Keliru Dengan Petunjuk

Assalamualaikum dan selamat berpuasa kepada semua pembaca. Sebenarnya tujuan saya menulis cerita ini hanya untuk minta pendapat daripada pembaca sekalian. Saya gelarkan nama samaran saya Mayu.

Saya ada kenal seorang lelaki, saya gelarkan dia sebagai si A. Si A ni tak lebih dari seorang kawan pada saya. Berkenalan pun secara kebetulan kerana kami tinggal di kejiranan yang sama.

Kitorang memang takde simpan no phone masing masing sebab takde keperluan untuk berhubung di Whatsapp ataupun call. Kalau jumpa, barulah bertegur tapi jarang lah sebab saya selalu takde kat rumah kerana komitmen kerja.

Sejak saya kenal dengan si A ini, saya terdetik nak lakukan solat istikarah walaupun kami tiada hubungan istimewa pun.

Ini kerana saya nak mengelak dari tersuka pada lelaki yang bukan jodoh saya sebab tu saya mohon petunjuk daripada Allah untuk lindungi saya daripada orang yang bukan takdir saya.

Kalau dia baik untuk saya dekatkanlah, kalau dia buruk untuk saya jauhkanlah. Saya dah penat jaga jodoh orang selama ini.

Pengalaman lepas ditinggalkan oleh lelaki yang saya fikirkan dia jodoh saya sangat memberikan kesan. Ditinggalkan kerana dia berkahwin dengan pilihan ibunya.

Berbalik kepada point yang asal, sejak saya buat istikarah tentang si A ini, banyak petunjuk yang Allah telah berikan. Dan petunjuk tersebut semuanya membawa ke arah positif.

Antaranya nak dijadikan cerita satu hari saya dapat tahu dari si A yang dia akan ditukarkan ke cawangan lain kerana syarikat dia telah buka cawangan baru. Maksudnya dia takkan lagi tinggal di kejiranan situ kerana cawangan baru tu dekat negeri lain.

Ketika tu saya tak tahu apa saya fikir sebab saya rasa itu mungkin juga petunjuk dari Allah.

Malam tu saya teruskan solat istikarah saya, saya minta pada Allah kalau itu yang terbaik untuk si A,

Permudahkanlah urusan dia untuk pindah dan kalau ini cara untuk Allah nak jauhkan kami yang tidak berjodohan, jadikan saya redha dan lapangkan hati saya untuk terima dengan ikhlas.

Seminggu selepas itu saya terserempak dengan budak rumah si A dekat kedai makan sebab kitaorang saling kenal.

Saya tanya kawan si A dah pindah ke dan jawapan kawan si A ialah ‘ohh dia tak jadi pun pindah sebab syarikat dia hantar staff lain kat sana,dia kena stay je kat cawangan sini’.

Sekali lagi saya tak tahu apa saya fikir dan rasa waktu tu. Tak gembira mahupun sedih cuma terfikir adakah ini jawapan untuk istikarah saya.

Sebenarnya banyak lagi petunjuk yang Allah bagi dan semua petunjuk tu menjurus ke arah si A.

Lagi satu, ada satu masa tu saya perasan saya dah lama tak terserempak dengan si A. Terfikir jugak dia balik kampung ke dan saya mula bersangka buruk yang mungkin dia balik untuk kahwin atau bertunang ke.

Tetiba saya dapat call dari housemate saya sebab dia nak minta tolong sesuatu dan dia terus bukak cerita yang dia terjumpa si A berdekatan office dia disebabkan si A masa tu ada bengkel dekat kawasan yang sama.

Sejujurnya saya tak tahu nak percaya pada petunjuk ini atau tak kerana saya takut saya tersalah menilai petunjuk ini.

Sampai sekarang saya masih teruskan dengan solat istikarah saya dan tak pernah tinggal dari sejak awal saya kenal dengan si A walaupun saya dah dapat macam macam petunjuk yang positif tentang si A daripada Allah.

Adakah saya telah bersangka buruk kepada Allah disebabkan saya tak yakin pada semua petunjuk ini dan adakah saya hamba yang tidak bersyukur?

– Mayu (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Alhamdulillah, Allah beri ‘petunjuk’ kpd awak.., tapi petunjuk shj tidak mencukupi, perlu disusuli dgn niat dan usaha ke arahnya. Cth : org yg mendapat petunjuk Allah utk ‘jodoh’nya tapi tidak menjaga perkahwinan setelah dijodohkan, mngkin shj akan bercerai.. wallahu a’lam bissawab..

  2. Saya sehingga baru2 ni ingat istiqarah adalah untuk minta Allah tolong kita dalam buat pilihan, dan kita akan dapat petunjuk melalui mimpin etc . Tapi istiqarah bukan berfungsi macam tu. Kita buat pilihan, kemudian kita solat istiqarah, minta Allah permudahkan kalau ini adalah pilihan yang terbaik untuk agama kita, hidup kita, dan pengakhiran kita (boleh lihat terjemahan doa solat istiqarah yang nabi ajar), kemudian kita proceed dengan pilihan kita tadi. Dan perlu diingat, keputusan pilihan kita nanti mungkin bukan 100% yang kita sukai, tapi sebaliknya, masa kita doa istiqarah, kita minta yang terbaik untuk agama kita, hidup kita, dan pengakhiran kita. Tak semestinya semua yang kita tak suka adalah tidak baik untuk kita.

    Sila lihat video ni untuk penjelasan yang lebih baik:

    https://m.youtube.com/watch?si=oRkz_BFs2pWYtJxG&v=ExRm3dAdsSY

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *