Assalamualaikum, aku Niraula (bukan nama sebenar), umur 40an, balu kematian suami secara mengejut 7 tahun lepas, arwah tinggal kan 4 orang cahaya mata yang baik2 semua.
Alhamdulillah walaupun Allah ambil suami aku tapi anak2 okay semua.
Aku ringkaskan kisah hidup aku ya, selepas kematian suami aku cuma buat kerja dari rumah memandangkan yang bongsu aku masih kecil tapi awal tahun lepas aku ambil keputusan untuk kerja luar dari rumah.
Aku kerja di sebuah kilang berdekatan kawasan rumah aku. Ya, di sinilah bermula episod hitam berulang dalam sejarah hidup aku.
Bukan nak buka aib sendiri tapi perkahwinan aku dengan arwah suami aku dulu, kami sudah terlanjur dahulu sebelum kahwin sehingga lahirnya anak luar nikah.
Waktu diijabkabulkan dulu aku sudah ada isi kandungan 5 bulan. Jadi anak sulung kami ni anak tak sah taraf.
Allah saja yang tahu hati ini nak terus terang dengan anak sulung kami kedudukan dia yang sebenarnya tapi Allah mudahkan beri aku kekuatan untuk berterus terang padanya memandang kan dia semakin injak dewasa.
Adik2 nya belum tahu tapi Insyaallah aku akan terangkan juga suatu hari nanti. Apa2 pon jadi kasih sayang aku sama untuk semua anak2 aku, tak lebih dan tak kurang.
Akan aku jaga dan didik sebaik mungkin anak2 ini walaupun aku ni pendosa dan banyak sangat dosa aku pada anak2 aku. Maafkan ma…….
Berbalik sejarah hitam berulang lagi dalam hidup aku, selepas aku dapat kerja dikilang tersebut, aku jumpa ramai orang dan kenalan tak kira lelaki perempuan dan apa2 status diaorang, semua aku kawan, niat nak cari rezeki untuk kelangsungan hidup kami 5 beranak.
Satu hal aku sembunyikan disini ialah status aku sebagai single mom, ada sorang dua saja tahu siapa aku, tu pon aku tengok dulu orang tu macam mana baru aku cerita kan siapa aku.
Alhamdulillah orang yang aku ceritakan ni memang pegang amanah aku supaya tak ramai tahu siapa aku sebenarnya.
Bukan apa aku tak nak nanti banyak tanggapan dan salah anggap orang2 bila tengok aku yang suka berkawan dengan semua orang termasuk lah suami orang.
Nak dijadikan cerita aku boleh kenal dan rapat dengan seorang lelaki tempat kerja aku ni. Aku ringkaskan, Dia foreigner, umur 30an, sudah kahwin dan mempunyai anak, isteri dan anak2 kat kampung jauh. Dia kat sini sudah 4 tahun PJJ dengan isteri nya.
1st jumpa aku sudah tahu dia suami orang ada anak, dia yang cakap. Hari2 kami banyak bersembang dan dia banyak jujur.
Masa yang sama kami bercerita la pasal anak2 dan pasangan masing2. Entah macam mana satu hari aku terlepas cakap aku sudah kematian suami.
Dia terkejut sebab aku banyak kali dok cerita pasal suami tapi last2 suami sudah meninggal, so start situ aku jujur dan aku bagitahu dia, dialah orang lelaki pertama kat situ tahu status aku.
Bermula dari situ aku lemah bab hati dan nafsu, ya aku tahu semua ni berdosa tapi aku buat jugak. Berulang2 kali aku sekat dia macam2 cara dia cari jugak aku dan berulang kali jugak aku terjerumus ke lembah dosa zina dan maksiat.
Setiap kali lepas buat tu aku menyesal sangat2 tapi aku tak boleh lari dari dia. Aku berhenti kerja dan dapat tempat kerja lain pon dia masih terkejar2 aku.
Aku tahu aku bodoh sangat2 sebab lemah dalam semua kawalan ini. Aku jahat. Aku banyak dosa. Tapi jauh sudut hati aku, aku nak sangat bertaubat dan tak mahu lagi semua ni berlaku.
Sampai kan hari2 aku doa, minta dijodohkan dengan yang halal, yang betol2 boleh bimbing aku dan anak2 aku ke jalan Allah. Sebab ini saja cara si dia takkan kacau dan cari2 aku lagi.
Pembaca semua, aku minta doakan aku. Mana tahu ada doa yang Allah angkat kalangan kalian.
– Niraula (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit