kehilangan

Alhamdulillah aku syukur aku dah dpt kerja. Kawan aku ada masih mencari walau sethn grad. Namun, satu sahaja yang menyebabkan aku rasa tak seronok. Aku rasa something yg hilang.

Aku rasa solat aku pun cepat2 time kerja, ofismate bergosip sakan. Pemakaian pun dah terjaga. Terlalu sosial buat aku. Ramai chinese yg seksi. Tergugat keimanan ku jua walau aku perempuan. Kat tempat kerja xada seorg pun bertudung labuh, maksud aku yg boleh mengingatkan aku psl agama walau aku xbertudung labuh pun.

Kerja mmg okay. Bos ada kala scary tp boleh tolenrasi. Sungguh aku ada rasa sesuatu kehilangan. Aku rasa jauh dr tuhan walau aku solat. Bangun lagi terus pergi kerja, balik rumah dah mlm pukul 7 lebih. Dhuha dh xbuat, tahajjud ape tah lagi. Sebab penat. Solat pun dh x khusyuk, xdpt lama2 kat tikar sejadah. Sedih sgt bila gini. Nak buat macam mane ye?

– cik adik

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *