Kehilangan dan Kehidupan

Assalamualaikum semua. Aku cuba nasib tulis kalau2 admin siarkan Alhamdulillah. Aku buntu, aku pelik dengan dunia sekarang. Sifat ikhsan dan hubungan sesama manusia kulihat semakin menipis senipis iman aku barangkali. Aku kehilangan anak beberapa bulan lepas. Maaf kalau bosan dengan isu ni, lately aku tengok ramai senasib dengan aku. Ye kematian dan kelahiran berlaku dikeliling kita. Tapi once terkena batang hidung sendiri aku taw macam mana rasanya.

Macam mimpi. Redha? Dah lama aku redha sejak aku tengok wildan aku berjuang. Aku bisik ditelinganya 3 4 hari sebelum dijemput bertemu yang esa, ‘pergilah sayang kalau dah tak larat berjuang, mama abah redha, tolong tunggu mama abah disana nanti, tapi kalau mampu lagi berjuang, mama abah tunggu biar berapa lama pun masa anyg awak perlukan’. Masa aku bisik ayat tu kat telinga arwah aku sendiri rasa nak mati sekali sebenarnya, tapi aku cuba juga cakap sebab aku tahu anak aku dengar. Astaghfirullah. Maafkan aku ya Allah. Maaf sebab aku pentingkan diri masih berdoa nak anak aku ikut aku balik macam ibu2 lain.

Selepas dia pergi, aku ok, suami ok, ni anak 1st kami dan aku perlu rest 2 tahun untuk pulihkan dalaman. Oh, parut diperut bukti aku juga pernah bergelar seorang mama. Bila sampai waktu tertentu aku tewas dalam rindu. Aku nangis. Aku doa dan zikir banyak2, ya Allah kuatkan aku terus. Kadang2 aku jalan2 macam biasa kat luar, aku leka tengok keliling, aku lupa aku juga pernah bergelar seorang mama. Aku usik perut aku, aku jadi rindu sangat. Aku kagum dengan kuasa Allah. Dia maha mengetahui. Dia maha berkuasa. Dia bagi aku peluang jadi seorang mama dan ada anak walaupun sekejap. Terima kasih Allah.

Tapi ada mulut yg pm aku semata2 nak cakap aku MERATAP dan sampai bila pun aku akan sedih kalau macam tu. Ade pm aku bagitahu aku kena REDHA. Ada pm aku siasat tanya kisah aku dari pregnent sampai arwah lahir. Ada pm aku tanya sintom2 aku masa pregnent sebab nak bandingkan kisah aku kot2 jadi kat adik/akak/kawan dia yg tengah pregnent. Takut katanya.

Tahukah kalian diam dan mendoakan tu lebih baik dari bertanya dan mengucapkan soalan2 bodoh? Aku terluka, terluka dengan soalan2 diorang. Juga ada yang wassap aku semata2 nak bagitahu dia dah pregnent. Motif? Bercerita tentang cincin dengan si kudung? Ianya menyakitkan. Bukan aku tak suka, aku suka dengar kawan aku pregnent, tapi the way u talk, tak pernah2 kau wassap aku tiba2 kau timbul semata2 nak cakap ko pregnent dan tanya aku macam mana aku rasa masa aku pregnentkn arwah dulu. Lepas melahirkan dah cukup aku berusaha tahan air mata dan kuatkan diri untuk ke klinik kesihatan (cek 100 hari) tanpa anak (dia di NICU dari lahir tapi stabil).

Kau tahu mcm mana rasa anak kau di NICU dan tak pernah balik walau sekali dan kau terpaksa duduk dalam klinik yang penuh ibu dan bayi? Rasa nak jerit, ‘aku nak anak aku!’ Lagi2 bila kena cakap anak di hospital bila nurse tanya ( itu tugas nurse ). Lepas arwah pergi aku unfollow semua kawan yang melahirkan anak sama2 masa dengan aku, maafkan aku kawan, aku terpaksa sebab aku sebak tengok. Aku tahan air mata bila keluar tengok ibu lain dengan anak2, barang2 baby, stroller. ALLAH. Aku lemah. Kalau bukan sebab Kau pegang hati aku dah lama aku tewas. Terima kasih Allah, masih jaga aku dan bagi aku bertahan.

Redha? Ye aku redha. Tapi jangan sangka bila redha aku tak boleh nangis, aku tak boleh kongsi cerita aku kat FB. Please, yang pergi ni ANAK AKU. Macam mana aku nak move on. Aku tak kan boleh move on sampai bila2. Sebab move on tu melupakan. Aku takkan boleh lupa arwah sampai aku mati. Biar lahir 20 anak pun aku takkan lupakan yang sulung ni. Please jangan tekan aku suruh aku move on, suruh aku lupakan, its not as easy as you think.

Aku hidup macam biasa, macam orang lain, aku mampu tersenyum, bergurau senda, makan macam orang lain. Buat macam2 aktiviti. Cuma bila nak tidur, bila nampak baby lain, bila orang tanya aku pasal anak aku,bila aku rindu, aku nangis. Aku tatap gambar anak aku. Hanya beberapa gambar dapat aku curi2 snap masa di NICU. Maaf ye akak nurse, terlanggar arahan. Tapi tu je la kenangan yang aku ada.

Aku takut fikirkan nak raya, terjumpa sepupu2 yg sama2 pregnent, Allah tolong kuatkan aku! Aku takut nak pergi mest appoiment kat klinik, aku kena jawab soalan mana anak aku, aku kena duduk dalam kelompok ibu2 dan baby diorang. The worse thing, aku pernah terfikir nak gali kubur anak kejap untuk peluk dan cium lagi lepas tu tutup semula. Tapi tu semua dalam kepala je lepas tu aku istighfar, yang hidup akan mati. Aku juga akan mati. Cuma berpisah didunia yg sementara.

Aku tengah cuba belajar penuhkan masa aku dengan mendekati agama lebih lagi. Zikir2, ayat2 pendek, yasin dan mengaji. Aku tenang. Tapi aku rindu. Tak ada 1 benda pun tak boleh aku kaitkan dan buat aku teringat kat wildan aku. Aku akan terus hidup dan berjuang untuk terus kuat. Doakan aku dan suami supaya dapat anak lagi 2 tahun. Bukan sebagai pengganti. Tapi peneman kami didunia pula. Doakan kami terus kuat. Kawan, jangan tanya atau cakap benda yg boleh lukakan kami, jangan cakap kami tak redha, jangan suruh kami move on, dia anak aku bukan ex aku yg boleh ku move on kan begitu saja, lain rasa hilang anak dengan hilang cinta. Kalau tak ada yg elok untuk diungkapkan baik kamu diam sahaja.

Sayang, mama selalu kalah bila rindu tu menjengah, mama selalu terfikir kalau lah kita macam orang lain. Alangkah bahagianya. Tapi mama tak boleh bayangkan macam mana hidup macam ibu lain sebab mama tak berpeluang nak bawak awak balik, mama mampu susukan awak 2x je. Mama mampu peluk awak kurang 5x je. Mama tak reti nak bayangkan macam mana nak hidup macam seorang ibu dengan anaknya 24jam berkepit masa dalam pantang. Allah, kuatkan hati kami. Temukan kami di sana nanti. Satukan kami ya Allah. Sayang, mama rindu awak sangat2.

# cuba dengar luahan hati seorang isteri mangsa mh370. Sebijik sama ape orang luah, cakap dan pesan kat dia, seolah2 benda ni semudah tu je nak lupakan.

– Mama

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *