Keluarga Mentuaku

Salam semua. Aku suka tengok keluarga mertua puteri sarah. Semoga kita semua dikurniakan keluarga mertua yang baik-baik sahaja hendaknya.

Nama aku Fatin (bukan nama sebenar). Aku dan suami berkerja. Suami aku baik sangat. Aku sangat bersyukur berkahwin dengannya.

Alhamdulillah. Anak kami nak masuk dua orang. Alhamdulillah.

Kami duduk jauh dari keluarga mertua dan juga keluarga ku sendiri.

Kisah ini tentang aku yang susah nak move on.

Aku dan juga suami dibesarkan dalam kemiskinan. Jadi mungkin sebab itu, love language-ku banyak tentang hadiah dan wang.

Aku suka berikan hadiah kepada mertua jika ada rezki lebih. Setiap bulan pun insyallah ada bahagian untuk mertua ku.

Semuanya ok. Sampailah aku dapat tahu keluarga mertuaku mengata aku di belakangku.

Biras aku yang cerita. Rasa tergamam.

Rasa… macam kena tikam belakang. Aku ingat selama ini mereka selesa dengan aku.

Aku cuba nak buat mereka happy, kalau balik kampung prepare hadiah. Hulur duit. Berbual-bual (sebenarnya aku introvert, tapi aku cuba).

Sebelum itu, aku nak mengaku, aku ada kekurangan juga.

Aku tak pandai masak sangat, tapi aku akan make sure aku basuh pinggan di sinki dan tolong siang barang masak.

Nak masak untuk kuantiti ramai orang, aku memang tak berani, itu memang kekurangan aku. Kalau mereka masak di dapur. Aku akan tengok2 anak2 mereka di depan rumah.

Banyak yang mereka kutuk. Antaranya, berat badan aku yang naik mendadak lepas bersalin anak pertama. Aku pun rasa bersalah sangat dengan suami.

Tapi aku tak tahan lapar bila menyusukan anak. Aku cuba diet. Tapi tiba2 termengandung pulak sekarang ini. InsyaAllah, aku akan cuba lagi lepas bersalin anak kedua ini. Doakan.

Mereka kata aku selalu berjalan/bercuti. Aku memang suka ajak suami berjalan. Selalu outstation untuk berkursus juga. Tapi aku tak pakai wang suamiku. Semuanya dari kocek sendiri.

Suami aku pun izinkan. Dia pun suka berjalan.

Ada juga yang kata aku control suami. Manja. Masyallah. Aku tak tahulah. Speechless rasa.

Aku sedar diri aku ini tak sempurna. Cuma rasa penat dan hina sangat.

Aku rasa malu nak balik kampung mertua sebab bila teringat aku ni bahan kutukan. Rasa nak senyap je duduk bawah tangga.

Tak nak bercampur dengan orang. Fobia kalau2 setiap kata2 aku itu mungkin akan jadi modal untuk mengutuk aku.

Suami aku cuma suruh aku bersabar. Kadang2 rasa sedih pun ada. Tapi takpelah. Daripada masalah semakim buruk. Buat dek je lah.

Tapi susah juga nak move on. Masih rasa macam penat dan tak dihargai. Rasa insecure sebab jadi bahan kutukan pun ada.

Apa aku ini takde kebaikan lansung kah? Macam mana ya nak overcome semua tu? Boleh ke bagi pendapat murni.

Dan bolehkah minta doakan aku supaya pandai bergaul dan menjadi menantu yang mereka suka.

– Fatin (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *