REPLY: Curang Boleh Diubati

Assalamualaikum. Akak hanya ingin respond kepada luahan rasa Kismis https://iiumc.com/curang-boleh-diubati/

Cerita kami tidak sama tapi hampir serupa. Akak faham apa yang Kismis rasa. Malah sakit yang Akak rasa lebih lagi kerana suami Akak curang dengan kaum sejenis. Suami Akak g4y, satu kenyataan yang Akak sukar untuk terima.

Sepanjang kahwin Akak tak pernah check phone suami. Setelah masuk tahun ke empat, entah macam mana masa suami sedang makan di bawah dan Akak sedang tidurkan anak, Akak tergerak hati nak check Facebook suami. Akak rasa nak gila bila baca chat suami dengan lelaki dalam tu.

Malam tu jugak kami bersemuka, Akak kekal tenang. Akak tak rasa Akak perlu terjerit pekik, buat apa jadi gila walaupun dah rasa nak bunuh je suami tu.

Suami melutut depan Akak, minta maaf. Dia kata dia dah lama cuba tinggalkan dunia songsang ni tapi tak berjaya sebab sentiasa ada godaan. Dia harap Akak bagi dia peluang terakhir dan bantu dia berubah.

Akak minta izin untuk keluar malam tu. Akak pergi jumpa Doktor. Akak tau Akak tak kan mampu pergi kerja esoknya jadi Akak kena ambil MC.

Alhamdulillah Dr perempuan yang entertain, nampak Islamic. Akak terus luah dekat Dr tu. Air mata akak macam air hujan. Sekarang tengah menaip pun akak menangis bila kenangkan.

Dr tu cakap dengan akak, apa yang jadi paling penting ingat ini semua bukan salah kita. Jangan salahkan diri nanti depresi. Ini dugaan dari Allah. Kalau kita rasa teruk diuji, bagaimana dengan rakyat Palestine kat sana. Hidup ni memang untuk diuji. Allah uji kerana mampu.

Esoknya cuti, akak call pejabat agama. Baru akak tau untuk kaunseling bukan boleh terus terjah, kena que dulu. Tapi akak takde masa, kerja akak bukan boleh selalu cuti. So tak jadi pergi kaunseling.

Cuma yang angkat call tu beri akak nasihat, fikir semasak2nya adakah berpisah jalan terbaik. Sebolehnya berpisah jalan terakhir jika suami benar2 ingin berubah.

Akak terus berfikir perlu kah akak bercerai atau bertahan. Akak mula lebih rajin tahajud. Akak cari sebanyak mungkin tentang suami gay, suami curang. Apa yang akak jumpa, kalau benar pasangan ingin berubah cubalah beri peluang.

Dalam masa yang sama macam2 ayat akak hamburkan pada suami melalui WhatsApp. Akak kata dia jantan jalang, ahli neraka patut da kena hukum bunuh. Dia patut dah lama mati. Dia cuma keep minta maaf setiap hari.

Akak terkesan dengan satu ayat, sedangkan kita sendiri tak boleh confirmkan yang kita ahli syurga, jika kita mampu, berilah kemaafan. Akak ambil keputusan berdamai dengan takdir. Segalanya telah terjadi, nak putar masa pun tak boleh.

Nak cari suami lain, confirm ke suami seterusnya ahli syurga yang boleh bahagiakan keluarga. Tapi jujurnya sampai sekarang pun Akak belum sepenuhnya berdamai, cuma Akak lebih tenang.

Mesti ramai yang akan cakap kenapa bertahan sedangkan suami pandang akak pun mungkin takde rasa. Selera dia sama jenis. Kami dah bersemuka, dia dah di groom masa zaman sekolah oleh senior. Mula2 tak suka tapi lama2 syok pulak. Jijik kan sekolah asrama penuh pulak tu.

Akak yakin, nafsu ni kita boleh didik. Mungkin tak boleh totally buang rasa tu tapi nafsu boleh dikawal. Kami capai kata sepakat, ini peluang terakhir.

Lama jugak akak sentiasa perli, hantar whatsapp kutuk2 dia, marah2 luahkan rasa kecewa tapi akak tak rasa menang pun. Lama2 akak penat sendiri sebab suami hanya minta maaf setiap kali akak hantar apa2.

Bila fikir balik, kalau benar dia nak berubah akaklah di pihak yang rugi sebab akak dah rasa diri akak lebih baik, ada riak dalam hati sedangkan akak pun tak tahu adakah akak layak jadi penghuni syurga nanti.

Akak mula ubah, akak tak lagi kata suami macam2. Tapi akak hantar ceramah2. Hantar ingatan sekali sekala supaya dia sentiasa beringat. Akak tahu bukan senang dia nak kawal nafsu dia. Ini bukan saja ujian bagi akak, tapi ujian untuk dia.

Sejak dia janji nak berubah, suami sebolehnya solat jemaah subuh berjemaah. Balik dari masjid/surau dia mengaji siap baca terjemahan. Anak kami akan baring dekat dia, kadang2 akak pun baring sama.

Suami delete akaun media sosial, block lelaki2 yang dia pernah contact. Kami ada anak perempuan. Akak suruh suami tengok muka anak, dia nak ke anak kami dapat suami macam dia.

Akak sentiasa ingatkan diri akak yang matlamat hidup kita untuk kejar akhirat. Kalau akak tengok suami akak sekarang, dia lagi rajin mengaji tahajud dari akak. Suami akak dari dulu layan akak dan anak dengan baik.

Ini peluang terakhir untuk dia. Mungkin dia tak mampu untuk pandang akak layaknya seorang isteri, akak cuma harap dia tak kembali ke dunia hitamnya.

Kenapa akak terima suami?

Akak sayang suami, benda yang kita sayang kalau rosak kita cuba baiki kan? Sebab suami berusaha untuk berubah, dia ada usaha jadi akak berazam untuk bersama dengan dia.

Kedua akak kasihan dengan suami. Kalau akak tinggal dia, siapa yang akan bantu dia. Adakah akak sanggup tengok dia terus hanyut.

Ketiga anak kami perlukan ayahnya. Cuma akak beritahu suami, anak kita perlukan ayah yang normal. Kalau dia tak mampu berubah, akak akan bawa anak pergi jauh. Akak tak nak anak tahu tentang ayah dia yang songsang.

Keempat, akak pun bukan banyak amal. Akak berdoa dengan rasa sabar yang sedikit ini, Allah kira sebagai ibadah. Allah kira sebagai amal untuk bekal akak di akhirat.

Apa yang bakal berlaku akan datang, hanya Allah yang tahu. Doakan kami sekeluarga dalam redhaNya. Moga suami akak tak sia2 kan peluang terakhir ini. Moga Ramadan kali ini menjadi bulan tarbiah untuk kita semua menjadi lebih baik.

– Akak (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *