumbuk ke tumbuk lah. Sampaikan mak aku sendiri terlantar itu yang leraikan pergaduhan mulut aku dan ayah aku”

Maafkan aku wahai pembaca2 sekalian kerana sebelum ini aku tidak tulus menceritakan masalah keluarga aku kerana aku merasakan tidak sepatutnya kalian mengetahui cerita yang sebenar,

Bahawasanya ayah aku adalah seorang yang panas baran, degil dan suka menghempas barang jika marah.

Even sampai ke harini perangainya tetap sama sampaikan banyak kali membuat ibu aku menangis. Aku bukan takut atau tidak berdaya tapi aku sudah berkali kali melawan cakap ayah aku sampai tahap bergaduh mulut yang tiada hentinya.

One fine day, aku dah sampai tahap tidak berdaya lagi dengan adik aku ke 2 yang keep on berkata “aku tak pernah nampak kau jaga mak selama aku ada kat rumah ni”.

Walhal selama ni dia lah tak pernah menjaga dan merawat ibu aku. sejak dia berkata seperti itu, aku selalu meninggi suara dan berkeras padanya kerana aku rasa dia betul2 melampaui batas.

Baru2 ni pernah sekali dia bercakap pada aku yang aku dgn dia kena tanggung ayah aku kerana ayah aku sudah nak pencen.

Dan aku pon berkata “kenapa aku kena tanggung?dia ada kwsp, incentive selepas pencen”. Lalu adik aku pon meninggikan suara pada aku. Dan aku bergaduh dengannya sampai tahap aku nak baling besi dumbel dekat mukanya.

Tapi aku tetap tahan dan ayah aku menangkan adik aku yang ke 2 dengan dia ws aku cakap yang aku kena mengalah padanya. Tapi aku tak balas sebab aku rasa dia betul2 kurang ajar.

Dan lupa untuk aku bercerita disini yang aku sebenarnya ada anxiety problem. Disebabkan hal ini aku jadi suka menyendiri pada waktu malam(duduk seorang diri dalam bilik) kerana bagi aku tidak ada siapa yang paham keadaan aku.

Dengan keadaan rumah aku yang sangatlah kotor, peti ais sampai kehitam hitaman, dan dapur sampai berkerak membuatkan aku kemas hari2 bagi membuat ibu aku selesa dalam jagaanku. Walaupun aku berpeluh peluh hari2, aku tetap puas melihat senyum dari ibuku.

Tetapi sebelum aku membuat keputusan untuk bekerja semula, aku sering kali mendapat tentangan dari ayahku yang mengatakan “kau jaga lah mak kau kat rumah, ada lagi sebulan kan sebab kau dah berjanji”.

Lalu aku pun membalas, “ayah pun mungkir janji nak membayar hutang2 A, so macam mana nak saya tepati janji”. Aku bukanlah seorang anak yang berkira terhadap family aku, tapi sejak azali lagi, ayahku memang seorang yang kedekut.

Sejak awal aku bercuti lagi, aku sacrifice simpanan kawin aku untuk membayar hutang2 aku sendiri selama 2 bulan. Hanya 1 bulan yang aku meminta untuknya bayar.

Tetapi seperti sangkaan aku, ayahku bising mengatakan “Kenapa kau tak membuat moratarium?”. Tapi aku malas untuk melayan pertanyaan ayahku.

Bukan itu sahaja, even aku nak menikah pun, ayahku turut bising “mengapa kau nk berkahwin?kalau kau dah kawin kau takkan jaga mak kau!”. Dan aku pun membalas ” A menikah sebab A rasa sudah sampai masanya untuk A menikah.

Dan A berjanji untuk jaga mak if A dah kawin nanti. ” Dan sampai selepas hari perkahwinan sekalipun aku tetap menjaga ibuku. Dan alhamdulillah ibu aku merestui perkahwinan aku. Tapi lain pula bagi ayahku, dia tidak suka aku berkahwin.

Kehidupan selepas berkahwin adalah amat berbeza. Aku dahulukan mana yang patut diutamakan.

Tapi tanggungjawab aku untuk balik menjaga ibu aku turut aku laksanakan, tapi aku balik kali ni jarang sedikit disebabkan kekangan kerja yang memaksa aku untuk bekerja.

Disebabkan hal ini juga la ayah aku sering memarahi aku dan berkata”Kau bodoh jadi kuli si India tu buat apa?, Kenapa kau kerja kontrak lagi? bila nak permanent?”.

Itu saja kata2 ayahku dari awal perkahwinan aku sampai lah kehari ni. Adakala aku diam, adakala aku bercakap yang aku dah permanent untuk menutup mulutnya.

Walhal aku still lg kontrak. Dan seperti biasa adik aku yang ke-2 ulang benda yang sama lagi ‘Gaji kau RM2k ke RM3k saja ke?”.

Aku pon bercakap gaji “aku dah rm6k la”disebabkan aku menyirap sangat dengan pertanyaan adik aku yang ke-2 tu. Setiap kali aku balik, setiap kali tu jugak la dia tanya soalan yang sama.

Tapi, satu benda yang isteri aku perasan, setiap kali aku balik dari rumah family aku, aku jadi cepat terasa, cepat marah tak tentu hala, dan serabut.

Dan isteri aku suruh aku pekakkab telinga untuk menjawab soalan dari ayah aku dan adik aku ke-2.

Tapi, disebabkan aku terlampau memikirkan sangat, benda ni effect kerja aku, hubungan aku dan isteri aku. Tambahan pula hal pergaduhan aku dan adik aku yang ke-2 sampaikan aku nk baling dumbel tu, aku dah malas nak balik.

Bukan aku tak rindukan mak aku, aku rindu. Cuma aku rasa sakit sangat kepala aku bila aku balik rumah tu. Dan sampai ke hari ni ayah aku still menangkan dan tak membetulkan adik ke-2 aku tu.

So, aku tak ada pilihan lain sebab aku pon dah block adik ke-2 aku, adik ke-3 aku, dan dah left group family sebab masing2 asyik mencarut, menghina aku.

So disebabkan ini aku malas nak balik menghadap tekanan dari family aku sendiri. Aku hanya mampu berdoa pada yang Allah supaya ibuku sentiasa sihat dan dalam lindungan dan rahmat aku.

Tapi duit tiap2 bulan turut aku kirimkan duit pada ayahku rm200-300. Even kena perkataan bodoh disebabkan aku bagi amount duit yang sedikit aku tak peduli. Sbb itu sahaja yang aku mampu.

Mohon pembaca dapat memberikan solusi terbaik buat saya.

– Mr. A (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *