An4k Tak Kenang Budi II

Untuk part I, (https://iiumc.com/an4k-tak-kenang-budi/).

Hi semua. Aku nak ucapkan terima kasih atas komen kamu semua. Kamu mungkin beranggapan sekadar komentar biasa, tapi bagi aku ia satu semangat. Terima kasih semua.

Ada yang komen kenapa cerita tak lengkap? Disini aku mengumpul semangat untuk imbas kembali dan moga takkan ada airmata lagi semasa aku menaip. Mari aku ceritakan kisah hidup aku.

Setelah aku berhenti belajar, aku masih menumpang di rumah mak. Sepanjang masa itu, aku bekerja seperti biasa. Semua duit gaji aku walaupun tak seberapa, aku bagi pada mak.

Yang ada dekat aku cukup sekadar tambang bas. Masa tu aku takda telefon lagi, jadi kuranglah belanja.

Aku tak pernah nak gunakan duit gaji aku untuk belanja diri sendiri. Naif sungguh aku masa tu. Aku ikutkan semua kehendak mak. Sampailah satu hari…

Hari tu aku terima seorang tetamu, mak kata dia adik abah aku. Aku pelik. Kenapa muka tak sama macam abah? Kenapa dia tak bercakap dengan loghat negeri abah?

Nama dia juga tiada gelaran macam abah? Ya aku akui aku tak rapat dengan abah tapi 1 benda yang aku pasti lelaki itu bukan adik abah. Dia orang luar.

Disebabkan abang aku dan adik lelaki aku mengabaikan pertanyaan aku, aku bertindak sebagai pelindung adik aku yang kecil, aku cari tahu siapa lelaki tu. Aku paksa adik aku tanya nama dia, aku buka Facebook mak aku.

Oh ya Facebook ni aku berjaya pecahkan kata laluan nya.

Tahu apa yang aku jumpa? Lelaki tu berbini, beranak 3 dan paling penting dia bukan adik abah. Aku buka mesej fb, wah kemain ya kau merayu mak!

Paling aku sakit duit aku mak bagi dekat jantan keparat tu. Depan muka aku seolah-olah tak bersalah. Patutlah mak bagi dia tidur di rumah rupanya anak ikan mak.

Masa tu, demi Tuhan hati aku dah hancur. Aku tak faham kenapa mak macam ni? Nak salahkan abah? Kenapa tak selesaikan saja masalah mereka? Berpisah lah.

Kenapa nak bela anak ikan? Hidup pun tak cukup makan, sanggup bela suami orang lain..

Korang boleh faham tak perasaan budak 17 tahun masa tu? Aku takda siapa dah.

Aku keluar dari rumah, sebelum aku keluar aku maki jantan sial tu, aku bertumbuk dengan mak. Dapatlah parut bawah mata aku, kekal sehingga hari ini.

Aku rasa berdosa dalam masa sama jijik dengan mak aku. Mak aku tak duduk diam, kebetulan pakcik aku balik, dia buat fitnah ke atas aku.

Dia tak bercerita kenapa aku mengamuk, dia cuma cerita aku pukul dia.

Jadi petang hari tu, aku di heret berjumpa dengan pakcik aku. Aku menangis sebab terlalu banyak benda aku pendamkan.

Pakcik aku tak bertanya apa, terus tumbuk aku di perut. Lepas dia rimbuk, baru dia tanya. Komando style kot.. Aku cerita semua. Tergamam orang tua tu, tok aku yang batu api pun terdiam.

Aku keluar dan sewa di luar. Hiduplah seperti tiada batas. Tak solat, tak puasa dan waktu inilah aku hancurkan hidup aku dengan bergaul dengan lelaki.

Jangan tiru macam aku, semua ini kesilapan yang takkan mampu dipadamkan.

20 tahun, aku disahkan mengandung. Sekali lagi bergegar hidup aku. Bertambah kacau aku tak tahu macam mana dan apa patut aku buat.

Aku tiada tempat bergantung. Lelaki yang bertanggungjawab, macam biasa hilang. Akhir yang aku dapat tahu, dia baru berkahwin.

Itu antara kisah yang aku tak tulis sebab nak ingat memori lama tu sangat lah sakit.

Aku baru teringat, kenapa mak kata aku perut hijau berdengki dengan adik-adik..

Aku ada adik lelaki yang terpaksa diserahkan pada orang sebab masatu mak dah lahirkan anak ke 4, tetapi anak nombor 2 dan 3 takda surat beranak.

Macam biasa abah aku tak buat sebab kalau tak silap aku, abah dan mak tak daftar nikah di negara. Dan mak aku bini nombor 2.

Faham sendiri lah dulu macam mana undang-undang. Ini jugak sebab mak aku tak uruskan penceraian mereka sebab banyak duit nak kena keluar.

Bila makcik yang nak ambil adik aku tu tanya kepada aku, “Bagi tak makcik ambik adik?” Aku balas bagi.

Mungkin itulah sebenarnya punca dendam mak dengan aku. Kenapa nak bagi kalau tak nak? Kalau benci aku, kenapa tak serahkan aku saja?

Kita berbalik pada masa sekarang. Aku berkerja dan aku tinggalkan anak aku dalam jagaan mak.

Pada mula berkerja aku janji akan bagi duit bulan, dan minta mak masukkan anak aku ke sekolah. Tahu tak apa jadi?

Mak aku kata anak aku taknak sekolah. Dan dia letakkan anak aku di rumah adik perempuan aku.

Aku selalu video call anak aku, aku nampak dia ikut makcik dia berkerja. Tengah panas. Aku tanya adik aku, kenapa ambil anak aku, rupanya kalau tak ambil siapa nak jaga..

Duit aku bagi tu siapa pegang? Mak. Dia bagi tak kat anak aku belanja? Tak. Duit tu dia dan adik aku yang lain guna. Tiap hari makan luar.

Anak aku demam sakit baru dia keluarkan duit beli ubat. Aku masa tu nekad nak bagi duit dekat adik aku. Dapatlah dia gunakan untuk anak aku. Dia pun dah bersuami masih juga sanggup jaga anak aku.

Duit gaji aku boleh dikatakan 80 peratus aku hantar ke kampung, aku tidak menyimpan. Jadi bila nak mulakan hidup balik susah sangat.

Aku harap sangat kalau sesiapa yang ada peluang kerja yang sediakan tempat tinggal dan pengangkutan, tolonglah aku.

Yang komen tentang Giatmara tu, bukan aku taknak cuba, aku takda kenderaan. Aku nak keluar cari kerja di pekan pun mak aku kata aku pergi jumpa jantan.

Terima kasih sudi baca luahan aku.

– Rose (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *