Kejayaan ? Cukupkah dengan usaha je ?

Assalamualaikum w.b.t . Mula-mula terbaca confession org lain. and then tiba tiba rasa macam berminat pulak nak share something . Yelah,diri ni tak ada apa nak bagi . Bagi sedikit maklumat pun okay lah dari tak ada langsung kann .

Nak mula dari mana ni eh . Hahaha . Okay ,straight to the point,saya masih lg bersekolah menengah . Sejak saya menapak ke sekolah menengah untuk form one,saya perasan diri saya banyak meningkat . kata orang ,from zero to hero . Tapi saya tak ada lah sampai hero dah .

And bila macam macam kejayaan saya dh capai ,orang ramai pelik. Macam mana saya boleh capai semua nya serentak . okay ,straight to the point,sekolah saya ,tiga aliran,tahfiz,addiniah dan akademik . Bila peperiksaan ,result saya untuk ketiga tiga aliran ni mesti gempak. *bukan nak riak ni ,cuma nak berkongsi sedikit maklumat*

Jadi ,ramai kawan kawan datang dan tanya
“wei minah ,macam mana kau boleh okay tiga tiga ? ”
“wei peah,aku tengok ko ni gila gila macam aku jugak ,tapi asal result tak macam aku jugak ?”

dan sebagainya .

Okay ,sekarang ,kembali pada topik asal kita.Untuk mencapai kejayaan ,tak cukup hanya dengan usaha,latih to A setiap pagi petang malam.

Tapi ia memerlukan kepada ,bukan doa ,bukan tawakkal ,bukan istiqamah ,and whatever .

Tapi ia adalah berharap pada Allah .Bila sebut “berharap”,saya yakin ,semua akan fikir seolah olah seperti seekor kucing yang selalu ikut ke mana saja tuan dia pergi ,semata mata untuk dapat makanan.

Sama lah macam kita. Kita kena berharap pada Allah ,sepanjang saat,minit ,jam dan sebagainya .

Jangan tunggu time nak exam je . ohh,time tu lah,nak tahajjud ,puasa sunat,zikir dan sebagainya .

Sebab tu kadang kadang kejayaan tu tak sampai pada kita .

Okay ,yang kedua ,berpegang dengan Quran dan Sunnah . Ya ,saya tahu kita semua,umat islam ni berpegang dgn Quran dan Sunnah . Tapi,adakah kita menghayatinya ? okay,kita ambik yang mudah .

Al-Quran contohnya . Adakah kita selalu ada untuk Quran ? jangan sampai Quran yang selalu ada untuk kita,tapi kita,tak pernah ada untuk Quran . Apa point saya kat sini sebenarnya ?

Senang je ,untuk capai kejayaan ,jangan pernah tertinggal baca Al-Quran. Walau satu ayat sekalipun,bacalah .

Yang ketiga ,zikir . Saya selalu amalkan ,berzikir dalam hati . Kemana kita pergi ,jangan tinggalkan zikir . Bawa ia bersama. Tak perlu bawa tasbih yang berat berat . Hanya sebut di hati ,tak perlu kira pun tak apa. Zikir jeee . InshaAllah,kalau kita jaga Allah ,inshaAllah,Allah jaga kita .

Sekian . Itu sahaja yang mampu saya kongsikan .Mohon maaf dengan bahasa yang bercampur BI ,bahasa pasar dan sebagainya . Segala yang baik ,semua dari Allah .

‘Hanya dengan mengingati Allah,hati akan tenang..’

wassalamualaikum w.b.t.

– Insan Kerdil

Hantarkan ‘confession’ anda melalui ‘form’ yang disediakan ->

Click Here

3 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *