Kekurangan adab
Assalamualaikum. First, saya nak cerita pasal sorang senior ni. Bukan senior dari sekolah saya pun. Senior dekat group budak-budak tingkatan 6 yang nak masuk IPTA. Kat situ ada lah maklumat-maklumat penting yang dikongsikan. Ada sorang senior ni daripada mula-mula saya masuk group tu lagi saya tak berapa nak berkenan dengan perangai dia. By the way, senior ni lelaki tau. Sebab saya tak berkenan? Sebab dia macam nak tak nak je kongsi maklumat. Kalau ada junior yang tanya banyak kali soalan yang sama memang kena "sound" terus tanpa berlapik. Yelah manusia pun ada terlepas pandang jugak sesuatu maklumat yang dikongsikan. Bagi saya lah kalau tak nak jawab soalan yang junior tu tanya, better tak payah jawab dan tak payah maki. Sampai ada sorang junior ni pm saya tanya pasal ipta. Saya bagitau lah yang saya tak tahu dan suruh dia tanya senior-senior yang lain. Boleh dia jawab takut lah nak tanya nanti ******* marah. Sampai macam tu sekali. Dah tu buat group untuk apa sampai tak boleh nak tanya.
Second, senior tu ada lah berkongsi maklumat pasal pendidikan awal kanak-kanak. Dia cakap mohon la kos tu senang nak dapat kerja dengan KEMAS. Pastu, dia bagitau kerja cikgu tadika ni relax je jadual dia. Pergi pukul 7.30 pagi balik pukul 12 tghari. Kalau cuti sekolah, tadika pun cuti jugak. Pastu saya menyampuk lah sebab fakta yang dia cakap kerja KEMAS tu relax sangat-sangat memesong. Harap senior tu baca. For your information senior kerek, budak-budak sekolah je pergi pukul 7.30 balik pukul 12 tu. Tu pun sekarang ni budak tadika dah balik pukul 1 sebab ada mengaji kalau tak silap saya. Main rambang je kau kata kerja KEMAS tu relax. Kalau ada meeting balik pukul 6.30 ptg tu PERKARA BIASA. Cikgu paling awal pun balik pukul 2. Bancian peti undi pun cikgu tadika kena buat bukan setakat mengajar budak-budak pastu terus balik rumah. Pastu cuti sekolah pun cikgu tetap kena pergi sekolah walaupun pelajar-pelajar tak ada. Kalau nak cuti masa cuti sekolah, kena mintak cuti. Faham tak kat situ tak ada maknanya masa cuti sekolah cikgu pun cuti. Saya cakap ni berdasarkan pengalaman mak saya dia cikgu tadika jugak.
Third, saya ada pm personal senior ni sebab nak beli buku medsi. Saya bagi salam elok-elok tanya ada lagi tak buku medsi tu. Dia pun balas cakap ada bila nak bank in asal mana. Kot ye pun bagitau lah dulu harga buku tu berapa. Ingat saya tahu ke harga buku tu berapa. Ni tak terus tanya bila nak bank in. Pastu saya tanya lah berapa harga buku ni, dia cakap RM30 satu termasuk pos. Saya cakap nak 2 buku tu sebab kawan saya sorang lagi nak jugak. Pastu dia cakap total RM60 termasuk pos. So, saya ingat dia charge dua kali postage lah sebab harga 1 buku rm30 termasuk postage, 2 buku pun rm60 termasuk postage. Saya pun cakap lah charge postage 1 kali je lah sebab nak hantar tempat yang sama kenapa perlu 2 charge postage. Saya siap mintak maaf awal-awal lagi sebab banyak tanya ni. Pastu dia pun balas, "ini lawak. Pos laju kamu gi semak kat web dia ikut kilo. Senang cerita macam ni lah saya jenis tak suka orang cerewet. Kalau rasa nak murah lagi cari kat kedai la dik baru puas hati. Assalamualaikum." Baru saya tahu nak membeli ni tak boleh tanya soalan. Saya tanya sebab saya tak tahu. Mana lah saya tahu pos laju ikut kilo biasa beli barang online takde ikut kilo sebab barang tu ringan. Saya mengucap panjang baca whatsapp dia. Dengan sabarnya saya membalas, " terima kasih. Semoga hidup kamu diberkati allah s.w.t. waalaikummusalam. " Pastu, cepat-cepat dia pm dekat group cakap buku medsi ada lagi siapa nak cepat pm. Tapi pesan awal-awal siapa-siapa yang cerewet dilarang pm. Saya pun terfikir macam ni ye cara dia berniaga. Dah nak posting tapi adab tu kurang. Kita semua ada khilaf masing-masing tapi cubalah untuk baiki. Apa-apa pun saya nak ucapkan semoga berjaya dalam hidup.
– Junior yang sabar
Kongsi luahan anda disini –> https://iiumc.com/share-your-stories/